AIDCThinker
Seperti sudah dijangkakan mesyuarat agung tahunan dan pemilihan
peringkat cabang akan berakhir pada minggu ini, menyaksikan tiga
pemenang; Azmin Ali untuk jawatan Timbalan Presiden, Nurul Izzah, Naib Presiden dan CheguBard (Badrul Hisham Shaharin) untuk jawatan Ketua AMK.
Azmin Ali, yang mendakwa dirinya sangat rapat dengan Anwar lebih 26
tahun lalu dijangka akan menang besar. Anwar sudah nampak kemenangan
Azmin sebab itu, beliau yakin untuk melakukan 'road tour' ke luar
negara.
Wan Azizah pun sudah tahu, Zaid dan Mustafa Kamil Ayub tidak
mampu untuk mengekang pengaruh Azmin, sebab itu tiada pilihan lain,
Nurul Izzah terpaksa masuk gelangang, bertanding Naib Presiden untuk
membantu 'suara Presiden' dalam mesyuarat PKR.
Tanpa Nurul Izzah, Wan Azizah akan diasak oleh Azmin Ali sekurang-kurang untuk
tempoh tiga tahun. Azmin Ali berbeza dengan Dr Syed Husin Ali. Syed
Husin, kuda tua yang tiada gigi yang sentiasa akur dengan arahan Wan
Azizah yang dilihat membawa 'mesej' dari Anwar Ibrahim.
Tetapi Azmin bukan kuda tua. Dia kuda muda yang kuat lagi tangkas. Kalau
Azizah boleh mendakwa membawa mesej dari Anwar, Azmin juga boleh
mendakwa seperti itu. Azmin juga boleh mendakwa membawa mesej dari
Anwar yang berbeza dengan mesej yang dibawa oleh Azizah. Sudah
bertembung dua mesej, dari saluran Azizah dan Azmin. Jadi terpulang
kepada Anwar untuk menyalurkan mesejnya kepada siapa, Azizah atau
Azmin, kerana kedua-duanya adalah orang yang paling rapat. Jadi di
sini, Azizah memerlukan suara ketiga untuk membantunya, iaitu dari anak
Anwar sendiri, Nurul Izzah.
Sementara menunggu Anwar kembali semula ke Sungai Buloh, Azizah boleh menjadikan 'port Bukit Segambut' sebagai tempat pemutus dasar. Anwar, Azizah dan Nurul Izzah mungkin
selesa dengan 'port' itu, tetapi bukan untuk Azmin. Itu mahligai
peribadi milik Azizah.
Tetapi Azmin tidak risau tentang 'port'. Di mana-mana pun boleh ada 'port', tidak semestinya di Bukit Segambut. Azmin lebih tahu tentang gerak kerja rahsia Anwar. Tanpa pendedahan
bekas pembantu Anwar, Saiful Bukhari, Wan Azizah dan mungkin ahli PKR
pun tidak akan tahu bahawa Anwar mempunyai satu lagi 'port' rahsia di
Kondominium Desa Damansara.
Tetapi Azmin tahu semua 'port' rahsia Anwar itu. Kenapa ? Sebab dia masih lagi 'setiausaha sulit'
Anwar. Sebab dia yang menjadi 'kunci khazanah' kewangan Anwar. Bukan
Azizah, bukan Nurul Izzah yang pegang 'harta-harta' Anwar, tetapi orang
kepercayaan itu adalah Azmin Ali.
Bayangkanlah, ketika Azmin tiada di dalam negara selama dua minggu (katanya mengerjakan umrah),
habis tergendala misionari PKR. Bil-bil overhead tidak
berbayar,gaji-gaji staff dan perbelanjaan program terbantut. Itulah
salah satu punca perletakan jawatan Salehuddin Hashim sebagai
Setiausaha Agung PKR. Begitulah hebatnya kuasa wang Azmin sehinggakan
tidak mempedulikan sesiapa sahaja yang berjawatan dalam PKR.
Azmin
meniru stail politik Anwar. Tidak mempunyai jawatan rasmi, tetapi
kuasanya melebihi daripada individu yang dipilih memegang jawatan
penting dalam parti. Sebab itu, Anwar menolak secara keras jawatan
PRESIDEN kerana baginya akan merendahkan martabatnya. Jawatan KETUA
UMUM sudah maha berkuasa, apa lagi mahu dibebankan dengan jawatan
Presiden ?
Bayangkan Azmin memegang jawatan Timbalan Presiden secara rasmi nanti, berapa banyak lagi kuasa yang digandakan ke atas dirinya.
Bukan keluarga Anwar hanya setakat TIMBALAN
Kes ini pernah terjadi ke atas Rahman Othman(foto kanan).
Bermula dengan baik, memenangi jawatan Timbalan Presiden Keadilan
dengan menewaskan Dr Mohd Nur Manuty, tetapi berakhir dengan ending
yang buruk, apabila berlaku pengabungan Keadilan dan PRM. Rahman
digugurkan daripada menjadi Timbalan dan diganti dengan Dr Syed Husin
Ali, dan bekas Timbalan Keadilan itu diturunkan pangkat dengan jawatan
Bendahari Agung PKR.
Ketika pegang Bendahari Agung PKR, barulah Rahman tahu bahawa jawatan itu tidak mempunyai apa-apa kuasa dan kuasa
kewangan sebenarnya dipegang oleh 'tangan hitam' yang lain iaitu Azmin
Ali. Di belakang Azmin adalah Anwar Ibrahim.
Sebab itu dalam Kongres PKR 2007, Rahman Othman mencabar Anwar Ibrahim untuk bertanding
jawatan Presiden PKR. Apabila Anwar tidak menyahutnya, Rahman terus
keluar daripada PKR.
Apa yang terjadi ke atas Salehuddin dan Rahman, tidak mungkin terjadi ke atas Azmin. Tetapi mungkin terjadi ke
atas Zaid dan Mustafa Kamil Ayub. Zaid telah dituduh sebagai 'trojen
horses', satu gelaran yang amat memalukan. Manakala Mustafa pula bakal
dipatuk ular kali kedua, selepas team ABIM, dipatuk ular untuk kali
pertama ketika Dr Mohd Nur Manuty tewas di tangan Rahman Othman untuk
jawatan Timbalan Presiden Keadilan.
Ada yang berpendapat, 'orang luar dari keluarga Anwar' hanya berakhir karier politiknya setakat
TIMBALAN. Tidak boleh naik ke atas lagi. Sama ada boleh bertahan,
ataupun selepas itu mengundurkan diri atau isytihar keluar parti. Ini
pernah terjadi ke atas Rahman Othman dan Dr Syed Husin Ali. Mungkin
juga bakal terjadi ke atas Zaid dan Mustafa, jika Anwar gagal
memujuknya.
Tetapi, tidak sesekali akan terjadi kepada Azmin
Ali. Azmin juga salah seorang keluarga tidak rasmi Anwar Ibrahim. Suara
Azmin Ali adalah suara Anwar Ibrahim. Bayangkan Azmin Ali tanpa Anwar
Ibrahim, adakah dia begitu berkarisma seperti yang digambarkan sekarang
ini ?
Chegubard Ketua AMK
Jawatan Ketua AMK, nampaknya tidak diberi perhatian oleh ahli PKR. Pada
mulanya, kroni Azmin, Rafizi Ismail dijangka akan memenangi jawatan
tersebut, rupa-rupanya jangkaan itu meleset. CheguBard, calon low
profile lebih diberi kepercayaan oleh perwakilan anak muda PKR.
Di Negeri Sembilan, yang menjadi kubu CheguBard, pencalonan ketua AMK
dimonopoli olehnya, manakala untuk jawatan Timbalan Presiden banyak
diberikan kepada Zaid. Malah Chegubard juga mendapat pencalonan
terbanyak di negeri-negeri lain.
