Selasa, 7 September 2010

ZAINUDDIN CABAR PEMUDA PAS!


PUTRAJAYA – Pas pernah menemui Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj dan mengatakan inilah masanya untuk mengambil alih semua harta benda orang Cina.

Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin berkata, beliau alu-alukan tindakan Pemuda Pas melaporkan kepada polis mengenai perkara itu.

Katanya, mereka juga boleh membawa ke mahkamah kes berhubung dengan kenyataan yang dikeluarkannya bahawa pemimpin Pas telah meminta Tunku ambil harta orang Cina selepas 13 Mei 1969.

Bercakap pada sidang media di rumahnya di sini semalam, Zainuddin berkata, dalam hal ini Barisan Nasional (BN) boleh mendakwa parti itu membaiki akhlak orang Pas dan menukarkan sikap serta pendekatan politik Pas.

Zainuddin, berkata, Tunku memberitahu dalam pertemuan eksklusifnya (Zainuddin) bersama Ketua Pengarang Utusan Melayu, Allahyarham Osman Abadi, lebih 40 tahun lalu.

“Pemimpin Pas itu meminta Tunku mengambil alih semua harta orang Cina dalam perjumpaan berkenaan.

“Kenyataan yang dikeluarkan Perdana Menteri pertama itu tersiar dalam akhbar Utusan dan tercatat dalam buku bertajuk ‘Di Sebalik Jendela Utusan' yang diterbitkan pada tahun Mei 1989,”

Menurutnya, kewarasan Tunku telah mengekalkan proses pembentukan sosial negara, berasaskan ‘Doktrin Hidup Bersama’ Perikatan akhirnya memecah-belahkan dogmatisme falsafah politik Pas dan menjadikan parti itu lebih realistik, sederhana, rasional dan beradab sehingga boleh berkawan dengan orang Cina.

Beliau berkata, Pas cepat melupakan dasarnya di masa lalu kerana ia berubah dari masa ke semasa dan tidak berasas kepada inspirasi rakyat, kecuali Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang tidak pernah berubah pakaiannya, yang melindungi perubahan pendirian politiknya.

“Apa yang berlaku dalam negara sekarang adalah hasil suatu doktrin sosial yang diutarakan oleh UMNO, MCA dan MIC sejak sebelum merdeka dan selepas merdeka, tetapi tidak mahu diakui Pas,” katanya.

Terdahulu, Ketua penerangan Pas, Idris Ahmad berkata, Zainuddin telah memfitnah parti Islam itu apabila mengatakan semasa tragedi rusuhan kaum, Pas meminta Tunku merampas harta orang Cina.

Pada 2 September lalu, Pemuda Pas Pusat membuat laporan polis berhubung kenyataan yang dikeluarkan Zainuddin itu - Sinar

P/s: He he he. .Pemuda Pas kan budak-budak lagi, depa mana tau pasal sejarah lama. Haa.. tunggu apa lagi, pi la report lagi..kalau berani la...

MctHeory:
Pak Zam buat 'comeback' balun-balun!

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

AKHIRNYA KT POLIS JUGAK JD TEMPAT MENGADU SELEPAS PUAS HENTAM SI SAKA BIRU. ATAU PUN DIORANG REPOT KAT WALLY SLIPOR SENDIRI. WALLY PLAK DH READI DGN FATWA MERAPU KEHKEHKEH

hangkedee berkata...

Aku sokong pas dulu anti kafir harbi,sekarang?...teguk dulu lah....atau malam sikit

Gerakan Timur berkata...

huhuhuhu... tgk ada "telor" tak bAhlul pas nak wat report... rasanya klu diorang memerintah, habih sejarah semua terpadam dari buku2 yg ada...huhuhuhu