Rabu, 15 September 2010

APABILA MUHYIDDIN BERSUARA,PAS PULAK YANG TERASA!


Banyak pihak yang mengambil kesempatan untuk tonjolkan diri dan menjadi hero semasa kes pembunuhan Sosilawati masih lagi dalam siasatan polis. Tidak kurang juga ada yang membuat andaikan sendiri dan menyebarkan maklumat yang salah. Apa untungnya kita 'syok sendiri' menulis dan menyebarkan berita yang salah kepada rakyat? Biarla polis yang selesaikan kes ini dengan cara polis. Kita hanya memantau dari jauh.

Bila pemimpin negara melihat ada pihak dari puak pembangkang yang mahu menjadi hero, TPM TS Muhyiddin terus bersuara dan memberi peringatan berupa amaran, jangan politikkan isu ini hingga menjadi isu perkauman. Amaran ini penting untuk menyedarkan pihak yang tidak sedar diri dan begitu teruja menghentam kerajaan.

Malangnya ada pihak yang SANGAT terasa hati apabila TS Muhyiddin mengeluarkan amaran sedemikian. Malah ada juga yang bertanya, kenapa amaran sedemikian perlu dikeluarkan? TS Muhyiddin membuat kenyataan, hanya untuk mengingatkan kepada semua bahawa kes ini perlu dijauhkan dari isu perkauman. Jangan sabitkan isu perkauman dalam kes Sosilawati ini.

Anda semua pun tahu jika isu perkauman selalu dimainkan, ia akan menyalakan api kemarahan kepada semua pihak. Bila keadaan menjadi panas dan tegang, berkemungkinan besar rusuhan kaum akan tercetus. Ini yang perlu kita elakkan. Jika terjadinya ketidak stabilan dalam negara, pihak musuh yang bencikan Malaysia yang mendapat untung.

Ts Muhyiddin mengeluarkan amaran dan ingatan ini setelah Mahfuz Bean, Zuraida, Haramkah dan blogger pencacai Pakatan Haram yang lainnya tak sudah-sudah memainkan isu ini untuk menghentam polis dan kerajaan. Sambil membandingkan isu ini dengan isu Altantuya. Jika kita tidak berniat jahat, kenapa kita perlu terasa dengan apa yang diingatkan oleh Ts Muhyiddin?

P/s: Nampak sangat busuk hati pemimpin melayu Pas.

MctHeory:
Siapa makan cili, diala yang akan rasa pedasnya.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

itu lah pemimpin melayu pas tidak ada satu pun yg betul apa yg dibuat oleh kerajaan.sedangkan dalam masa yg sama mereka juga menikmati apa yg kerajaan sekarang lakukan...

mereka akan menyalak jika keuntungan tidak memihak kepada mereka..tetapi diam jika mereka mendapat keuntungan...

kesimpulannye.. mereka ini adalah pemimpin2 yg tidak bertangungjawab dan tidak ada sifat2 merendah diri..serta beperasaan syukur dan berterima kasih..

yg mereka tau hemtam dan mencerca saja..