Selasa, 9 November 2010

APA YANG ANDA LAKUKAN JIKA ANDA BERDEPAN DENGAN SITUASI BEGINI??!!

sekadar hiasan

Mc nak ceritakan pada pembaca mengenai perihal yang berlaku pada salah seorang kawan Mc. Semalam kawan Mc ada ceritakan pada Mc, dia hampir dirompak. Terkejut la juga Mc, tapi Mc tengok dia tenang je pun. Mc tanya dia, apa yang kena rompak? Dia kata takdak apa2. Mc tanya lagi, apa cerita ni, cuba terangkan sikit.

Kawan Mc pun mulakan ceritanya. Memula masa aku tengah parking motor kat bawah rumah (apartment) aku semalam, lebih kurang pukul 11 malam, ada seorang lelaki lebih kurang berumur lingkungan 30an datang kat aku. Aku ingat dia nak tanya apa2, rupanya bila sampai je, dia terus keluarkan pisau, sambil bersuara "bagi aku dompet dengan handphone ko cepat kalau nak selamat".

Terkedu jugak aku terkejut dengan mamat tu. Aku tak mengalah aku terus bersuara,

Kawan Mc: Sabar bro, jangan buat macam ni!

Perompak: Jangan cakap banyak serahkan serahkan dompet dengan handphone ko sekarang, kalau tak!! (sambil mengacu-acukan pisau)

Kawan Mc: Bro, saya bukannya ada duit, ada pun cukup2 makan je. Lagipun saya bukan orang kaya, orang susah bro.

Perompak: (tunduk, diam dan tiba2 menangis) Saya pun bukan orang jahat, tapi saya tengah susah sekarang ni. Anak dan Isteri saya tak makan lagi hari ni, saya pulak baru dibuang kerja. Saya terdesak ni. Saya bukan orang jahat, sambil menangis terisak-isak.

Kawan Mc baru perasan, ada seorang perempuan sedang memangku anak kecil diatas motor tak jauh dari tempat kejadian.

Perompak: Hari ni saya dihalau keluar oleh tuan rumah saya kerana tak bayar sewa rumah, saya ada anak bini, saya pun tak tahu dekat mana nak tinggal sekarang ni (sambil nangis). 

Kawan Mc: Saya pun susah, kalau nak bantu sikit2 tu boleh la. Tapi jangan merompak macam ni, tak baik.

Perompak: Saya tak pernah buat macam ni, ini pertama kali, dah terdesak sangat dah (masih nangis).

Kawan Mc bukak dompet, tengok ada rm70, dia ambil rm50 hulurkan kepada perompak tu.

Kawan Mc: ambillah, buat belanja, pergi makan, kesian anak bini tu.

Perompak tu masih lagi menangis terisak-isak. Tapi duit tu dia ambil juga (sambil tundukkan muka).

Kawan Mc: Oklah, saya pun letih ni, baru balik kerja, saya jalan dulu. (sambil tepuk bahu perompak terbabit).

Kawan Mc pun terus berjalan kearah lif sambil mengeleng2kan kepala. Macam ni pun ada, sambil bersyukur kerana dia tak dirompak. Kalau tak tentu dia pulak yang 'terdesak' nanti.

Ok, jika terjadi situasi tersebut jadi kepada anda? Apa tidakkan yang akan anda ambil? Luahkan dikotak  komen.

P/s: perlukah kita buat laporan polis keatas perompak ini??

Mctheory:
Mana lebih penting, sifat kemanusiaan, atau kebendaan?

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nak tolong biar la betul2..

kalau memang dia susah sangat.. kita bantu lah..
kan orang islam ada duit zakat yang boleh di pohon oleh mereka yang layak..

malam ni kau bagi dia 50.. esok?
Orang terdesak nie boleh buat macam2 tau..

Jabatan kebajikan ada..
Zakat ada...

tunjukan jalan pada mereka...

headbomb berkata...

bila sebut pasal susah, ada lagi manusia yg susah dan lagi teruk dari apa yg kita alami... bersyukurlah, harap bro tadi tu berusaha cari jalan tuk ubah idup.. terdesak sampai nak merompak tu mgkin dah buntu.. tak elok lah buat macm tu... rezeki bumi Allah ni luas, walau kita anggap susah, sebenarnya senang kalau kita berusaha dan tidak menyerah pada nasib semata2...

Helang Buana berkata...

Merompak cara morden memang macam tu, dah tentu tak kena tangkap. Kalau 100 orang bagi RM 50 satu hari RM 500 X 30 hari RM15000, banyak tu.

Helang Buana berkata...

Sorry 10 orang bukan 100, uh kalau 100 , 15000.

Dot berkata...

salam,

teringat kisah orang rumah dgn kwn2nya berhenti solat di sebuah masjid dkt jertih lps balik main golf di k.ibai. dah selesai solat, nak masuk ke kereta, datangla sorang hamba Allah mengadu dia putus belanja nak balik ke masa tu lpd raya haji. dlm kereta dia tak jauh dari situ nampak kelibat anak2 ngn bini dia dlm samar2 mlm...

maka member2 ni pun pakat2la kutip duit. ada yg bagi 50, ada yg bagi 100, hitung2 hampir 300 lah hamba Allah tu dapat. yg bestnya hamba Allah tu minya nombor fon & akaun bank masing2 janji kononnya dia pinjam dulu & nak byr balik bila dia dpt gaji cukup bulan. member2 ni pulak masing2 tak ingat nak tanya nama hamba Allah tu, alamat dia ka, fon dia ka..semuanya bagaikan terpukau. dah jauh berlalu dari situ, ada yg bertanya.."eh? orang tu tadi nama apa?" semua jwb "ntahla...", " ada sapa2 ambik fon dia dak?" "tak tahu"..."gapo plet keto dio takdi?"..."ntah!"...

sampai hari ni dah 2 tahun berlalu...abukpun tarak...bijak!bijak!

kehkehkeh!

apapun masing2 anggap sedekah utk anak2 dia bila semua buntu mikir mengapa masing2 tak tanya betul2 tentang ltrblkg lelaki misteri tersebut..oghe kito tuh!