Sabtu, 20 November 2010

HANGAT!! KENAPA DAP TAKUT SANGAT DENGAN 13 MEI?? MESTI BACA!!

barangkali Lim mahu supaya orang ramai lupa ialah bahawa berikutan dengan kerusuhan 13 Mei 1969 itu, pihak berkuasa telah mendapati bapaknya, Lim Kit Siang sebagai salah seorang pemimpin DAP pada masa itu, terlibat dalam ucapan-ucapan menghasut dan mengapi-apikan semangat perkauman. Kerana itu telah ditahan di bawah Undang-Undang Keselamatan Dalam Negeri sehingga bulan Oktober 1970.

Sekiranya Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tidak tahu, maka dia perlu diberitahu bahawa selain Peristiwa 13 Mei 1969, semenjak selepas Perang Dunia Kedua, di Semenanjung Tanah Melayu ini telah berlaku beberapa peristiwa pergaduhan kaum atau dalam bahasa Inggeris sering disebut racial riots. Peristiwa-peristiwa hitam tersebut perlulah diingat sebagai satu pengajaran agar jangan sampai berulang lagi hingga mengorbankan nyawa yang tidak berdosa dan merosakkan kerukunan hidup bernegara.

Demi mengingatkan diri untuk menghindarkan kemudaratan peristiwa-peristiwa hitam itu, maka tidaklah salah untuk menyebut atau mengingat kembali Peristiwa Berdarah 13 Mei itu seperti yang dilakukan oleh Ketua Pembangkang dalam Dewan Undang Negeri Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim beberapa minggu yang lalu. Malah peristiwa-peristiwa lain yang sejenis dengan 13 Mei itu pun tidak semestinya dilupakan.


Guan Eng jangan sampai lupa bahawa di Pulau Pinang sendiri, pada bulan November 1967 pergaduhan kaum telah meragut nyawa tak kurang daripada 23 orang. Tiga tahun sebelum itu pada tahun 1964, di Singapura (semasa negara pulau itu masih merupakan sebahagian daripada Malaysia), telah berlaku dua pergaduhan kaum masing-masing telah meragut nyawa 22 orang dalam satu peristiwa dan lapan orang lagi dalam satu peristiwa yang lain.

Dan lebih dahsyat daripada apa yang berlaku semasa “Tentera Bintang Tiga” bermaharajalela, pergaduhan kaum merebak di banyak tempat dan melibatkan bilangan (dan mangsa keganasan) yang jauh lebih ramai daripada apa yang berlaku pada 13 Mei 1969. Perbuatan “buas” dan “ganas” yang sangat sadistic sifatnya semasa “Tentera Bintang Tiga” berkuasa itu, sampai sekarang masih menjadi ingatan dendam dan kenangan pahit dan pedih oleh sebahagian anak atau cucu mereka yang menjadi mangsa.

Saya sendiri semasa remaja kira-kira 40 tahun yang lalu sering mendengar cerita kebangkitan pendekar-pendekar Melayu menentang kekejaman Tentera Bintang Tiga itu terutama di Batu Pahat, Johor (terkenal dengan Kiyai Salleh sebagai tokoh utamanya). Begitu juga berlaku penentangan di Sungai Manik, Perak.

Kemudian sepanjang minggu lalu daripada perbualan dengan beberapa orang tokoh, saya dimaklumkan beberapa nama tempat lain seperti Bekor (dekat Kuala Kangsar, Perak), Batu Kikir (Negeri Sembilan) dan banyak tempat lain yang ada kaitannya dengan pergaduhan kaum di zaman “Bintang Tiga” itu.

Jadi jelaslah bahawa pergaduhan kaum di zaman Bintang Tiga itu berlaku di banyak tempat dan dengan demikian tentu banyak individu yang terlibat. Kerana itulah agaknya maka ada yang menyifatkannya sebagai lebih dahsyat daripada “Peristiwa 13 Mei”

Malah seorang ahli sejarah yang pernah menjadi pensyarah di Universiti Sains Malaysia(USM), Pulau Pinang, iaitu Dr Cheah Boon Kheng sampai mengambil kesimpulan: “Bila dibandingkan bilangan nyawa yang terkorban dan keluasan kawasan yang terlibat sepanjang masa peralihan (interregnum) antara penyerahan Jepun dengan kedatangan kembali tentera British tersebut, pergaduhan kaum Mei 1969 itu boleh dianggap sebagai satu peristiwa yang pudar signifikannya. Untuk penjelasan lanjut sila rujuk buku Dr Cheah yang berjudul “Red Star Over Malaya”.

Perbandingan yang dibuat oleh ahli sejarah tersebut menyebabkan kita mengulang kembali satu soalan yang berulang-ulang kali ditanyakan sepanjang dua minggu yang lalu: “Kenapakah Setiausaha Agung DAP yang menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang itu begitu mudah melenting dan melatah bila mendengar ungkapan 13 Mei itu?”

Guan Eng seperti hendak mengharamkan ungkapan “13 Mei” untuk disebut dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Seakan-akan ada yang hendak disembunyikannya (atau ada perkara dan peristiwa yang dia tidak mahu orang ramai mengingat) mengenai peristiwa 13 Mei itu.

Tentu dia ingin menyembunyikan (dia mahu orang ramai melupakan) bahawa sebab utama yang mencetuskan Peristiwa Berdarah 13 Mei 69 ialah provokasi penyokong-penyokong DAP dan Parti Gerakan yang sedang “mabuk kemenangan”, menari dan berarak sepanjang jalan raya merayakan kemenangan mereka dalam pilihan raya umum 1969 itu.

Satu perkara lagi yang barangkali Lim mahu supaya orang ramai lupa ialah bahawa berikutan dengan kerusuhan 13 Mei 1969 itu, pihak berkuasa telah mendapati bapaknya, Lim Kit Siang sebagai salah seorang pemimpin DAP pada masa itu, terlibat dalam ucapan-ucapan menghasut dan mengapi-apikan semangat perkauman. Kerana itu telah ditahan di bawah Undang-Undang Keselamatan Dalam Negeri sehingga bulan Oktober 1970.

Akhirulkalam, saya catatkan kembali faktor-faktor yang mencetuskan kerusuhan kaum: keceluparan mulut, kesongsangan perbuatan dan kebiadapan hidup bermasyarakat serta provokasi kasar dan halus yang menyakitkan hati. Semuanya mestilah dijauhi.

* Senator Datuk Dr Firdaus Abdullah ialah Pakar Rujuk di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Sumber : KL Today

P/s: tak hairan lah.. kalau Dap takut sangat...

Mctheory:
Nak tutup busuk sendiri rupanya...

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Semasa Singapura berada dalam Malaysia, Lim Kit Siang yang masih muda itu adalah Setiausaha Lee Kuan Yew, yang memperjuangkan Malaysian Malyasia. Setelah Singapura disingkirkan oleh Almarhun Tunku Abdul Rahman, lahirlah DAP yang meneruskan gagasan Malaysia Malaysia. DAP adalah parti yang paling rasis pada ketika itu. Ingat semasa meletusnya 13 Mei, DAPlah yang mendahului perarakan meraian kemenangan mereka dengan mencaci dan menghina orang Melayu. Harap Lim Kit Siang anak beranak juga lupa peristiwa ini.

Zap

Tanpa Nama berkata...

JIKA JADI KIT SIAL AKU CARI,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,