Ahad, 3 Oktober 2010

PANAS! PKR SABAK BERNAM KECOH!!

Dewan lenggang sebab semua dah blah
PKR Makin lama makin teruk, tidak syak lagi memang PKR ni dihuni oleh orang-orang yang gila kuasa. Kalau bukan gila kuasa, takkan sampai macam ni jadinya.. betul tak?

Proses mengira undi bagi pemilihan Ketua dan Ahli Jawatankuasa Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabak Bernam yang berlangsung di Dewan Tun Razak, di sini, malam ini kecoh apabila berlaku insiden bertumbuk dan membaling kerusi.

Kejadian kira-kira pukul 8.15 malam itu bermula dengan tindakan sekumpulan lapan lelaki membuat bising di luar dewan sambil menendang pintu masuk utama.

Setelah itu, mereka kemudian menyerbu masuk ke dalam dewan sebelum bertindak menimbulkan kekecohan dengan membaling kerusi.

Difahamkan tindakan kumpulan tersebut kerana tidak puas hati dengan proses pengiraan undi yang dikatakan wujud penipuan.

Timbalan Ketua Cabang PKR Sabak Bernam, Abu Talib Bujang yang berada di dalam dewan itu cuba menghalang tindakan kumpulan berkenaan.

Bagaimanapun, tindakannya itu menyebabkan tercetusnya insiden tolak-menolak dan pergaduhan.

Malah anaknya, Mohd. Fazli yang turut berada di dalam dewan turut cedera di kepala apabila terkena objek keras yang dipercayai serpihan kerusi yang pecah.

Dia seterusnya dihantar ke Hospital Ampuan Jemaah di sini untuk rawatan lanjut.

Ekoran kejadian tersebut, mereka yang berada di dalam dewan telah meluru keluar apabila melihat keadaan yang tidak terkawal itu.

Namun kehadiran anggota polis dan sebuah kereta peronda 10 minit kemudiannya berjaya meredakan keadaan. sambung baca sini.


P/s: dergar kata kat tempat lain pun kecoh jugak!! ishh ishh ishh..

Mctheory:
Kalau orang tak jadi macma tu.. ni sahih beruk ni..

Tiada ulasan: