Khamis, 4 November 2010

TERGOLEK!! PUKULAN TERAKHIR WANITA UMNO KEPADA PAS!!





Hari terakhir kempen pilihanraya kecil Galas memberi tamparan hebat buat PAS. Petang tadi di Taman Wangi ,Gua Musang .Yb Dato Hamidah Ketua Penerangan Wanita UMNO bersama wanita Umno Gua Musang telah menerima permohonan 18 orang Muslimah PAS dari kawasan Taman Wangi.

Menurut salah seorang bekas muslimah,mereka sudah tidak percaya dengan perjuangan PAS,malah lebih banyak membuat janji daripada menunaikan tanggungjawab sebagai kerajaan negeri.

Didalam PAS,mereka hanya lebih banyak bercakap dan mengfitnah keburukan orang lain daripada membangunkan kepentingan ummah.

Alhamdulilah kerana diberi hidayah,Muslimah PAS berjaya keluar daripada kelompok khawarij yang jumud.Moga lebih ramai lagi akan keluar daripada PAS.

Percayalah keluar dari PAS anda tak kapir!

Sumber Pisau.Net

Ini merupakan pukulan terakhir daripada wanita UMNO kepada Pas. Mc tabik respek kepada wanita UMNO, kakak2 kita ni dengan kempen 'Sayang' mereka berjalan dengan begitu lancar sekali. Malah program wanita UMNO dilihat lebih berjaya daripada Puteri dan Pemuda. Putera? macam tak wujud je pun.

Kita tunggu kesan yang bakal diterjemah oleh para pengundi hari ini.

P/s: mungkinkah Pas bakal tersungkur? Atau kekal dipersada?

Mctheory:
Petunjuk besar untuk ke PRU 13.

2 ulasan:

santauangin berkata...

Pemuda UMNO dah mampos kot. Mahu jawatan tapi buta kerja macam musibatol. Tambahan Ketua Pemuda UMNO lagi hampas. Langsung tak boleh pakai. Kasi projek atau jawatan kat dia boleh lah. Buat DS Najib, lakukan sesuatu kat Pemuda UMNO ini sebelum terlambat. Masakan nak tunggu BN UMNO berkubur baru nak ambil tindakan. Rasanya aku dah jemu nak bercakap pasal KP UMNO ini. Tak ada pun tindakan drastik dari ahli ahli Pemuda akan isu ini.Mereka boleh buat undi tak percaya kat Ketua mereka apa. Jadi nak tunggu bila lagi. Nyah kan jatkam tu dari Kawasan PEMUDA UMNO.

Tanpa Nama berkata...

Promosi Dun Galas - Rahsia mudah hafaz Quran terbongkar