Jumaat, 19 November 2010

TRADEGI MEMALI DIINGATI, KENAPA TIDAK 13 MEI??


Siapa punca terjadinya tregedi Memali? Disebabkan taksub dan dipengaruhi oleh Amanat Haji Hadi, barulah kejadian yang malang ini berlaku. Pas bersungguh2 mahu mengingati semula peristiwa ini, mari kita tengok siapa yang bersalah dalam hal ini.

BUKTI AMANAT HAJI HADI
AMANAT
TUAN GURU HJ. ABDUL HADI AWANG
"Saudara-saudara sekelian, percayalah! Kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang BN, bukan kerana nama BN. Kita menentang dia kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliyyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka, oleh kerana itulah kita berjuang melawan mereka.
Percayalah saudara-saudara, perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad dan kerana kita berjuang dengan puak-puak ini, kalau kita mati kerana berlawan ini, mati kita adalah mati syahid, mati kita adalah mati Islam.
Kita tidak payah masuk Yahudi, kita tidak payah masuk Kristian, kita tidak payah masuk Hindu, kita tidak payah masuk Buddha, tetapi kita menjadi kafir dengan mengatakan politik suku agama suku."
PAS
(Parti Islam SeMalaysia)
Penerangan PAS Kelantan

Blog Pisau menceritakan untuk mengingati ulang tahun khawarij PAS mencuri duit tabung mangsa Memali adalah amat bertepatan,Pengumuman yang dibuat oleh Hj Hadi agak simbolik kerana beliaulah yang menjadi punca apabila mengeluarkan amanat menghalalkan darah umat Islam yang tidak menyertai PAS.


1985, 'Tragedi Berdarah Memali' tercetus kerana Ibrahim Libya enggan menyerah diri untuk ditahan di bawah ISA. Kini tragedi yang menimbulkan banyak tanda tanya itu telah lama berlalu - 25 tahun. Pihak pimpinan PAS telah mengambil tugas dan tanggungjawab menjaga dan membela nasib waris mangsa yang terbunuh yang menimbulkan banyak tanda tanya itu telah lama berlalu - 25 tahun. Pihak pimpinan PAS, telah mengambil tugas dan tanggungjawab menjaga dan membela nasib waris mangsa terbunuh. Sambung baca SINI.

PAS mengadakan sambutan 25 tahun Peristiwa Memali mulai hari ini sehingga Ahad. Pelbagai program dan aktiviti diadakan bagi mengenang kematian Ibrahim Libya dan pengikutnya 25 tahun yang lalu.

Saya sejak dahulu tidak bersetuju dengan sebarang bentuk kekerasan walau apapun matlamat dan tujuannya. Saya bersimpati dengan apa yang berlaku.

Mengapa program ini dibuat secara besar besaran dan mendapat sokongan penuh DAP ?

1. Ia bertujuan untuk mencetuskan rasa benci rakyat kepada kerajaan. Pengisian program saya yakin akan secara ekstrem menggambarkan betapa zalimnya kerajaan UMNO/BN ini.

2. Ia diharapkan akan mewujudkan lagi kumpulan ekstrem seperti Ibrahim Libya dan pengikutnya yang dilihat mampu menggugat keamanan negara.

3. Ia juga bertujuan bagi menyuburkan jiwa ganas dalam kalangan masyarakat kerana ' individu atau kumpulan berjiwa ganas ini akan digunakan pada masa yang diperlukan '.

4. Mempastikan peristiwa Memali ini sentiasa dikenang agar rasa sedih, pilu dalam keluarga mangsa sentiasa subur dan segar.

5. Program ini juga adalah satu kaedah bagi mengurangkan sokongan kepada UMNO/BN yang dilihat semakin diterima rakyat.

Saya tidak berhasrat mengeluarkan hukum. Tetapi saya ingin bertanya kepada PAS. Jika benar Ibrahim Libya dan pengikutnya syahid mengapa Haji Hadi dan pengikutnya tidak menggunakan kaedah yang sama.

