Rabu, 15 September 2010

KES SOSILAWATI! LAGI BUKTI BARU DITEMUI!

ANGGOTA polis mengawal ketat peguam bergelar Datuk, suspek utama kes pembunuhan jutawan kosmetik, Sosilawati Lawiya ketika dibawa ke pejabatnya di Banting, Kuala Langat, semalam.

KUALA LUMPUR Sept. – Empat daripada lapan suspek kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain turut disyaki terlibat dengan pembunuhan seorang kakitangan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) pada 8 Mac lalu.

Sehubungan itu, empat suspek tersebut yang ditahan oleh Polis Bukit Aman diserahkan kepada Polis Daerah Gombak untuk disoal siasat dalam kes pembunuhan K. Celladuran, 50, yang bekerja di Unit Perancangan Setinggan MPS.

Celladuran mati ditembak oleh dua lelaki pada kira-kira pukul 7.20 pagi ketika keluar dari rumahnya di Jalan 40, Selayang Baru dekat sini untuk ke pejabat.

Polis dalam kenyataan sebelum ini juga tidak menolak kemungkinan suspek yang menembak Celladuran adalah individu sama terlibat dalam kes tembak seorang lelaki di Jalan Puchong berdekatan IOI Mall dekat sini pada 4 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, keempat-empat suspek itu diserahkan kepada pihaknya semalam.

“Sama ada benar mereka adalah suspek yang dikehendaki dalam kes bunuh Celladuran belum dapat dipastikan kerana kita masih jalankan siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pada 11 Mac lalu, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan tidak menolak kemungkinan suspek yang menembak Celladuran adalah individu sama terlibat dalam kes tembak seorang lelaki di Jalan Puchong.

Menurutnya, kemungkinan itu wujud berdasarkan modus operandi pembunuhan yang sama dalam kedua-dua kejadian tersebut.

Berikutan itu, kata Khalid, polis telah menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat secara terperinci dua kes pembunuhan itu.

Katanya, sebanyak 15 keterangan telah diambil daripada saksi-saksi kes pertama di Jalan Puchong manakala 10 keterangan diambil bagi kes Celladuran.

Dalam pada itu, kelapan-lapan suspek tersebut termasuk seorang peguam bergelar Datuk berusia 41 tahun dan adiknya turut dikaitkan dengan kes kehilangan empat lagi mangsa lain.

Empat mangsa lain yang dilaporkan hilang dan dipercayai dibunuh menggunakan modus operandi yang sama dengan pembunuhan Sosilawati ialah seorang gadis berusia 19 tahun; ahli perniagaan dari Chennai, India, S. Usharani, 24; dan dua ahli perniagaan berketurunan Melayu dari Kuala Lumpur.

Sosilawati, 47, bersama pembantu peribadinya, Kamaruddin Shamsudin, 44; peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32, dan pegawai Bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu.

Kelmarin, polis mengesahkan berdasarkan pengakuan empat suspek, keempat-empat mangsa telah dipukul sampai mati sebelum dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berhampiran Ladang Gadong, Banting di Selangor. - utusan

MctHeory:
Kejadian ini akan membongkar banyak lagi misteri kehilangan individu. Ini bukan kali pertama barua hindraf ni melakukan kerja sebegini. Difahamkan banyak lagi mangsanya, mungkin semuanya akan didedahkan sedikit masa lagi.. ishh.. dahsyat..dahsyat.. Apa pun tahniah kepada PDRM kerana cekap dalam mengendalikan kes berprofil tinggi ni.

Tiada ulasan: