Khamis, 4 November 2010
RASUAH TERHANGAT!! MEMANG SAH PAS KAKI PUSING DAN MENIPU!!
Kita semua masih teruja dengan kisah N.ajis 'merasuah' saudara baru orang Asli. Akibat pendedahan dan serangan bertali arus blogger mesra kerajaan dan akhbar harian perdana. Pas cuba bangkit menepis serangan ini dengan portal2 puak pencacainya. Tapi dalam kesibukkan menepis serangan itu, Pas sudah lakukan kesilapan yang sangat nyata.
Sememangnya pemberian duit kepada orang Asli, boleh dikategorikan sebagai rasuah pilihanraya. Kenapa N.ajis hanya adakan majlis pengislaman ini di Lojing kampung orang Asli di Galas sahaja? Apakah tempat lain orang Asli tiada yang mahu masuk Islam?
Persoalan Pertama
Mc bongkarkan yang ini dahulu, pada pengetahuan saudara pembaca yang budiman, di Kelantan sememangnya ramai orang asli dikawasan pendalaman. Kebanyakkannya orang asli ini tiada agama, jadi pihak jabatan agama Islam negeri berdakwah dan cuba memikat orang asli memeluk Islam. Sebagai penghargaan, rm50 akan dihadiahkan kepada orang asli yang memeluk agama Islam.
Sama juga dengan pihak kristian, mereka juga sibuk memikat orang asli untuk di'kristiankan'. Dengan mengunakan pendekatan yang sama iaitu memancing dengan wang penghargaan. Malah pihak gereja disana telah menambahkan imbuhan yang lebih lumayan bagi memikat orang asli.
Seakan ada persaingan untuk mendapatkan saudara baru. Jadi tindakan N.ajis memberi wang kepada orang Asli tu hanya boleh dipertikaikan kerana selama ini hanya jabatan agama negeri sahaja yang bertindak meng'islamkan' saudara baru. Kenapa pulak kali ini N.ajis perlu turun dengan konco2nya di Galas untuk mengislamkan saudara baru.
Malah rm300 seorang telah diberikan kepada orang Asli sebagai penghargaan. Jikalau nak Islamkan saudara baru pun, takkan hanya di Lojing, Galas sahaja? Tempat lain pun ramai lagi yang nak masuk Islam, kenapa N.ajis tak turun Islamkan? Lagi satu, untuk Islamkan saudara baru, buat apa bawak si Zul gendut sekali untuk berkempen? Atas sebab apa si gendut ni dibawa sekali?
Memang sah la wang yang diberikan oleh N.ajis tu rasuah pilihanraya dan ianya bukan wang zakat atau sedekah atau sumbangan peribadi.
Persoalan kedua
Pembongkaran yang kedua pulak berkaitan dengan laporan portal pencacai pembangkang iaitu Malaysiakini dan harakahdaily. Di Malaysiakini Datuk Dr Abdul Halim, Pengarah Pilihanraya Pas membuat kenyataan mengatakan N.ajis memberi zakat.
"Saya diberitahu ia adalah wang zakat. Tok Guru mengislamkan tiga Orang Asli ini dan bagi wang zakat.
"Takkan zakat ini rasuah?" katanya dalam sidang media di markas jentera PAS di Gua Musang hari ini. Nak baca boleh klik sini.
Tetapi dalam Harakahdaily pulak, wang tersebut diertikan dengan wang sumbangan peribadi,
Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan diiringi calon PAS juga sempat meluangkan masa menziarahi Keluarga arwah Salmah Bt. Uda, 43 tahun yang meninggal pada Jumaat lalu.
Suami arwah, Alim Akai, 49 tahun yang terkejut dengan ziarah itu menyambut baik kunjungan Tok Guru dinasihati agar bersabar dan turut diberi sumbangan peribadi oleh beliau. Nak baca boleh klik sini.
Mc nak tanya sikit, yang mana betul ni? Zakat ke sumbangan peribadi? Atau zakat kerajaan negeri, umpama sumbangan peribadi N.ajis? Kalau yang itu, masalah ini akan bertambah teruk, sudah masuk dalam penyalahgunaan kewangan jabatan agama.
Kalau itu wang zakat, kenapa tiada wakil pihak berkuasa agama? Patut mengikut prosedur yang betul. Kalau sumbangan peribadi, sumbangan itu atas dasar apa? Sedekah? Kenapa nak sedekah pada waktu pilihanraya? Bukankah itu sudah menjadi rasuah?
