Dalam negeri yang miskin dan susah pun dapat kumpul rm10 juta?? |
Pemerintahan PAS Kelantan sudah pun berusia dua dekad. Selama itu juga kita dapat melihat bagaimana program pembangunan dan slogan membangun bersama Islam yang dilaungkan oleh PAS hanyalah pendustaan yang nyata.
Selama dua dekad, Kelantan tidak mengalami apa-apa perubahan yang ketara. Kemiskinan masih melata dan kerajaan negeri langsung tidak dapat mengadakan program untuk membawa keluar mereka dari kedaifan.
Ladang Rakyat yang dilancarkan juga boleh dikatakan 100% gagal walaupun PAS menyatakan yang ia lebih baik dari Felda. Hakikatnya ia juga jauh lebih teruk dari program membasmi kemiskinan yang dibuat oleh Amanah Ikhtiar Malaysia kerana tiada seorang pun dari peserta Ladang Rakyat yang dapat keluar dari garis kemiskinan dengan pendapatan di bawah RM750 sebulan.
Sedangkan ada peneroka Felda mampu meraih pendapatan sehingga RM12,000 dari ladang sawit seluas 10 ekar ketika harga sawit melambung. Hari ini, pendapatan minimum warga Felda secara purata ialah RM1,200 sebulan.
Justeru, di bahagian mana dan dari segi apa PAS menyatakan yang Ladang Rakyat lebih baik dari Felda? Malah rumah yang didirikan oleh PAS untuk Ladang Rakyat juga menyedihkan berbanding rumah Felda yang selesa.
Dalam keadaan Kelantan yang teruk ini juga PAS masih tidak malu mendabik dada konon mereka cekap dan jauh lebih bersih serta bertanggungjawab dari BN.
PAS memberi alasan bahawa negeri Kelantan miskin kerana kekurangan sumber atau hasil negeri namun realitinya jika hasil negeri tidak banyak bagaimana pula pemimpin-pemimpin PAS ramai yang kaya raya?
Rakyat melihat orang-orang sekeliling Nik Aziz, Husam Musa, Takiyuddin Hassan semuanya hidup mewah belaka. Malah YB Zulkifli Muhammad, ADUN Pulau Condong dianggap sebagai pemimpin muda PAS yang kaya raya.
Mereka-mereka ini diketahui amat rapat dengan taukeh-taukeh balak di Kelantan.
Kelantan sebenarnya kaya dengan hasil balak tetapi kekayaan tersebut hanya dikecapi oleh beberapa kerat pemimpin PAS tanpa menyebarkannya kepada rakyat. Bukti kekayaan PAS ialah:
1. PAS mampu membeli bangunan UMNO di Kota Bharu dengan harga RM4.5 juta.
2. Kempen Pilihanraya Kecil PAS adalah setanding dengan BN dari segi poster, sepanduk, gegantung dan kemudahan Audio Visual yang pasti mencapai jutaan ringgit. Sudah tentu ada yang menaja PAS iaitu taukeh-taukeh balak tadi. Penjelasan konon ianya semua didapati dari derma ahli amatlah tidak masuk akal.
Jelas PAS tidak pernah memikirkan rakyat, apabila membiarkan kerajaan negeri terus miskin walaupun pemimpin-pemimpin Parti dan Parti itu sendiri kaya.
Segala hasil negeri diagihkan kepada pemimpin-pemimpin PAS dan kroni mereka manakala selebihnya adalah untuk aktiviti parti bagi membolehkan mereka terus memenangi Pilihanraya.
Setelah dua dekad terus menerus diberi mandat, PAS mula percaya bahawa mereka hanya perlu memenangi pilihanraya serta tidak perlu langsung memenangi hari rakyat jelata.
Hari ini rakyat Kelantan sudah semakin membuka mata dan pastinya ramai yang tidak sanggup lagi terus menderita di bawah kerajaan PAS.
Mereka juga percaya, PAS sudah tidak lagi boleh menjamin mereka ke syurga waima pintu syurga sekali pun.
Oleh Ben Mustaffa, Malaysia Instinct
Tiada ulasan:
Catat Ulasan