Isnin, 6 September 2010
PAKATAN HARAM NAK GANTI BN? Mampukah mereka?
Melihatkan kecelaruan yang terjadi di negeri-negeri Pakatan Rakyat, saya menjadi hairan bagaimana mereka masih boleh berselera untuk memerintah peringkat persekutuan? Bukankah lebih baik perbetul diri sendiri dahulu sebelum mencari kesalahan orang lain?
Pakatan Rakyat terdiri daripada DAP, PKR dan PAS. 3 buah parti yang sangat berbeza dari segi ideologi. DAP dengan sekularismnya, PKR dengan "keadilan" untuk Anwar Ibrahim, dan PAS dengan Hudud dan Negara Islamnya. Ideologi mereka saling bercanggah antara satu sama lain, dan adakah anda mahu pakatan sebegini memerintah Malaysia? Boleh huru-hara negara kita dibuatnya nanti jika pemimpin mereka bergaduh setelah mendapat kuasa nanti, melainkan salah satu parti sanggup mengorbankan ideologinya untuk memberi laluan kepada parti lain. Persoalannya, parti mana yang akan berkorban?
Baik PAS, PKR ataupun DAP, matlamat mereka pertama ialah mendapatkan kuasa terlebih dahulu. Asas perjuangan, bentuk kerajaan mahupun corak pentadbiran tidak dibincangkan secara mendalam. Asasnya, melemahkan UMNO dan Barisan Nasional. Untuk mencapai ini, PAS berperanan untuk melemahkan Islam dengan fatwa songsang dan sirah palsu manakalan PKR menawarkan untuk melemahkan melayu. DAP pula menawarkan kepada orang cina untuk merasa lebih kuasa dalam memerintah negara ini.
Adunan semua perkara karut ini, menjadi rencah mereka dan formula mereka untuk menawan negara ini. Jika dulu PAS akan mengkafirkan UMNO, atas apa juga yang dibuat, hari ini PAS rupanya menjadi lebih kafir dari UMNO. Jika Sammy Vellu atau Soi Lek yang berceramah dari dewan solat, rasanya hari ini masjid berkenaan akan dibakar.
Bagi PAS, apa saja yang mereka buat, punya sirah Rasulullah SAW, waima menipu tentang ketepatan sirah berkenaan. Pada mereka, hanya mereka yang berpengetahuan tentang Islam, orang lain semua bodoh dan jahil. Realitinya, hari ini, Allah SWT menunjukkan kepada kita semua bahawa rupanya PAS jauh lebih bodoh dari monyet dan kera. Cabaran yang tinggal pada UMNO hari ini memastikan bangsa melayu dan agama Islam tidak diperkotak katikan oleh mereka yang mungkar. Ramai musang berbulu ayam rupanya dalam umat Islam hari ini. UMNO belum tewas pun, puak musyrik dan munafiq sudah muncul di mana-mana.
Yang paling jelas sekali, DAP paling bijak makan kiri kanan. Dia ada prinsip yang jelas dan konsisten dia boleh kata
"TIDAK ADA NEGARA ISLAM DAN TIDAK AKAN ADA HUKUM HUDUD"
pada PAS dan dalam masa yang sama berlagak alim sampai boleh memetik ayat al Quran dan menjadikan Khalifah Omar sebagai rujukan. Manakala Si Ah Moinya pula sudah mula menyusut masuk sampai boleh bagi tazkirah lagi pada puak-puak malang ini.
Ini semua hanya mainan DAP untuk mengabui puak-puak malang ini supaya mereka leka dan selesa sebagai rakan sekutu. Kalau nak kata idea Lee Kwan Yew pun tidak keterlaluan bagaimana strategi beliau memecahbelahkan orang Melayu Singapura mengikut suku kaum supaya senang diperintah dan dicucuk hidung.
PKR pula terlalu sibuk dengan agenda Anwar mahu jadi PM sehingga sanggup berbohong demi dendam kesumatnya pada UMNO. Kekuatan PKR hanya pada Anwar yang begitu bijak memain sentimen yang menyentuh perasaan orang Melayu.
PAS sebenarnya tidak ada pilihan samada berkerja sama dengan UMNO atau menjadi macai kepada puak-puak DAP maupun PKR. Sedangkan di parlimen kerusi PAS hanya cukup sebagai hamba sahaja, tidak boleh bersuara melainkan hanya untuk mempertahankan sekutu mereka. Sedangkan sudah terang lagi nyata DAP memusuhi islam dan melayu khasnya dan ingin mengulingkan kuasa melayu islam dan usaha ini dibantu pula oleh munafiq PAS.
Dalam syarat perkongsian Pakatan Rakyat, telah dinyatakan tiada negara islam dan hukum hudud malah akan digantikan dengan pemerintahan sekular ala komunis. PAS hanyalah boneka kepada DAP yang hanya akan bertindak bila disuruh untuk mempertahankan tuan mereka malah pemimpin munafiq PAS telah berbohong kepada pengikut jahil mereka mengenai islam.
PAS mungkin akan berjaya mengantikan UMNO sebagai parti alternatif orang melayu jika mereka tak lari dari perjuangan negara Islam, hudud dan tak bersekongkol dengan DAP. Amatlah malang sekali kalau nak disamakan taraf UMNO dengan PAS di dalam pakatan masing-masing. UMNO adalah ketua dalam Barisan Nasional, tetapi PAS adalah boneka di dalam Pakatan Rakyat.
Kalaulah kerajaan cacamerba ini dapat kuasa maka rakyat terpaksa berkongsi 2 ideologi. PKR dan DAP - ideologi sekular, PAS ideologi islam PAS. Tetapi yang parahnya kena ada 4 bahasa rasmi, semua agama adalah rasmi. Tokong, kuil boleh dibina dimana-mana selagi ada tanah terbiar di situ boleh bina kuil atau tokong. Semua kena pakai sistem merit baik dalam apa bidang sekalipun.
Kita hendaklah memilih kerajaan yang terbaik untuk kita. Kalau hendak tukar kerajaan sekalipun pilihlah kerajaan yang lebih baik, bukannya yang lebih teruk. Memanglah Barisan Nasional mempunyai kelemahan dan kekurangannya, tetapi inilah pilihan terbaik yang kita ada buat masa ini berbanding Pakatan Rakyat.
Sumber Media Siber
MctHeory:
Mati hidup balik pun, tak yakin Pakatan boleh memerintah Malaysia dengan baik.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
Tidur sebantal mimpi lain lain.Bn apa kurangnya. MCA&Gerakan dah Angauuu dengan Dapig.Yang rugi orang melayu islam yang tak esle.Moh kita cipta cara baru mengazankan solat tanpa berbunyi.Mungkin Ulamak Pas+Pkr@cerdik pandai Pas buah P..or.boleh ciptakan.Nak kena pergi singapork tenguk macam mana deme buat
MMG BTOL BRO..TU LE IMPIAN MAT KING LEATHER SEJAK 16 SEPT. PARTI KOMUNIS NGAN PARTI SESAT LAK BERSATU HATI MENTARBIYAHKAN UMAT..BERGANDINGAN MENYEBARKAN SYIAR ASLAM SIDE BY SIDE SAMBIL JARI SIBUK MENUNJUKKAN 'MIDDLE FINGER'..oppss slh!..MIDDLE M'SIA!!. AKHIRNYA ORG ISLAM PUN DH X KNAL MANE SATU LEBAI MANE SATU CIBAI, HANYE KERANA NK TENGOK MAT KING LEATHER DUDUK DI SINGGAHSANA PUTRAJAYA...KEHKEHKEH >|D
Catat Ulasan