Sponsor

Memaparkan catatan dengan label 13 mei. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 13 mei. Papar semua catatan

Rabu, 12 Jun 2013

PANASS!! Azhar Idrus Mengayat Perempuan Booking Bilik Hotel!



Terkejut bila Mc baca pasal UAI di blog Keris7Lok. Dikatakan ada seorang budak perempuan telah mengaku pernah digoda oleh Azhar Idrus! Mak Aih!


Siapa sebenarnya perempuan ini, beraninya dia? Dengan kenyataan yang menimbulkan syak, memang sesuatu yang tak patut dibuat main. Mc bukan nak defend Azhar Idrus, tapi kalau betul-betul Azhar Idrus buat, kenapa tak buat laporan polis sahaja dari dulu?

Apapun Azhar Idrus wajib jawab untuk pastikan rakyat Malaysia tahu kebenaran. Tapi jangan tuduh BN pulak buat pasal. Jangan jadi tipikal Pakatan yang nyamuk gigit kaki pun disalahkan UMNO dan BN.

Tak pun memang puak penyokong UAI yang buat sebab populariti UAI sejak #PRU13 menurun bila dia sokong PAS dan Husam di Putrajaya yang menjadikan status quo dia sebagai penceramah sudah tidak lagi neutral dan berpihak.

Apapun, saja la nak tanya, Azhar Idrus, ni dah tiga kali kawin dah, bila pulak agaknya nak naik haji?

McTheory:
Nak kata tak mampu, dah tiga kali... hmm

Sabtu, 17 Mac 2012

EKSKLUSIF DAN PANASS!! Sejarah 13 Mei Bakal Berulang? (Wajib Baca)





13 Mei - SATU SEJARAH atau SEJARAH BERULANG

13 Mei adalah satu tarikh yang akan berulang setiap tahun selagi dunia ini belum kiamat. Bagi tarikh ini hanya tahun dan hari yang berubah. Tiap-tiap tarikh 13 Mei berbagai peristiwa dan kejadian akan berlaku. Ada yang sama dan ada yang tidak sama antara tarikh-tarikh ini. Dan peristiwa yang paling diingati ialah 13 Mei menjadi tarikh lahir atau tarikh perkahwinan seseorang. Pada tarikh ini pasti ada saja sambutan atau keraian yang perlu dilakukan bagi mengingati peristiwa penting yang berlaku.

Diantara peristiwa-peristiwa yang berlaku pada tarikh ini ialah Peristiwa Berdarah yang menimpa Malaysia pada tahun 1969. Peristiwa ini menjadi sejarah hitam bagi negara Malaysia. Keamanan dan kedamaian hidup rakyat sejak Merdeka pada tahun 1957 telah terganggu dan tergugat.Banyak nyawa terkorban. Hubungan antara kaum menjadi tidak lagi harmonis. Perasaan curiga mencurigai membalut pemikiran dan perasaan antara kaum. Perasaan dendam dan marah menguasai diri. Namun masih ada sekumpulan manusia yang tersenyum gembira atas kejadian ini.

Sabtu, 20 November 2010

HANGAT!! KENAPA DAP TAKUT SANGAT DENGAN 13 MEI?? MESTI BACA!!

barangkali Lim mahu supaya orang ramai lupa ialah bahawa berikutan dengan kerusuhan 13 Mei 1969 itu, pihak berkuasa telah mendapati bapaknya, Lim Kit Siang sebagai salah seorang pemimpin DAP pada masa itu, terlibat dalam ucapan-ucapan menghasut dan mengapi-apikan semangat perkauman. Kerana itu telah ditahan di bawah Undang-Undang Keselamatan Dalam Negeri sehingga bulan Oktober 1970.

Sekiranya Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tidak tahu, maka dia perlu diberitahu bahawa selain Peristiwa 13 Mei 1969, semenjak selepas Perang Dunia Kedua, di Semenanjung Tanah Melayu ini telah berlaku beberapa peristiwa pergaduhan kaum atau dalam bahasa Inggeris sering disebut racial riots. Peristiwa-peristiwa hitam tersebut perlulah diingat sebagai satu pengajaran agar jangan sampai berulang lagi hingga mengorbankan nyawa yang tidak berdosa dan merosakkan kerukunan hidup bernegara.

Demi mengingatkan diri untuk menghindarkan kemudaratan peristiwa-peristiwa hitam itu, maka tidaklah salah untuk menyebut atau mengingat kembali Peristiwa Berdarah 13 Mei itu seperti yang dilakukan oleh Ketua Pembangkang dalam Dewan Undang Negeri Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim beberapa minggu yang lalu. Malah peristiwa-peristiwa lain yang sejenis dengan 13 Mei itu pun tidak semestinya dilupakan.

Jumaat, 19 November 2010

TRADEGI MEMALI DIINGATI, KENAPA TIDAK 13 MEI??


Siapa punca terjadinya tregedi Memali? Disebabkan taksub dan dipengaruhi oleh Amanat Haji Hadi, barulah kejadian yang malang ini berlaku. Pas bersungguh2 mahu mengingati semula peristiwa ini, mari kita tengok siapa yang bersalah dalam hal ini.

BUKTI AMANAT HAJI HADI
AMANAT
TUAN GURU HJ. ABDUL HADI AWANG
"Saudara-saudara sekelian, percayalah! Kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang BN, bukan kerana nama BN. Kita menentang dia kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliyyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka, oleh kerana itulah kita berjuang melawan mereka.
Percayalah saudara-saudara, perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad dan kerana kita berjuang dengan puak-puak ini, kalau kita mati kerana berlawan ini, mati kita adalah mati syahid, mati kita adalah mati Islam.
Kita tidak payah masuk Yahudi, kita tidak payah masuk Kristian, kita tidak payah masuk Hindu, kita tidak payah masuk Buddha, tetapi kita menjadi kafir dengan mengatakan politik suku agama suku."
PAS
(Parti Islam SeMalaysia)
Penerangan PAS Kelantan

Blog Pisau menceritakan untuk mengingati ulang tahun khawarij PAS mencuri duit tabung mangsa Memali adalah amat bertepatan,Pengumuman yang dibuat oleh Hj Hadi agak simbolik kerana beliaulah yang menjadi punca apabila mengeluarkan amanat menghalalkan darah umat Islam yang tidak menyertai PAS.