Kedah Ke KL

Sosial, Politik, Terkini!!

Pages

  • Laman utama

Selasa, 19 Oktober 2010

PANAS! ANWAR BELI SAYUTI OMAR DAN AKHBAR SIASAH!


AIDCReveal

Berita ini bukan rahsia lagi. Pisau.net telah mendedahkan Anwar Ibrahim akan mengambil alih sepenuhnya akhbar tabloid SIASAH yang selama ini dianggap 'nuetral' bagi menggantikan Suara Keadilan, organ rasmi PKR. Klik di sini

Akhbar tabloid SIASAH adalah milik penulis politik terkenal, Mohd Sayuti Omar (MSO) yang dari tahun 1998 sudah pro Anwar Ibrahim. Kecenderungan penulisan MSO sejak beberapa bulan lalu yang pro Anwar mengesahkan lagi berlaku 'deal' di antara pihak Anwar dengan penulis "Sumpah dan Air Mata Reformis Bangsa".

Identiti sokongan politik MSO sukar dibaca. Ada pihak mendakwa beliau ahli PAS dan pihak yang lain pula mendakwa bukan. Malah ada pihak menafikan beliau bukan pro Erdogan (ahli PAS pro Anwar Ibrahim) berdasarkan tulisannya yang mengecam Husam Musa, bekas Naib Presiden PAS yang sering disebut-sebut sebagai ketua Erdogan.

Tetapi yang pasti, beliau merupakan penulis politik oportunis yang mementingkan survival bisnes.

Sorotan ringkas MSO, Anwar  & Media Pembangkang

Pada tahun 1990, MSO pernah menulis buku mengkritik Anwar bertajuk "Anwar Ibrahim : Mimpi dan Realiti". Khabarnya buku itu dirampas di kilang percetakan oleh orang-orang Anwar dan menyebabkan MSO mengalami kerugian.

Anuar Tahir, bekas Setiausaha Agung ABIM yang ketika itu merupakan penyokong totok Anwar, pernah ancam mahu menumbuk muka MSO gara-gara penulisan dalam buku tersebut.

Trend penulisan mengkritik Anwar diteruskan secara berkala oleh penulis politik pro PAS, Ahmad Lutfi Othman yang menghasilkan lebih 4 buah buku politik

ImagePada tahun 1998, Ahmad Lutfi, (foto kanan) bekas wartawan Harakah masih meneruskan kritikan terhadap Anwar dengan penghasilan buku-buku politiknya, tetapi MSO mengubah haluan menjadi pembela Anwar dalam bukunya bertajuk "Sumpah dan Air Mata Reformis Bangsa".

Khabarnya melalui buku itu MSO mendapat pendapatan lumayan kerana bukunya sold out dan bukunya diulang cetak penerbitannya.

ketika itu, pandangan Ahmad Lutfi menjadi tidak popular, kerana  dianggap melawan arus. Selain MSO yang menyokong Anwar, Zulkifli Sulong, Ketua Pengarang Harakah juga pro Anwar Ibrahim.

Selepas pemecatan Anwar dari UMNO hingga ke tahun 2003, Zulkifli Sulong sering meletakkan berita Anwar sebagai berita muka depan Harakah, organ bulanan PAS.

Sekitar tahun 2003, ketika Haji Hadi Awang menjawat Presiden PAS, beliau mengalami krisis populariti, kerana Anwar Ibrahim lebih popular di kalangan ahli-ahli PAS berbanding dengan Presiden PAS sendiri. Semua ini berpunca  daripada sentuhan Zulkifli Sulong yang lebih memberi publisiti kepada  Anwar Ibrahim di Harakah.

Ekoran daripada itu, Zulkifli Sulong (foto kiri) dipancung daripada mengekalkan jawatan Ketua Pengarang Harakah dan diganti dengan Suhaimi Mokthar, bekas Setiausaha Akhbar Presiden PAS, Hadi Awang.Klik di sini

Selepas itu,  Ketua Pengarang Harakah diambil alih oleh Ahmad Lutfi Othman. Manakala Zulkifli Sulong pula bersama-sama MSO menerbitkan akhbar Siasah.

Walaupun Ahmad Lutfi dikatakan masih menyimpan peluru-peluru sisi gelap Anwar, tetapi beliau tidak menyiarkannya di Harakah kerana menjaga setiakawan dalam Pakatan Rakyat (PR).

Namun pemilihan Ahmad Lutfi yang dikenali sebagai ikon anti Anwar sebagai Ketua Pengarang Harakah sudah menunjukkan mesej yang sangat jelas.

Sebelum pilihanraya ke-12, Ramli Abdul Halim atau lebih dikenali sebagai Meli Kapak Jangak mendedahkan di blognya, bahawa beliau  terpaksa mengambil alih penerbitan "Mingguan Wasilah" miliknya daripada terus digunakan sebagai saluran propaganda Husam Musa.

Meli dikatakan tidak berpuas hati dengan pembayaran permit "Mingguan Wasilah" oleh Husam Musa yang jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan pembayaran permit ahkbar Siasah milik MSO.

Difahamkan ketika itu Husam Musa adalah Naib Presiden PAS telah membeli permit "Mingguan Wasilah" dan "Siasah" sebagai saluran propaganda  PAS yang berwajah nuetral.

Ekoran pendedahan itu, Meli telah disaman oleh Husam. Begitu juga dengan MSO yang juga turut disaman Husam ekoran pendedahan penyelewengan projek kambing Japnapari di blognya.

Masa Depan Siasah
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg2xHRkwRJqRz4zpYxB88EqHZgFRqOAzYifbsW9OwLBC_gUTP5ROviOMlLtlx7oV6kVN0kaoXegGeEuBoJ8lXnoUNXjhJcClGbOVd6QtNe9GPzrJ9KuBfezkM9nRHafxVao031n1YZbqqym/s220/MSO+copy.jpgWalaupun Siasah kepunyaan MSO (foto kiri), tetapi difahamkan permitnya telah dibayar oleh Harakah. Operasi Siasah turut menumpang pejabat dan operasi Harakah, di Jalan Pahang Barat, Kuala Lumpur.

Apabila Suara Keadilan ditamatkan permit oleh KDN, dikatakan PKR tidak lagi berminat untuk meneruskan modus operandinya menggunakan wajah  Suara Keadilan, walhal sebelum ini Suara Keadilan diterbitkan tanpa mempedulikan soal permit atau tidak.

Isunya bukan soal permit, tetapi soal strategi untuk menawan golongan pengundi atas pagar seramai mungkin dalam menghadapi PRU ke 13.

Anwar dikatakan lebih berminat dengan pengambilalihan 'Siasah' yang sebelum ini berjaya menembusi pasaran golongan tidak berparti, daripada meneruskan survival Suara Keadilan yang hanya berlegar di kalangan ahli-ahli PKR sahaja.

Ekoran minat Anwar itu, Ahli Lembaga Pengarah Harakah telah membincangkan masa depan Siasah. Setakat ini belum ada kata putus dibuat oleh jawatankuasa Harakah itu.

Namun begitu, MSO selaku pemilik permit dan Zulkifli Sulong, ketua pengarang Siasah dikatakan lebih berminat dengan tawaran Anwar itu bersandarkan janji-janji sagu hati yang sangat  lumayan.

Wartawan-wartawan Suara Keadilan akan diserapkan secara automatik ke Siasah dan dijanjikan dengan gaji bulanan yang dikatakan mencecah RM3,000 seorang.

Gosip semakin bertiupkencang.  Dikatakan penguatkuasaan pengambilan Siasah sepenuhnya oleh PKR akan dilakukan selepas Pilihanraya Kecil DUN Galas.

Siasah yang selama ini dilihat nuetral, tidak pro-Anwar dan lebih  pro kerajaan perpaduan bakal bertukar wajah sebaliknya, selepas Anwar menguasai sepenuhnya akhbar tersebut.

P/s: Seringkali Anwar bercakap mengenai kebebasan media, tetapi kenapa Anwar tidak percayakannya??

Mctheory:
Patutla sekarang ni, MSO semakin garang menghentam UMNO/BN, rupanya ada mashyukkk...konon perjuangan.. ha ha ha..
at 9:47:00 PG
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Labels: Anwar, siasah

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

puak ni memang cakap tak serupa bikin.. heheh

19 Oktober 2010 pada 10:11 PG
Tanpa Nama berkata...

yang UmnNgok dok bayaq APCO tu boleh pulakkk noooo.... dok bagi duit kat kafir yahudi tu supaya racun rakyat malaysia..

19 Oktober 2010 pada 10:31 PG
Tanpa Nama berkata...

Salam.Cakap orang politik memang macam tu.Lebih baik kita dengar cakap keling mabuk dari cakap orang politik

19 Oktober 2010 pada 10:35 PG

Catat Ulasan

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catat Ulasan (Atom)

Online

PageView

15079182

Search This Blog

Misi Selamatkan Kedah

Misi Selamatkan Kedah

Negarawan Bangsa

Negarawan Bangsa
Klik ke Blog Tun Dr Mahathir

Mukhriz Mahathir Portal

Mukhriz Mahathir Portal
MMFC Portal

Most Trending

  • TUDIAA!! Betul ke ini Video Seks Nurul Izzah? #TolakPR
      Betui ke ini Nurul Izzah? Siapa penyebar disebalik rakaman video ni? Mc percaya ini kerja-kerja jahat dalaman PKR yang nak mem...
  • SOSIAL: GENG 77, DOUBLE 7, IALAH KONGSI GELAP!
    Hari ini kita bercerita berkenaan dengan gejala budak-budak Melayu sekarang ni. Semalam aku ada terbaca Akhbar Metro berkenaan dengan ziki...
  • KUMPULAN 77, GENG 77, DOUBLE 7, IALAH PEROSAK RAKYAT!
    Mc pernah menceritakan mengenai kegiatan kumpulan 77 yang cuba merekrut remaja melayu untuk dijadikan pelapis kepada kegiatan haram kumpul...
  • TERPANASS!! Wan Azizah Akui Video seks Mirip Nurul Izzah Agenda Jahat UMNO dan Bekas Pensyarah!! #TolakPR
    Disebabkan video seks mirip Nurul Izzah dah tersebar meluas dalam blog dan media maya. Hari ini, Wan Azizah tampil bersuara menerusi blog r...
  • PANASS!! Sungai Petani Muncul Pusat Pelacuran Terbaru Kedah??
    Hiasan semata.. Pembongkaran demi pembongkaran akan terus dilakukan oleh Team Media Kedah yang diketuai oleh Mc bersama rakan-rakan ya...

Blogger Kedah

  • kamera kupang
    GEMPAR !! Penemuan Beberapa Buah Terowong Misteri Di Kampung Siput, Mukim Siong Baling !!
    6 tahun yang lalu
  • Paruh Si Kenari
    95 Peratus Miskin Adalah Bumiputera
    7 tahun yang lalu
  • Aktivis Pendang Jr
    Video : [BONGKAR] Zahid Hamidi Pernah Jumpa Mahathir Nak Tumbangkan Najib
    7 tahun yang lalu
  • Pisau Kedah
    Sandiwara Apakah Cuba Dimainkan Terhadap @MukhrizMahathir ? @NajibRazak
    9 tahun yang lalu
  • MEDAN TEMPUR
    DS @MukhrizMahathir BUAT KEJUTAN DI MARKET KG BERJAYA
    9 tahun yang lalu
  • Betoika blog
    GST - lambang cinta yang suci dan murni
    10 tahun yang lalu
  • MERBOK TIMES
    A Timeline of CIA Atrocities
    10 tahun yang lalu
  • Bapak3's
    Prologues From An Epic War In A Malay Galaxy
    10 tahun yang lalu
  • CALON BN KEDAH PRU13
    N04 Ayer Hitam (Dato' Paduka Mukhriz Tun Mahathir)
    12 tahun yang lalu
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

Special List

  • Mukhriz Mahathir FC
    Exco Agama Kedah bertemu Skuad Badar
  • Kasut Sukan Online
    New Balance 6 Colour Shoes
  • Team Media Kedah
    UMNO Kedah Menyokong Penuh YAB PM, YAB MB dan hormati Tun Dr Mahathir

List Special

  • darikacamatarakyat.blogspot.com
    Kenapa Memilih i-LEARN Ace Di Dalam Pembelajaran Abad Ke 21?
    6 tahun yang lalu
  • GERAKAN-ANTI-PKR-NEW
    BILA MAHKAMAH RAYUAN PUTUSKAN SPR MENANG.
    7 tahun yang lalu
  • BERSAMA MAZIDUL
    VIRUS KEHIDUPAN - JIWA TERGANGGU (PART 1)
    9 tahun yang lalu

About Me

Powered by Morgan&Men SEO Consulting - Widget
Tema Mistik Bhd.. Dikuasakan oleh Blogger.