Khamis, 16 September 2010

SUSPEK UTAMA MEMPUNYAI KEKAYAAN MELAMPAU!


SUBANG JAYA – Peguam bergelar Datuk yang juga suspek utama kes pembunuhan jutawan kosmetik dan tiga individu lagi, dipercayai memiliki banyak aset berharga, antaranya kenderaan mewah, rumah, firma guaman dan ladang di sekitar Selangor.

Lelaki berusia 41 tahun itu difahamkan memiliki, antaranya dua unit rumah semi-D di Banting, unit apartmen di Taman Kinrara yang dipercayai nilainya mencecah ratusan ribu ringgit.

Dia juga mengusahakan ladang ternakan ayam, lembu dan kambing di Batu Laut, Morib.

Tinjauan Sinar Harian di rumah suspek, termasuk yang disewakan di Taman Cempaka, Banting, kelmarin, mendapati tempat itu tidak ada penghuni.

Dalam tinjauan semalam, Sinar Harian dapati sebuah lagi rumah milik suspek utama itu, iaitu di apartmen Palm Ville, Taman Kinrara, juga kosong serta berkunci.

Tinjauan di luar rumah itu, mendapati hanya terdapat rak kasut dan meja alat tulis, manakala pintu jerijinya dimangga.

Menurut seorang jiran berusia 50-an rumah tersebut hanya dihuni oleh isteri suspek utama bersama dua anak lelaki berusia antara 10 dan 11 tahun serta seorang pembantu rumah.

Katanya, suami wanita itu yang tinggal di Banting, hanya datang sekali sekala pada hujung minggu untuk menjenguk anak-anak dan isterinya.

“Saya dan keluarga tidak kenal rapat dengannya (isteri suspek utama) tetapi jika terserempak, dia sering menegur kami dan tidak lokek dengan senyuman.

“Kami tidak pernah berbual panjang tetapi mengenali siapa suaminya (suspek utama),” katanya semalam.

Beliau berkata, isteri suspek utama itu juga jarang berada di rumah tersebut dan hanya pulang pada hari tertentu berikutan kedua-dua anaknya bersekolah di sebuah sekolah antarabangsa di daerah terbabit.

“Saya hanya melihat kelibatnya kira-kira jam 3 petang kelmarin ketika dia menjemput anaknya pulang dari sekolah. Selepas itu, sehingga petang tadi (semalam), dia tidak pulang lagi,” katanya. - sinar

Mctheory:
Fuhh kaya dengan bunuh orang ja ke??

Tiada ulasan: