Rabu, 8 September 2010

UMNO FITNAH PAS? KE PAS FITNAH UMNO? Ustaz Z ni sakit jiwa kot!


Zakaria Ahmad

Ketika umat Islam sibuk dan meriah untuk menyambut kedatangan 1 Syawal, kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP begitu ghairah menuding jari kepada UMNO, kononnya parti itu menganiaya kerajaan negeri dengan menabur fitnah berkaitan kontroversi doa khutbah solat Jumaat.

Bagi tujuan itu, kerajaan negeri mencetak 150,000 risalah empat muka surat bertajuk ‘Tiada Bukti Bahawa Kerajaan Negeri Arahkan Nama Agong Ganti Dengan Ketua Menteri’. Risalah itu diedarkan kepada orang ramai bagi memberi ‘penjelasan’ berkaitan insiden seorang khatib jemputan, Zakaria Ahmad, yang tidak menyebut nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, dalam khutbah kedua solat Jumaat di beberapa masjid di Pulau Pinang.

Antara lain, risalah itu mendakwa isu berkenaan adalah ‘permainan politik karut UMNO’ dan kerajaan negeri menafikan sekeras-kerasnya pendedahan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkaitan perkara itu.

Risalah itu juga menyebut teks khutbah yang dibacakan khatib disediakan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) tidak pernah menggunakan nama Ketua Menteri bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong.

Kerajaan negeri juga tidak pernah menerima atau mengeluarkan arahan secara lisan mahupun bertulis kepada mana-mana pihak untuk menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dengan nama Lim Guan Eng dalam doa khutbah Jumaat.

Tetapi, isunya sekarang, siapa memfitnah siapa?

Sekiranya diperhalusi risalah itu, ternyata kandungannya berunsur fitnah terhadap UMNO kerana ia memberi gambaran seolah-olah pemimpin UMNO menuduh kerajaan negeri menjadi dalang dalam kejadian khatib membaca doa dengan menyebut nama Guan Eng.

Sebenarnya, risalah itu bukan bertujuan menjelaskan isu berkenaan, sebaliknya memutar belit fakta untuk mengeliru dan memesongkan fikiran rakyat terhadap UMNO sekali gus supaya orang ramai menganggap UMNO yang menabur fitnah bagi menganiayai kerajaan negeri.

Untuk makluman, isu khatib tidak menyebut Yang di-Pertuan Agong dalam doa kedua khutbah solat Jumaat didedahkan Ahmad Zahid pada 19 Ogos lalu selepas menerima aduan orang ramai termasuk kariah Masjid Padang Menora, Tasek Gelugor.

Meskipun mendedahkan kejadian itu, UMNO tidak pernah menuduh kerajaan negeri yang mengarahkan khatib supaya berbuat demikian. Memang betul UMNO membantah kejadian itu tetapi tidak pernah memfitnah bahawa kerajaan negeri menjadi dalang insiden berkenaan.

Berdasarkan aduan kariah Masjid Padang Menora, Zakaria meninggalkan nama Tuanku Mizan dalam doa khutbah kedua, dengan menggantikan dengan nama Guan Eng. Perkara yang sama juga dilaporkan berlaku di beberapa masjid lain di negeri ini termasuk Masjid Kubang Buaya, Bagan, beberapa hari selepas perkara itu didedahkan. Ironinya, khatib yang berbuat demikian adalah orang sama iaitu Zakaria, ahli PAS Perak.

Berikutan insiden itu, tiga laporan polis dibuat dan pada masa sama, kerajaan negeri menafikan sekeras-kerasnya kejadian itu dan menganggapnya sebagai tidak berlaku.

Serentak itu juga, kerajaan negeri mula menuding jari kepada UMNO dengan mendakwa berniat jahat kerana membangkitkan isu berkenaan untuk mengalih perhatian orang ramai berikutan sokongan rakyat terhadap ‘kejayaan’ kerajaan negeri memberikan RM100 setahun kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas dan RM1,000 kepada waris warga emas yang meninggal dunia.

Berikutan kekecohan itu, Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) menjalankan siasatan dan memanggil Zakaria untuk memberi penjelasan terhadap apa yang sebenarnya berlaku. Zakaria mengaku beliau tidak menyebut Yang di-Pertuan Agong, sebaliknya mendoakan untuk Guan Eng semoga Ketua Menteri itu diberi hidayah supaya memeluk Islam.

Zakaria juga mengakui pendekatan yang digunakannya itu tidak sesuai walaupun menegaskan ia bukan satu kesalahan.

“Pendekatan saya silap dan tempat berdoa itu juga silap. Mungkin tidak sesuai dalam khutbah Jumaat. Selepas ini, saya tidak akan mendoakan sebegitu pada khutbah Jumaat,” kata Zakaria selepas memberi penjelasan kepada MAIPP.

Pengakuan Zakaria itu sebenarnya memberi tamparan hebat terhadap keangkuhan kerajaan negeri yang sebelum ini menafikan sekeras-kerasnya ada khatib tidak berdoa untuk Yang di-Pertuan Agong. Lantaran itu, untuk menutup malu dan kononnya untuk menangkis fitnah oleh UMNO, risalah berkenaan dicetak dan diedarkan kepada rakyat semata-mata untuk ‘menegakkan benang basah.’

Kerajaan negeri sepatutnya berterima kasih kepada UMNO kerana mendedahkan ada khatib jemputan bertindak sedemikian kerana perbuatan itu jika berlarutan boleh menimbulkan masalah kepada masyarakat Islam, bukan dipersalahkan dan dituduh mahu menganiayai kerajaan negeri.

Apa pun, dalam episod doa khutbah ini, kerajaan negeri yang mengada-adakan cerita apabila menyatakan tiada bukti mereka arahkan nama Yang di-Pertuan Agong diganti dengan nama Ketua Menteri. Ini kerana UMNO Pulau Pinang sememangnya tidak pernah menuduh kerajaan negeri yang bertanggungjawab dalam insiden itu. Jadi, kenapa pula kerajaan negeri yang berasa mereka yang dipersalahkan. Siapa juga yang terbabit dalam insiden itu, kita serahkan kepada pihak berkuasa kerana siasatan sudah dijalankan. - Berita Harian

P/s: Depa ni mana ada keja lain selain menuduh orang lain jahat. Yang baik puak depa ja la.. orang lain semua  jahat.

MctHeory:
Tau takpa!

3 ulasan:

JoN berkata...

penganut2 agama PAS dh mmg trang2 dh otak bsaq bijik jangguih sj, sbb dh bnyk sngat wat dosa jd hati diaorg mmg dh jd gelap smpai x buleh nk beza yg putih ngan hitam.. ALLAH maha adil

Tanpa Nama berkata...

Heeei sekelian manosia ini donia ostat Z yang punya...masuk TV bagi kenyataan mengaku apa yang dia sendiri kata bila balik kubang sendiri dah mula buat lupa apa yang dia kata...Ostat Z apa kejadah lu cakap lain buat lain....La ni Pengundi muda tak tertipu dengan ostat Z jangan goreng lelebih le ostat oh ostat

Tanpa Nama berkata...

tau xpa...
depa,mana buat silap.
yg dok buat silap kerajaan jer.

bullshit!