Jumaat, 19 November 2010

GEMPAR!! SEORANG LAGI SAMAN PKR!!


Nampaknya lepas seorang, seorang lagi mula membuat kacau memporak perandakan parti PKR. Pernahkah kita fikir, kenapa orang2 seperti ini semakin ramai dan semakin hari semakin ramai yang mahu tinggalkan PKR. Apakah ahlul PKR sendiri tak pernah fikir akan semua ini.

Apakah semua yang berlaku ini hanyalah sebabkan UMNO? Ada otak wehh.. tolong la fikir sendiri.


Bekas Timbalan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), P. S. Jenapala hari ini memfailkan saman pemula bagi memohon perisytiharan mahkamah bahawa pemilihan yang dijalankan bagi jawatan timbalan presiden parti itu adalah tidak sah dan terbatal.


Beliau juga memohon perintah injunksi bagi menghalang PKR daripada mengisytiharkan mana-mana calon yang dipilih dalam pemilihan itu bagi jawatan timbalan presiden.


Saman pemula itu difailkan oleh Jenapala melalui firma guaman, Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini pada pukul 4 petang ini.


Mahkamah menetapkan Isnin depan untuk mendengar permohonan tersebut.


Jenapala selaku plaintif yang diwakili peguam, Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin menamakan Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan Presiden, Dr. Syed Husin Ali dan Setiausaha Agung, Saifuddin Nasution Ismail sebagai defendan-defendan.


Dalam saman tersebut, Jenapala yang menyertai PKR pada 1998 dan menjadi anggota seumur hidup parti itu turut memohon perisytiharan bahawa beliau pada setiap masa adalah anggota parti berkenaan serta layak bertanding jawatan timbalan presiden.


Jenapala, 56, yang telah dipecat oleh PKR pada tahun lalu juga memohon perisytiharan bahawa pembatalannya untuk bertanding dalam pemilihan parti itu sebagai timbalan presiden adalah tidak sah dan bertentangan dengan haknya sebagai ahli PKR.


Selain itu, plaintif menuntut ganti rugi, faedah pada kadar lapan peratus setahun terhadap ganti rugi tersebut, kos dan sebarang perintah yang layak serta sesuai untuk diberikan oleh mahkamah. Sambung baca sini

P/s: Ramai lagi yang bakal bangkit menentang kekejaman Anwar nanti.

Mctheory:
Kita tengok aje la, drama yang seterusnya...

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalau dia bawa ke mahkamah bukan mahkamah akan layan pun sebab kes-kes yang melibatkan parti politik tak layak di bawa ke mahkamah.