Khamis, 4 November 2010
KEPUTUSAN RASMI! BN MENANG! TAHNIAH BARISAN NASIONAL! TAHNIAH SEMUA!!
Di Galas Calon BN Abdul Aziz menang dengan majoriti 1,190 undi selepas memperoleh 5,324 undi untuk menewaskan calon Pas, Dr. Zulkefli Mohamad yang memperoleh 4,134 undi. Nampaknya penduduk Galas sudah terjemahkan bahawa Pas tidak layak menduduki kerusi dun Galas kerana tidak bertanggung jawab menyelewang tanah penduduk disana.
Barisan Nasional juga berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Batu Sapi apabila calonnya Datin Linda Tsen Thau Lin menang dengan majoriti 6,359 undi pada pilihan raya kecil, Linda berjaya memperolehi 9773 undi, manakala Ansari memperoleh 3,414 undi manakala Teck Lee pula memperoleh 2,031 sementara undi rosak adalah sebanyak 372 undi.
Tahniah kepada Jentera Barisan Nasional, Tahniah kepada pimpinan tertinggi parti dan paling besar tahniah kepada Pengarah Pilihanraya Galas Tengku Razaleigh Hamzah yang tenang mengemudi kempen di Galas. Cara Ku Li memang lain dari lain, tersendiri dan berseni.
Kepada rakan blogger di Galas dan Batu Sapi juga Mc ucapkan tahniah titik peluh dan keringat anda berbaloi-baloi.
Misi kecil dah selesai.. tunggu dalam pertarungan seterusnya.
P/s: Adakah ini bukti menunjukkan media baru ada kesan impak kepada pengundi?
Mctheory:
Dulu kita kalah disebabkan media baru pada PRU 12, kini saingan memihak kepada kita.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan