Selasa, 7 September 2010

LAGI 'TEMPAT MAKSIAT' WUJUD DI KEDAH! Port line kelia punya!


KUALA NERANG- Dua lokasi yang dikenal pasti sekitar Pekan Kuala Nerang yang menjadi 'port dating' remaja dan pasangan bercinta menjadi lengang di bulan puasa namun masih terdapat segelintir sahaja yang mengambil kesempatan untuk berjalan dan bersiar-siar di kawasan itu.

Peniaga, Nora Shikin Harun, 28, berkata, Kompleks Pekan Selasa adalah salah satu lokasi yang sebelum ini sering dikunjungi pelajar sekolah dan pasangan masing-masing.

Menurutnya, kemudahan cyber cafe yang terdapat di kawasan itu merupakan kesempatan yang cuba diambil untuk bertemu antara satu sama lain sebelum ini, namun di sepanjang bulan puasa kelibat mereka jarang dilihat.

“Sebelum ini mereka sering melepak di kawasan tangga dan kadang kala berdua-duaan. Selalunya, hari yang paling ramai pasangan budak sekolah yang melepak di sini adalah pada Sabtu dan Selasa.

“Biasanya lebih daripada lima pasangan. Tapi pada bulan puasa ini jarang mereka ke sini. Hanya kadang-kadang sahaja tetapi hanya sekadar datang ke cyber cafe sahaja,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, selama lebih dua tahun berniaga di kawasan berkenaan, dia mendapati kebanyakan peniaga dan kakitangan syarikat di bangunan itu tidak hanya membiarkan perlakuan sumbang berlaku sebaliknya mengambil langkah seperti menyergah pasangan remaja sekiranya mendapati mereka cuba melakukan perkara di luar batasan.

Shikin berkata, dia sering melihat pelbagai gelagat pasangan remaja bercinta di kawasan itu.

“Di tingkat tiga bangunan ini terdapat satu sudut yang sering dijadikan lokasi pasangan remaja berkumpul, tetapi di bulan puasa lokasi itu lengang kerana pusat karaoke berhampiran tidak dibuka pada waktu siang,” katanya.

Sementara itu, katanya, di kawasan kompleks itu juga pernah berlaku kes kecurian motosikal dilaporkan sebelum ini sekali gus kain rentang larangan perlakuan maksiat turut diletakkan tetapi kini sudah ditanggalkan pihak tidak bertanggungjawab.

Orang awam, Jaafar Abu, 43, berkata, dia yang sering membawa anaknya bermain di kawasan taman berhampiran sungai Kuala Nerang sebelum ini sering ternampak kelibat pasangan bercinta duduk di bangku kawasan.

“Bulan puasa ini dah kurang sedikit. Harap benda baik sebegini berterusan kerana kadang-kala tingkah laku mereka boleh merosakkan pemikiran kanak-kanak yang bermain dan bersama keluarga.

“Ini memberi teladan yang tidak baik kepada budak-budak kecil,” katanya. - Sinar

P/s: Hu hu hu.. kenapa la makin banyak tempat maksiat di Kedah lanih?  Kata pentadbiran Islam, tapi moral dan akhlak remaja semakin jatuh menjunam-junam. Dari dadah hinggalah maksiat, semuanya makin meningkat. Dok nampak Kedah dah teruk nak jadi macam Kelantan dah. Seks bebas!

MctHeory:
Kononnya pentadbiran Islam, pesakit baru HIV paling banyak dari negeri mana? mu gi tanya  N.ajis!

1 ulasan:

Gerakan Timur berkata...

lembu pas sure akan balas balik "inilah hasil pemerintahan sekular 50++ UMNO dan BN".

Yg betul wali selipar dia je..