Ahad, 26 September 2010

TUN DR MAHATHIR JASA MU SENTIASA DIKENANG!




Mc kagum melihat sambutan rakyat Kelantan terhadap Perkasa. Lebih sepuluh rbu orang berkumpul untuk menyambut Perkasa. Ramai betul. Mc tersentuh dengan ucapan Tok Him yang mengatakan 'Walaupun Tun Dr M sudah bersara selama 8 tahun tetapi kasih sayang rakyat Malaysia terhadap beliau tak pernah pudar'. Memang benar kata Tok Him tu. Bagi rakyat Malaysia yang mahu melihat negaranya aman sentosa maju dan berjaya, Mc kadang-kadang rindukan 'sentuhan' Tun semasa beliau masih lagi menjadi PM Malaysia.

Selama 22 tahun Tun membina Malaysia dengan 'sentuhan' ajaibnya. Kemudian Malaysia dimusnahkan oleh seseorang yang suka tidor dalam masa 4 tahun sahaja.

Kini Malaysia terumbang ambing dalam setiap sudut. Selamatlah kita ada PM DS Najib yang agak 'bijak' untuk mengawal keadaan. Cuma DS Najib pendekatannya agak 'muda' dan kurang sensitif. Lagipun beliau dikelilingi oleh menteri-menteri yang lebih suka makan gaji buta dari bekerja. Apa nak buat? Terima sajalah.

Sebagai rakyat Marhaen, Mc tetap menyokong DS Najib sebagai PM Malaysia sekarang, cuma Mc masih rindukan 'sentuhan' tangan ajaib Tun Dr Mahathir mencorakkan Malaysia semasa beliau masih lagi menjadi PM.

Terima Kasih Tun Dr Mahathir, Jasamu sentiasa kami kenang!

Untuk baca pasal perhimpunan Perkasa di Pasir Mas Kelantan, klik sini.

MctHeory:
Belajarlah untuk berterima kasih! tak rugi pun.

Tiada ulasan: