Isnin, 6 September 2010

PERKASA WUJUD DISEBABKAN KEGAGALAN UMNO DAN PAS!



oleh Burung Merbok..

1. Saya tak fikir PERKASA akan daftar dirinya sebagai sebuah parti politik. Lebih baik ia kekal sebagai sebuah NGO yang benar-benar memperjuangkan nasib orang Melayu dan Agama Islam serta Kedaulatan Raja-Raja Melayu ! Peranan yang sepatutunya dimainkan oleh parti-parti politik Melayu tetapi ternyata layu dan sepi akibat terlalu taksub untuk bercakaran inter dan intra parti, telah melonjak naik nama PERKASA di kacamata orang-orang Melayu yang sudah sedar akan keperluan dan kepentingan perpaduan bangsa !Kegagalan PAS dan UMNO terutamanya, bersemuka di meja bulat telah menghampakan ramai ahli-ahli dari kedua-dua parti dan sebahagian besar umat Melayu. Di tambah dengan tekanan dan cabaran serta pencabulan yang tidak henti-henti tanpa segan dan silu oleh kaum lain akhir-akhir ini, meletakkan agenda perpaduan Melayu di tangga teratas dalam rangka kesejahteraan bangsa ! Dan sesiapa atau parti mana yang dirasakan menjadi penghalang kepada perpaduan ummah, akan dilabel sebagai pengkhianat bangsa. PAS dan UMNO sebagai parti 'Malay-based' akan dipersalahkan oleh generasi akan datang jika GAGAL menyatu-padukan orang Melayu.

2. PERKASA menjadi pilihan alternatif jika PAS dan UMNO gagal dalam usaha menyatupadukan orang Melayu. Jangan salah rakyat jika mereka beralih angin dan bergantung harap kepada PERKASA atau NGO-NGO Melayu lain. Sekarang ini, orang Melayu sedar bahawa kaum lain akan mengundi mengikut kaum bukan lagi parti ! Dan strategi mereka ini akan lebih berjaya jika orang Melayu dipecah-pecah dari awal supaya tidak mengundi mengikut kaum. Yang amat menakutkan mereka ialah apabila parti-parti Melayu bercantum ! Sebab itulah sebuah parti yang cukup chauvinis beriya-iya mendekati sebuah parti Melayu/Islam hanya kerana menjayakan hasrat dan strategi pecah-belah mereka itu. Yang sedihnya parti Melayu/islam ini seolah-olah buat tak nampak strategi puak chauvinis ini ATAU adakah mereka biar diri diperkuda semata-mata mahu merasa kuasa sejenak walau diketahui sementara saja ? Ahli-ahli parti ini akan sedar keadaan ini dan percayalah pemimpin-pemimpin mereka akan dihukum satu hari nanti. Hukumannya tentulah dalam pelbagai cara dan bentuk. Antaranya ialah mereka beralih cita-rasa dan mungkin memberi sokongan kepada calon Bebas/Melayu yang berkemungkinan datang dari NGO-NGO Melayu seperti PERKASA. Ini berkemungkinan !

3. PRU 13 akan memperlihat trend yang baru seperti yang cuba dibayangkan di Para 2. Justeru kesedaran tentang implikasi baik buruk trend ini hendaklah difikirkan sedalam-dalamnya oleh semua orang Melayu , kecualilah kalau kita terdiri daripada Melayu yang tak kisah tentang apa yang nak terjadi kepada generasi Melayu akan datang ! Jika kita terasa bahangnya waktu ini, apa pula derita yang akan dirasai oleh cucu-cicit dan generasi kita ? Adakah kita sanggup dimaki-hamun dan dipersalahkan dalam lipatan sejarah Melayu akan datang atas dosa kita yang ketepikan perpaduan semata-mata atas sebab ketamakan dan perebutan kuasa ; yang juga memberi laluan kepada kaum lain mengambil segala-galanya ? Waktu itu menyesal sudah terlembat dan tidak berguna lagi !

4. Jika PERKASA dan NGO-NGO Melayu lain kekal dengan aspirasi perjuangan bangsa , perpindahan sokongan dari ahli parti-parti politik kepada mereka bukan MUSTAHIL lagi. Kaedah dan strategi akan menjadi soal akademik sahaja selepas itu ! Yang penting, di kawasan majoriti Melayu, akan diwakili oleh calon Melayu . Nokhtah ! Juga menjadi akademik saja jika kita mahu bicara baik buruk keadaan seperti ini, di mana semuanya dihetong dari sudut perkauman. Kita yang mengundang keadaan sedemikian. Realistiknya, kita menizinkan emosi menguasai diri ; tak nak menerima kenyataan. Ego dan sombong dah jadi 'trademark' kita, orang politik Melayu baik dari PAS maupun UMNO !
Dan diharap ahli dan pemimpin PERKASA dan NGO-NGO Melayu lain tidak terperangkap dan terjerumus ke dalam kancah politik kepartian !

Sumber Neutral Daily

P/s: Sesungguhnya orang Melayu ramai yang tidak mempercayai parti politik, golongan sebegini yang perlu Perkasa selamatkan.

MctHeory:
Perkasa menjadi alternatif terbaru bagi orang melayu.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bodoh la blogger ni....tu yang terbai untuk lu