Kenapa CheguBard lebih popular? Sebabnya CheguBard dilihat sebagai 'anak jantan' berbanding Rafizi.
Sejak kehilangan Ezam, AMK mencari klon baru yang boleh setanding
dengan Ezam. Maka CheguBard adalah pilihan yang paling tepat. CheguBard
dilihat sebagai ikon 'cheguvera' atau 'Ezam Junior'.
Tetapi yang lebih hebat adalah kelicikan CheguBard berpolitik. Dia tahu kuasa
politik PKR berpusat dari Anwar Ibrahim, sebab itu dia berusaha sedaya
upaya menjadi salah seorang ahli keluarga Anwar. Ketika Ezam jadi Ketua
AMK, cheguBard taat setia kepada Ezam tanpa berbelah bagi, kerana
mengetahui Ezam merupakan salah satu penghubungnya dengan Anwar.
Salah seorang exco Ezam adalah Zarerah Hanim Md Zaki(Era),
anak saudara Anwar. Era adalah anak Rehan Ibrahim (adik Anwar) yang
berkahwin dengan tokoh reformasi, Pak Lang Zaki (arwah). CheguBard sudah nampak peluang
itu. Jadi semasa mereka sama-sama bergiat sebagai exco AMK, di bawah
pimpinan Ezam, CheguBard berjaya memikat Era dan dijadikan isterinya.
Maka, termasuklah chegubard dalam keluarga Anwar melalui pertalian Era(foto kiri). Sebab itu, apabila Ezam masuk GERAK, CheguBard masuk GERAK mengikuti Ezam lagi mengenangkan jasanya yang menghantarnya menyambung pelajaran ke Korea Selatan. Tetapi apabila Ezam isytihar masuk UMNO, chegubard tarik handbreak sokong Ezam, terus menawarkan dirinya sebagai Ketua AMK.
Walaupun Rafizi disokong kuat oleh Nik Nazmi, tetapi Rafizi masih gagal
mengatasi kewibawaan CheguBard. CheguBard mempunyai satu lagi talian
hayat terakhir iaitu dari restu Shamsul Iskandar Mat Akin, orang yang
Rafizi dan Nik Nazmi tidak respect.
Rafizi sedar kekuatan Chegubard itu, sebab itu dia terpaksa meminta
pertolongan Saifuddin Nasution untuk mendapat bantuan Kedutaan
Singapura di Malaysia .
Tetapi mampukah kuasa luar itu membantu Rafizi, sedangkan Chegubard sudah mendapat kepercayaan meluas dari akar umbi ?
Nampaknya semua pihak cuba menafikan PKR adalah parti keluarga, termasuk dari Ng Lum Yong, bekas pengasas Keadilan.
Kenapa semua pihak beriya-iya menafikan PKR parti keluarga ?
Dan di manakah politik baru PKR kerana hasilnya hari ini kembali kepada status quo. Masih seperti 1999. Masih 3 A menguasai PKR.
Dimana politik merentasi sempadan kaum yang diwar-warkan Anwar, jika
hanya PKR Cina yang masih mencalonkan Tian Chua, manakala Gobalakrisnan
masih berebut undi dari perwakilan PKR India dengan Manikavasagam ?
sumber AIDCtahun lalu dijangka akan menang besar. Anwar sudah nampak kemenangan

Mctheory:
PKR cakap je berkobar-kobar, tapi dok serupa tu la jugak. Malah makin teruk!
2 ulasan:
Kepada ahli ahli PKR yang mengaku bau-bau kunyit dengan keluarga Anwar lupakan lah anda semua tak pergi kemana2....kecuali betul betul nak dikunyitkan dan pegang rahsia besar keluarga kunyit macam Azmin......tak faham faham lagi
Pakat Kencing Ramai-ramai.
Catat Ulasan