Dalam pada itu lebih kurang 3 orang penyokong PAS pergi meludah didepan penyokong UMNO.Kedua belah pihak hampir bergaduh namun Pihak Polis berjaya meleraikan mereka.
Seperti biasa khawarij PAS yang terkenal dengan sikap ganas membaling botol dan terkena kepala salah seorang puteri Umno hingga tercedera.
Blogger Media Permatang Pauh berada di Pusat Pengundian SK Lepan Jaya iaitu tempat pengundian bagi kawasan Lepan Tupai. Keadaan disini agak tenang tetapi liputan internetnya agak kurang memuaskan.
Berita yang baru saya terima dari SPR, jumlah keluar mengundi di Galas kini telah meningkat sebanyak 4,589 orang atau 39.72 peratus. Ini tidak termasuk jumlah di enam kawasan Orang Asli.
Apa yang menariknya, dari makluman rakan-rakan disini, pengundi orang asli disini hampir keseluruhannya keluar mengundi dengan memakai pakaian serba merah iaitu baju rasmi UMNO/BN di PRK DUN Galas.
Ini membuatkan perayu-perayu undi dari kem PAS agak terkedu.
Manakala blogger PapaGomo melaporkan dari Peti Undi Batu Papan bertempat di Sekolah Kebangsaan Seri Wangi tempat pergaduhan tercetus antara kedua dua penyokong parti yang bertanding.
Lihatlah Gelagat penyokong PAS yang
bagaikan Hilang Pedoman
Bagaikan Beruk di Persimpangan jalan
Kecerdikan penyokong BN yang tenang
"Bertenang" Itu lah kata penyokong BN
Tak reti bahasa jugak Puok PASRAE ni.
Makin lama makin Gila BABI puok PAS ni
langsung tak Cerdik!
Setakat jam 1 tengahari tadi peratusan keluar mengundi adalah sebanyak 60% iaitu sebanyak 6931 orang pengundi telah menunaikan tanggungjawap dengan mengundi di peti undi masing masing.
Sejak jam 8.15 pagi tadi bermula di Peti Undi Batu Papan bertempat di Sekolah Kebangsaan Seri Wangi pergaduhan tercetus antara kedua dua penyokong parti yang bertanding.
Begitu juga pada jam 11.45 pagi bertempat di Sekolah Kebangsaan Indra Putra Bandar baru Gua Musang pergaduhan antara penyokong parti juga berlaku. Dan kali ini mangsanya pula seorang puteri UMNO yang mendapat kecederaan di kepala akibat di lempar dengan Botol Mineral berisi air.
Di peti undi ini juga para penyokong PAS bagaikan hilang pedoman apabila dalam melakukan provokasi melampau sehingga seorang lagi puteri UMNO di pukul dengan kayu bendera sehingga mendapat kecederaan di Hidung.
Kedua dua puteri UMNO yang cedera itu kini mendapatkan rawatan di Hospital Gua musang!
Piha PAS nampaknya menggunakan taktik Zionis apabila ramai di antara mereka memaki hamun dan mengejek ngejek para penyokong BN yang ada di sana.
UPDATE!
1.45pm Jumlah yang keluar mengundi dalam pilihan raya kecil DUN Galas sehingga jam 1 tengahari tadi ialah 55.75 peratus atau 6,441 orang.
UPDATE!
2.15pm Jumlah yang keluar mengundi dalam pilihan raya kecil DUN Galas sehingga jam 2 petang ialah 61.39 peratus atau 7,092 orang. Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar, meluahkan rasa kesal dengan kekecohan yang berlaku ketika proses pembuangan undi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas bermula pagi ini.
Beliau berkata, berdasarkan laporan awal, kekecohan berpunca daripada provokasi melampau oleh "orang luar" yang menyokong kedua-dua parti bertanding. "Kekecohan berkenaan bukanlah dicetuskan oleh penduduk tempatan sebaliknya membabitkan penyokong dari luar yang saya rasa mereka ini tidak memahami budaya tempatan.
Mctheory:
blog ini akan sentiasa diupdate dengan peristiwa terbaru.. harap sabar.. bersama2 kita mendoakan semoga kemenangan BN di Galas.
UNDILAH BN UNTUK AGAMA, BANGSA DAN TANAH AIR.. JUGA MASA DEPAN ANAK CUCU KITA.. INSYALLAH TERJAMIN!
3 ulasan:
aduhh...mcm manaa ni...ade tduhan dibayr rm250 semasa ngundi...(http://www.malaysiakini.com/news/147286).>>time line: 12.30pm...b'doa umno mng..hdup umno!!hdup melayu!!slamatkan agama kite!!bangsa kite!!
Dari gambar yang tuan siarkan melalui blog tuan ternyata penyokong fanatik telah mecemari suasana pilihanraya Galas.Amat memalukan lagi bila perempuan dijadikan mangsa puak fanatik seperti ini. Mana ketua mereka ...apakah ini yang mahu ditonjolkan kepada masyarakat setempat dan dunia amnya. Jadilah manusia yang berakhlak tinggi agar mudah diikuti......
macam-macam ada kat Galas.Hanya Allah swt sahaja lah tahu apa yang sebenarnya berlaku. Pohon dijauhi dari ancaman syaitan dan iblis agar ummat Islam terselamat dari api neraka.
Catat Ulasan