Selasa, 26 Oktober 2010

GEMPAR!! NYAWA PENDUDUK TAMAN MEDAN DALAM BAHAYA!



Anjing liar! Ya.. itu ancaman yang paling bahaya bagi penduduk Taman Medan. Mc tak tahu anjing yang selalu bersepah berkeliaran kat taman ni ada tuan atau tidak, tapi pihak berkuasa perlu mengambil tindakan segera. Mc ada risik-risik tanya penduduk setempat mengenai hal ini, mengikut maklumat yang Mc dapat telah ada laporan dibuat kepada pihak berkuasa, cuma belum ada tindakan yang diambil.

Belum ada tindakan diambil. Ulang sekali lagi, BELUM ADA TINDAKAN DIAMBIL! Wei! nak tunggu sampai bila? sampai ada orang nak kena baham, baru nak mengelabah ambil tindakan ke. Ini bukan isu politik, ini isu setempat, ini isu keselamatan. Mc cuma menyalurkan apa yang patut disalurkan. Minta tolong rakan-rakan blogger yang mana sudi mainkan isu ini supaya pihak berwajib sedar dan nampak.



Bila malam anjing-anjing ni dok menyalak sampai kepagi. Dah macam cerita seram la pula. Bersahut-sahut, kadang-kadang gaduh sesama sendiri. Kita yang tengok ni pun naik seram. Kang silap-silap kita yang kena terkam. Takkan la benda macam ni pun pihak berwajib tak boleh nampak? Nak suh report, dah report, bila nak bergerak? Takkan nak tunggu kena sepak?

Kalau tak percaya, pergi Taman Medan pada waktu petang dan malam. Bersepah anjing-anjing liar. Port anjing dok berkumpul pula, dekat dengan taman permainan kanak-kanak. Takkan nak tunggu anjing baham budak baru nak gabra? Hal ini bukan main-main. Sila ambil tindakan dengan secepat mungkin. Kalau dah malas nak buat kerja, berhenti kerja, kasi orang lain. Banyak lagi orang yang dok cari kerja. Jangan makan gaji buta!


P/s: Mana pergi agaknya YB Taman Medan ni?? Tak perasaan ke??

MctHeory:
Blog ini cuma sampaikan apa yang patut! Thats All!


*ulang Post

2 ulasan:

tebing tinggi berkata...

Masaalah anjing 'bersepah'ni berlaku bukan hanya diTaman Medan,malah menjadi satu fenomena hampir diseluroh negara.
Adalah sukar hendak diklasifikasi sama ada anging-anging ni liar atau pon tidak,tetapi biasanya bertuan tetapi dilepaskan berkeliaran mencari makan sendiri meakbatkan ganguan, persekitaran dan ketenterman serta keselamatan pendudok setempat.
Situasi ditaman Medan hampir sama tedapat disekitar Skudai Johor Baharu, terutama diTanman Skudai dan kawasan persekitaranya,tetapi malangnya tiada nampak satu langkah berkesan diambil olih pehak berkuasa walaupun aduan kerap dibuat.
Seringkali kedengaran kes-kes gigitan anjing saolah-olah menjadi satu cabaran dalam kehidupan harian yang mesti dilaluai.
Baru-baru ini issue saekor anjing yang telah diambil tindakan olih pehak Majlis daerah Tampin telah menjadi issue hangat,memaksa menteri Kerajaan Tempatan @Bandar untok memberi penjelasan.
BIlakah menteri yang sama akan memberi penjelasan tentang wujudnya beratus ribu,malah mungkin berjuta anjing bertuan tetapi terbiar [kononya liar] diseluroh negara yang mengangu serta mengancham keselamatan dan ketenteraman awam diseluroh negara.

Mungkinkah pehak berkuasa takut untok bertindak,kerana melibatkan kaum-kaum yang tidak bolih disentoh sensitivity mereka ,tetapi persolanya bagimana pulak sensitivity sebahgian besar Masyarakat yang terancham keselamatan dan persekitaranya.

Cinta agama berkata...

......tulisan ni betul betul nampak panik? ni mesti kes takut anjing,,,anjing biasanya yg garang tu ialah anjing bertuan bukan anjing jalanan,,,nampak gaya tu anjing jalanan....dah besar panjang anjing tu, tak pernah makan orang lagi kan...ke dah ade kes makan orang? anjing bertuan kalau dapat arahan jaga rumah dari orang masuk, bila terlepas mulalah gigit orang,,,,anjing jalanan/terbiar pula bersepah mencari makanan,,,,ade sesetengah manusia sanggup menolong mencampakkan makanan kepada anjing jalanan yg lapar...sama seperti kucing jalanan cuma itu ialah anjing,,,