Jumaat, 22 Oktober 2010

PANAS!! SYED SOBRI SUDAH MUFLIS, LETAK JAWATAN JE LA, PRK DUN KUALA NERANG LA PULAK!


Baru dua tiga lepas Mc dok hentam Syed Sobri, dah muflis dah dia. Tue la.. orang nak berniaga, dia pun nak berniaga, orang bayaq hutang, dia taktau duit pi mana. Kalau kita ni baik, buat kerja ikhlas, siapa pun akan tolong, tapi kalau niat kot lain. Tengelam sorang2 je la.

Umno bersedia untuk menghadapi pilihan raya kecil ekoran keputusan mahkamah mengisytiharkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN Kuala Nerang Datuk Syed Sobri Syed Hashim sebagai muflis Jumaat lalu.


Sambil mengakui belum ada butiran terkini, Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, pihaknya akan berusaha untuk mengelakkan pilihan raya kecil dengan membuat rayuan.


Syed Sobri diisytihar muflis ekoran kegagalan syarikatnya membayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).


Pengisytiharan bankrap terhadap Syed Sobri kemungkinan membuka ruang kepada satu lagi pilihan raya kecil.


"Kita akan selidik dan lihat dulu perkara ini... jika perlu buat rayuan, kita akan buat," kata Shafie. - Sinar

Kalau ikut perkara 47 Adun yang bankrup, patut meletak jawatan. Mungkin boleh buat rayuan dimahkamah, tapi secara rasionalnya bersedia untuk PRK lagi baik kot.

UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN NEGERI KEDAH.

46. Tiap-tiap rakyat yang berumur 21 tahun atau lebih yang tinggal di dalam Negeri ini layaklah menjadi ahli Dewan Negeri melainkan jika ditegah ia menjadi ahli oleh Perlembagaan Persekutuan atau Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri ini atau oleh mana-mana undang-undang yang tersebut di dalam Perkara 47.


47. (1) Setakat yang tiada bercanggah dengan syarat-syarat perkara ini maka tiada lulus mana-mana orang menjadi ahli Dewan Negeri jika-


(a) ia berkeadaan dan telah didapati atau dinyatakan tiada sempurna akal;


(b) ia seorang muflis (bankrupt) yang belum dilepaskan.

Mc rasa UMNO tak payah merayu lagi kat mahkamah. Biar je la PRK, Syed Sobri ni tak payah simpan biar dia keluar UMNO masuk Pas, hilang satu barah dalam UMNO Kedah. Kalau ada sesiapa nak ikut Syed Sobri sekali pun boleh, silakan aje la.

Pas sekarang terlalu bermegah di Kedah, puak ni kata depa kuat sangat kat Kedah lanie. UMNO jangan lupa isu air telah membuatkan rakyat Kedah 'benggang' dengan pentadbiran kerajaan Pas Kedah. Dulu Pas asyik tuduh BN main duit dan rasuah, tapi kerajaan BN Kedah tak pernah naikkan taraf air, harga tetap macam tu jugak. Bila masa Pas pegang, dah la ekonomi 'slow', air naik harga, kerja pun tarak, pengangguran berlambak2, moral jatuh, sosial makin teruk, takdak apa yang bagus.

Biar kita tengok rakyat Kedah menyesal ka dak pilih Pas dulu. Ingatkan baguih sangat, rupanya lagi teruk. Cakap ja lebih, habuk pun tarak.

P/s: harapkan pagar, pagar makan padi, sekali dengan kerbau2 dia makan.

Mctheory:
Syed Sobri pulak, biaq pi la kat dia, biaq dia pi kat Pas.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

betul tu.UMNO Kedah takyah merayu-rayu dah.kita buat saja satu lagi pilihanraya kecil.kita try test power Parti Ajaran Sesat nih sebab parti haprak nih dok canang sampai sekarang yang Kedah kubu kuat depa.kalau kita kalah pun kita tak rugi apa-apa sebab negeri Kedah memang dah dalam pentadbiran parti najis tu.tapi kalau kita menang,itu boleh dijadikan sebagai satu political mileage yang yang menunjukkan yang orang Kedah dah meluat dengan Pakatan Ajaran Sesat tu.

p/s:UMNO Kedah tunggu apa lagi?!palulah gendang perang!