Sabtu, 23 Oktober 2010

TERGOLEK! JAWAPAN KEPADA FITNAH ISLAMIC FASHION SHOW DS ROSMAH!

Di bawah ini adalah gambar-gambar dari Islamic Fashion Festival yang diadakan di Jakarta pada 29 dan 30 Jun 2010. Tuan rumah yang bertanggungjawab ialah Indonesia.

Untuk gambar-gambar lain yang dianjurkan di Indonesia, lihat sini, sini, sini, sini, sini, sini, sini, dan sini.


Seterusnya, gambar-gambar dari Islamic Fashion Festival yang dianjurkan di Monte Carlo pada 9 Ogos 2010. Tuan rumah yang menguruskannya adalah Monaco. Jangan terlepas pandang, gambar yang dipolitikkan PAS berada di sini.

Gambar yang dianjurkan di Monaco ini diambil di sini.


Berikut pula gambar-gambar Islamic Fashion Festival di Kuala Lumpur. Tuan rumah yang menguruskannya adalah Malaysia.




Barisan selebriti tempatan yang turut menjayakannya


Artis tempatan yang menjayakan persembahan.

Gambar-gambar penganjuran di Kuala Lumpur ini diambil dari laman web rasmi IFF di sini.

Slaid berikut juga ada paparannya.


Setelah lihat kesemuanya, yang diuruskan oleh tiga Negara penganjur yang berbeza, apa kesimpulan yang dapat dibuat?

Kesimpulannya ialah peragaan pakaian di ketiga-tiga Negara adalah berbeza di antara satu sama lain kerana ia mengikut tema tempatan (Negara penganjur).

Ini bermakna pengisian aktiviti, pelaksanaan dan perjalanan IFF diuruskan oleh tuan rumah. Bukannya oleh ROSMAH!

Rosmah hanya Penaung bagi kewujudan IFF. Beliau adalah orang yang beri idea penubuhan IFF dengan harapan industri busana akan meningkatkan pendapatan masyarakat Islam di seluruh dunia. Selain itu ia juga bertujuan untuk menolak perspektif negatif Barat terhadap Islam yang kononnya jumud dan mengongkong penganutnya.

Rosmah bukanlah orang yang menguruskan pengisian, pelaksanaan dan perjalanan aktiviti IFF. Beliau hanya orang yang menasihati. Jawatankuasa pelaksana (tuan rumah) yang akan menentukan segalanya!

Sama juga macam Tun Mahathir yang menjadi penaung PERKIM sebelum ini. Tun M hanya melontarkan idea dan memberikan ucap utama dalam majlis-majlis PERKIM. Bukan beliau yang tentukan apa yang boleh dan yang tidak boleh dibuat oleh PERKIM.

Jelas, PAS menjadikan isu ini sebagai modal politik untuk memburukkan Rosmah dan seterusnya memalitnya kepada Najib.

Ia terbukti apabila diakui sendiri oleh Fadhil Osman, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutan seperti berikut:

“Hasil perbincangan, Pemuda PAS Wilayah mengambil pendekatan yang lebih bersifat untuk mendapat sokongan politik

Tak percaya? Baca sini! Malaysiakini yang laporkan tu. Bukannya Utusan!

Betapa busuknya PAS hingga sanggup menjatuhkan maruah orang untuk mendapat kuasa.

Kasihan Rosmah, berterusan PAS dan Pakatan Haram memfinahnya untuk memperoleh undi dan kepentingan politik. Entah sampai bila ini akan berterusan.

Semoga Rosmah tabah dalam menghadapi fitnah ini dan cabaran yang bakal mendatang.

Itulah harga yang perlu dibayar apabila menjadi isteri kepada orang nombor satu Negara.

Sumber Kreatif Blog SatuLimaTiga

P/s: Apa lagi yang Pas pandai selain dari buat fitnah??

Mctheory:
Sesungguhnya kewujudan Pas hanya memecah belahkan umat Islam di bumi Malaysia.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

jgn jadi pengampu membuta tuli..ini bukan pasai PARTI POLITIK..ni pasai AGAMA ISLAM KITA YANG SUCI ...sila baca http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?dt=0811&pg=dn_03.htm&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&y=2010link ni

Tanpa Nama berkata...

lepas tu baca ni pulak http://zaharuddin.blogspot.com/2010/10/islamic-fashion-show-telah-dianjurkan.html

BILLYtheKID berkata...

Rosmah tu aurat pun tak tutup. Tutup aurat hukum yang Qatei. Apa di harapakan pada najib tu...isteri seorang pun tak mampu dibimbing..nak bimbing/ pimpin rakyat Malaysia gene..semput tul la otak mu Mc..!!!

Tanpa Nama berkata...

bodoh betul puak Pas ni, nape la nak pegi fitnah si Rosmah tu, dah takde modal ke? penakut ke wei

Tanpa Nama berkata...

BILLYtheKID

dia pakai tudung ke, tak pakai tudung ke, itu urusan dia sendiri. Yang ko buat fitnah, lagi teruk dosanya. ada ko boleh jumpa dia mintak maaf ke? ko jangan kata orang la, diri sendiri pun tak pandai jaga lagi mau kutuk orang.Sekurang2nya najib tu berjaya, sampai jadi PM. ko apa ada? jadi pencacai angkat najis je.