Tidakkah Haji Hadi menolak peluang jihad seperti yang dilaung laungkannya? Tidakkah orang Islam yang menolak daripada berjihad ini boleh dianggap bacul ?

Atau Hadi dan rakan rakan tahu, bahawa pemberontakan bukan cara yang betul untuk menumbangkan kerajaan. Dalam masa yang sama Hadi juga menyedari tidak ada apa yang mampu PAS tawarkan kepada rakyat selain retorik.

Saya pasti DAP gembira. Dia akan menyaksikan bagaimana racun yang selama ini ditabur mula menampakkan kesannya.

DanKuala Blog

P/s: kenapa tak buat sambutan untuk 13 mei?? kenapa Memali yang dipilih?

Mctheory:
Pas semakin songsang sejak bersama Dap...

5 ulasan:

blogenstarz berkata...

Mereka yang tidak terlibat dengan Kejadian Memali memang tidak mengetahui apa yang sebenarnya terjadi.
Kepada mereka.Pasukan Keselamatan lah yang bersalah.
Tapi pada hakikatnya....
Hinggakan Kaum CINA diBaling berkata "WAAAA MELAYU SAMA ISLAM SUDAH GADUH MAAAA "

Ini semua permainan KOMINIS untuk melaga2kan orang MELAYU !

Namun PAS menjadikan isu ini untuk kepentingan PR..............

Wanredone berkata...

KATA HAJI HADI......"Kita tidak payah masuk Yahudi, kita tidak payah masuk Kristian, kita tidak payah masuk Hindu, kita tidak payah masuk Buddha, tetapi kita menjadi kafir dengan mengatakan politik suku agama suku."......POLITIK SATU SUKU CAMPUR AGAMA SATU SUKU SAMA DENGAN SETENGAH (HALF)..... MANA SETENGAH LAGI.... TAK CUKUP GENAP SATU.... BOLEH KAFIRKAH KITA????? HADI MESTI JAWAB!!!!!!

eM JaY... berkata...

salam perkenalan kepada semua rakan blogger's.sila layari blog ambo penulis dari negeri pantai timur dan insyaallah akan sentiasa berkongsi cerita semasa yang berlaku di sini serta dapat berkongsi pendapat dengan segala isu dan permasalahan terkini.~Mj~
http://suaratimur.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

senang-senang saja Tuan Guru Dewa Hadi Bawang nih hendak kafirkan orang Islam!adakah Tuan Guru Dewa Hadi Bawang nih begitu tinggi darjat imannya sehingga mampu mengkafirkan saudara seagama dengan sewenang-wenangnya?politik dan agama memang perlu dipisahkanlah Tuan Guru Dewa Hadi Bawang.Kerana jika politik dan agama tidak dipisahkan, maka akan lahirlah ulama-ulama, tok guru- tok guru dan pak lebai-pak lebai politik seperti anda dan Nik Najis tu.bilamana orang-orang yang kononya tinggi pengetahuan agama seperti Tuan Guru Hadi Bawang nih berpolitik, mereka tanpa segan silu dan rasa bersalah akan menjual,mengadai dan menodai agama untuk kepentingan politik masing-masing.maka akan keluarlah fatwa-fatwa sesat seperti 'Amanat Haji Hadi Bawang' yang terbukti sesat, gila dan khurafat nih!

sang pencinta berkata...

Saya tidak bersetuju anda mendefinisikan ibrahim libya sebagai pengganas atau kumpulan ekstrem yg boleh menggugat ketenteraman negara. Tanyalah mereka2 yg berada disitu ketika peristiwa itu, ada yg masih hidup. Mereka akan mengatakan tidak buat apa2 cuma ibrahim libya mengajar agama, berlainan dengan kes almaunah.

Saya juga tidak bersetuju mana2 pihak mensensasikan atau mempergunakan pihak2 yg telah mati sebagai agenda mereka seperti kes memali atau baru2 ini berkenaan mat indera.

Marilah kita insafi dan merenungi bukan mengintepretasi dan memboloti sesuatu kejadian itu mengikut kehendak kita semata2. Ini pun banyak menyumbang kepada bercakaran sesama kita orang Islam.