Di sini pun kita dah nampak pembelit2 Pas ni sudah terbelit diri sendiri. Punyala pusing nak tutup 'kes rasuah' tok garu mereka ni, hingga kenyataan dan berita yang dikeluarkan pun sudah bertentangan. Nampak sangat dua portal pencacai ni cuba menipu rakyat. Punyalah nak menipu hingga sampai ter'kantoi' apabila istilah duit 'rasuah' pemberian N.ajis tu mereka cuba pusing dengan mengatakan itu wang zakatlah, wang sumbangan peribadi lah itu lah ini lah, berdolak dalik.. Bagi Mc tak ada jawapan lain bagi wang tersebut, yang tepatnya ialah wang itu adalah wang RASUAH!.
Nampak sangat Pas ni kaki pembelit dan menipu. Tapi kali ini tipu helah mereka tak lepas. Sudah terkantoi. Rakyat sudah tahu siapa Pas sebenarnya, Galas sudah mendedahkan segalanya.
P/s: apabila Tok Garu pun sudah pandai rasuah, anak2 bawahnya lagi teruk la.
Mctheory:
Nampaknya Pas dan rasuah sudah tidak dapat dipisahkan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
Asnaf yang layak terima zakat ada 8 golongan dan salah satu daripadanya adalah muallaf.
Rsnya saudara ni kena byk belajar ilmu agama. Nak bg zakat tak semestinya melalui pusat zakat je. Kalau pusat zakat tuh pon banyak yg tak buat kerja n zakat yg diberikan x sampai kepada 8 asnaf ni, saudara boleh je bg kat 8 asnaf ni terus. x jd masalah pon.
Rsnya yang mengkritik gunakan HATI dan NAFSU serta letakkan AKAL kt kaki tu saudara la.
Lgpon kalau guna AKAL yg x WARAS mcm saudara ni, x bley juga.
Tepuk dada tanya iman la sedara woii...
Saya x menangkan Nik Aziz, tp tindakkan dia tu mmg betol. Dh betol, kalau musuh sekalipon saya IYA kan.
Ni satu lagi ni, ISLAM hanya SATU, mmg la, tp takkan itu pon x TAHU nk bezakan mana Najis Rasuah, mana Zakat....Cakap tu bior guna AKAL yg PENUH ILMU, bukan AKAL yg KOSONG x ada ILMU...
memang btul brader.tapi kenapa nk bagi zakat time pilihanraya je? dah tu plak kenapa muallaf lain x dapat plak duit tu?ada kita nampak nik aziz bagi duit kat muallaf time lain? xde kan.
mgkin brader akan cakap nik aziz buat tapi secara senyap2 utk mengelakkan riak.tapi kenapa kat gambar tu buat terang2 plak. nik aziz kata zakat, harakah kata sumbangan peribadi.jadi kita nampak salah seorang mestinya menipu. sape2 pn yang menipu dalam hal ni yang pasti kedua2nya datang dari parti yang kononnya memperjuangkan isle (bukannya Islam).
brader, sebagai pemimpin, rakyat akan perhatikan tindak tanduk kita. jadi, apa pengajaran yang nik aziz nak bagi dgn buat camni?dia nak ajar kita tabur duit masa pilihanraya ke?ataupun dia nak ajar kita jadi riak dan menunjuk2 bila buat benda baik?memang bagus dia bagi sedekah rmxxx, tapi yang dia rampas tanah orang asli yang lagi mahal tu pe citer?
kalau betul itu duit zakat dan nik aziz ikhlas nak tolong mu'allaf, kenapa dia tak hulurkan bantuan yang sama pada mu'allaf yang lain? apa yang istimewanya mu'allaf dalam gambar ni berbanding mu'allaf yang lain?kita tau ada mu'allaf yang tinggal sehelai sepinggang dan dibuang keluarga sebab memeluk agama Islam.kenapa nik aziz xnak tolong dan lepas tangan kat jabatan agama Islam je?
brader,nik aziz ni dipilih sebagai pemimpin.jadi dia kena jaga kebajikan semua rakyat.bukannya hanya jaga kebajikan orang tertentu dan pada masa tertentu je.klau nak buat mcm baik xpayah jadi pemimpin.semua org bleh buat mcm tue.
fikir r dulu brader sebelum kata org lain guna HATI dan NAFSU, AKAL kt kaki dan x waras,AKAL KOSONG dan x ADA ILMU. Ilmu yg brader ada tu dh cukup tinggi ke merendahkan ilmu orang lain?
brader kata nik aziz ni ilmu dia tinggi kan, tapi kenapa dia boleh sokong orang kristian guna nama Allah?fikir r ckit brader.
ibarat pepatah 'belajar tinggi2, bodoh bertingkat2'.klau ilmu je tinggi tapi tak beramal,golongan ni r masuk neraka dulu bro.
Catat Ulasan