Ahad, 10 Oktober 2010

DAHSYAT!! PRK GALAS!! MISTERI MITOS KEMENANGAN PAS!!



Sejak Ku Li bersetuju untuk menjadi Pengarah Pilihanraya Dun Galas, puak Pas nampak macam meroyan semacam saja. Bila kita nak tahu cerita terbaru mengenai puak Pas ni. Kita kena la lepak sekali dan join aktiviti mereka. Kebanyakkan ahli Pas mengharap Ku Li takkan terima jawatan Pengarah Pilihanraya, kerana selama ini mereka menganggap sokongan Ku Li berpihak kepada Pas.

Namun harapan tinggal harapan, semua cerita yang digembar-gemburkan mengenai Ku Li hancur berkecai, punah ranah. Maknanya moral puak Pas ni dah jatuh merudum. Kiranya, kalau mengikut statistik mereka pun, mereka tidak yakin akan menang mudah dalam PRK kali ini.

Tapi macam biasa la, Pas tetap dengan perangai buruk Pas. Suka mengadakan cerita, lepas tu disebarkan kepada ahlul dan penyokongnya. Cerita mitos terbaru Pas ialah, 'Ku Li akan memenangkan Pas dalam PRK Galas'.

Maksudnya walaupun Ku Li Ketua Perang UMNO, tapi mengikut cerita yang disebarkan oleh puak Pas ni, Ku Li akan berikan sokongan pada N.ajis dan seterusnya membiarkan UMNO tersungkur di PRK Galas. Walaupun kita dengar cerita ni macam cerita donggeng dan mitos, tapi puak Pas percaya sungguh dengan khabar bodoh macam ni.

Cerita macam ni sebenarnya bukan ada apa-apa pun. Ini hanyalah khabar angin dan mitos yang dibuat bagi menaikkan semula moral puak Pas ni. Pemimpin Pas tahu bahawa, moral ahlul dan penyokong mereka sudah teruk bila Ku Li bersetuju menjadi Ketua Perang UMNO, sebab tu mereka cipta satu cerita bodoh, lepas tu sebarkan.

Hingga ada kempen yang berbunyi, jika sayangkan Ku Li, undi Pas. Kononnya Ku Li ni dipergunakan UMNO untuk menentang Pas. Jika benar Ku Li sayangkan Pas, sudah lama beliau masuk Pas. Tapi kenapa dari dulu hingga sekarang, Ku Li tetap bersama UMNO? Itu maknanya, Ku Li tak berminat dengan Pas. Kes royalti minyak pun, Ku Li bantu atas niat nak bantu rakyat dan  terpaksa kerjasama dengan Pas disebabkan Pas ni kerajaan negeri Kelantan, itu saja, takde lebih-lebih.

Sebenarnya UMNO juga yang untung bila cerita macam ni disebarkan, sudah pasti puak Pas ni akan terlalu yakin bahawa Ku Li menyebelahi mereka, bila terlalu yakin, maka ia boleh menjejaskan jentera Pas kerana tidak akan berusaha bersungguh-sungguh, yelaa.. dah kata Ku Li akan menangkan Pas, buat apa nak usaha lebih, betul tak?

Jadi Mc harap, puak Pas teruskan percaya cerita macam ni, teruskan angan-angan korang. Cuma Mc harap jentera UMNO dan rakyat tak payah la ambil kisah cerita donggeng setaraf budak tadika ni. Biar puak Pas aje yang percaya, kalau kita ada dengar atau ada kaki yang sampaikan, dengar aje la..percayanya jangan.

P/s: fitnah dan pembohongan memang sudah jadi makanan rutin Pas. Apa nak kisah??

Mctheory:
Pas tetap dunggu, bodoh dan bebal buat selama-lamanya.

Tiada ulasan: