Selasa, 26 Oktober 2010
AWAS!! JENTERA FITNAH PAS MULA BEROPERASI WALAUPUN LEMBAB!
Awas jentera fitnah Pas sudah mula beroperasi. Walaupun jentera pas agak lembab disebabkan boikot yang dilakukan oleh sebilangan Pemuda Pas yang tidak berpuas hati dengan calon pilihan N.ajis.
Hari ni Haramkahdaily melaporkan UMNO dan Ku Li tidak bersefahaman dalam kempen di Galas. Malah dalam artikel yang diragu kebenarannya ini, menyatakan UMNO Galas membantah akan pemilihan calon yang dilakukan oleh Ku Li.
Setahu Mc, tiada masalah diantara UMNO Galas dan Gua Musang. Kedua-duanya saling bergabung dalam kempen dan jentera parti. Ini fitnah paling besar yang cuba Pas lakukan, hanya untuk menunjukkan kelemahan dan kepincangan jentera kempen UMNO.
Paling bodoh apabila headline haramkah menyatakan UMNO Lawan Ku Li. Ku Li tu siapa? Ku Li tu bukan UMNO kah? UMNO yang mana nak lawan Ku Li ni? Mc cuba mencari penulis artikel terbabit, tapi tidak berjaya kerana artikel 'fitnah' itu diterbitkan tanpa nama. Hanya mengunakan Haramkahdaily sebagai penulisnya. Nampak sangat portal fitnah Pas tu cuba membaling batu sembunyi tangan.
Walaupun Mc hanya dapat mengikuti kempen di Galas dari jauh, tetapi dari sumber yang Mc perolehi, jentera UMNO tidak mempunyai sebarang masalah dalam kempen di Galas. Malah penerimaan penduduk tempatan terhadap calon UMNO juga baik.
Keadaan sebaliknya dikem Pas, dilaporkan jentera Pas sedang galak memujuk dan merasuah pengundi cina dan orang asli. Malah ada laporan menyatakan Pas sanggup memberi wang kepada penduduk kampung, hanya untuk memberi sokongan kepada Pas. Sedangkan selama ini, adun Pas pun penduduk kampung tak pernah nampak.
Kiranya kalau nak ikut kesan 'Gelombang Biru' yang melanda Galas sekarang, memang berpihak kepada UMNO/BN, sebab tu Pas sedang mengelupur bak kerbau kena sembelih. Sekarang ni puak Pas sedang cari jalan nak tambahkan sokongan, jadi macam2 cerita yang akan dibuat untuk mengelirukan penduduk Galas. Soo.. Mc harap jangan mudah terpedaya dengan geng 'syaitan2 berjubah' ni.
P/s: pembohongan dan fitnah biasa la.. memang makanan rutin Pas.
Mctheory:
Siapa ketua fitnah?? Idris Ahmad?? ohh yee kee... heh!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
5 ulasan:
Sebenarnya PAS sudah tidak mampu menangkis segala serangan jentera2 UMNO di atas segala kepincangan PAS di Galas..... sebab itu diwujudkan isu sebegini....
Ini ahli PAS yang tiap tiap tahun menunaikan haji & umrah dan mendapat haji mabrur. Baca surah Yasin tiap tiap malam. Sembahyang hajat penuh stadium. Apabila jadi penceramah PAS dah mula membuat fitnah, mencarut, mengkafirkan & memburukan sesama sahabat Islam, membuat pembohongan, membiarkan Islam di hina semata inginkan kuasa politik. Apa kah ahli PAS akan masuk syurga walaupun dia bersama Allah?
Dapat masuk 'syurga' N.Ajis, asalkan tangan mereka2 tu mengundi hamPAS. Sesudah mengundi, jaminan mereka untuk merasa syurga N.Ajis adalah sehingga pilihanraya yang seterusnya.
Dalam masa berkenaan, kalau tak sembahyang pun tak apa, nak memfitnah pun boleh, nak mencaci, mencarut, memaki hamun pun semua tu dibenarkan..... semuanya dijamin 'syurga' oleh Pemegang Kunci Syurga, N.Ajis.
Yang fitnah pasal khalwat tu siapa?? Ada fatwa baru ke UMno tak berdosa buat fitnah!!
sememangnya ada sedikit isu dalaman antara pemuda UMNO Galas dengan UMNO bahagian Gua Musang. Ketua Pemuda Bazlan akan boikot prk nie sebab tidak dicalonkan manakala peluang untuk UMNO menang agak tipis sebab calon pilihan rakyat tak mendapat tempat. Sheikh Razali,Pengawa UMNO Galas yang disebut-sebut oleh rakyat Galas untuk jadi calon ditolak, sedangkan dia yang banyak bekerja untuk UMNO, semua di Galas tahu berkenaan ini tapi ada yang cantas dia. Mungkin isu nie yang dimainkan oleh PAS sebenarnya.
Catat Ulasan