Sponsor

Memaparkan catatan dengan label pr kelantan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pr kelantan. Papar semua catatan

Selasa, 16 Oktober 2012

PANASS!! Kelantan Tawar Perempuan Melayu Untuk Urut Mengurut!


Tindakan seorang tukang urut wanita yang menyembunyikan pelanggan lelaki di bawah selimut bagi mengelak dikesan pihak berkuasa, berjaya dihidu anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB-BRI) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) dalam serbuan di sebuah pusat spa, di sini, petang Khamis lalu.

Dalam operasi terbabit, wanita berusia lingkungan 20-an itu pada mulanya tidak mahu membuka pintu bilik yang menempatkan pelanggan itu bersamanya, yang dikunci dari dalam sehingga menyebabkan pihak terbabit terpaksa menunggu hampir 20 minit di luar pintu bilik.

Serbuan yang diketuai oleh Pegawai penguat kuasa MKPB-BRI Inspektor Roslan Yusof, bersama 20 penguat kuasa MPKB dan JHEAIK yang dilakukan hasil risikan dan maklumat awam.

Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan, Ramly Che Hussin berkata, dalam operasi yang dilakukan itu, pihaknya turut berjaya menahan wanita berkenaan serta lelaki itu yang sedang mendapatkan perkhidmatan mengurut.

“Kita mengeluarkan tiga kompaun terhadap kesalahan menjalankan operasi spa tanpa lesen, di samping kompaun kepada tukang urut wanita yang tidak menutup aurat di bawah Undang-undang Kecil Trade Perniagaan MPKB-BRI 1986 serta menahan pelanggan berkenaan yang diserahkan kepada pihak jabatan agama.


“Aktiviti terbabit merupakan perlakuan yang memalukan dan menjatuhkan moral umat Islam memandangkan wanita itu beragama Islam yang menjalankan perkhidmatan mengurut kepada pelanggan lelaki.

"Pihak kami memandang serius aktiviti seumpama ini dan diharapkan agar peniaga yang menjalankan perniagaan spa, tidak menjalankan aktiviti seumpama ini. Perbuatan ini salah di sisi agama Islam memandangkan agama Islam menyuruh umatnya menjaga batasan perlakuan dengan lelaki bukan muhrim," katanya.

Khamis, 23 Ogos 2012

GEMPAR!! Bila Sami Buddha Bersembahyang di Masjid Kelantan!!



Apa kejadahnya ni? Sami Buddha bersembahyang di dalam masjid di Kelantan? Ahh keliru, celaru, tersipu.. apa cerita sebenarnya ni? Ada sapa-sapa boleh beritahu Mc ke? Kenapa mereka turut berjemaah bersolat bersama.

Apakah ada mazhab baru ke kat Kelantan ciptaan Nik Aziz membenarkan semua ini berlaku? Sapa-sapa tolong jelaskan apa yang tak berapa nak jelas ni. adoiyaii.. makin pelik la pulak..


McTheory:
Sungguh pelik perilaku ni.. sesat mu beribu batu jauhnya...

Khamis, 26 Julai 2012

PANASS!! Apakah Petanda Allah SWT Marah Dengan Nik Aziz??

gambar kubah masjid tercabut..

Biasanya apabila sesuatu binaan atau bangunan tiba-tiba runtuh di negeri yang diperintah oleh BN, para penyokong pembangkang khususnya dari PAS akan segera 'memfatwakan' kejadian tersebut sebagai bala ataupun tanda kemarahan Allah s.w.t terhadap pemimpin BN. Namun bilamana sebuah masjid di Kelantan tiba-tiba jatuh kubahnya dek kerana hentaman angin ribut, apa pula petandanya yang mahu ditunjukkan oleh Allah s.w.t terhadap Nik Aziz Nik Mat yang sudah 22 tahun bergayut pada kerusi empuk MB Kelantan?

Takkanlah pula disebabkan kubah masjid yang jatuh itu kebetulan berlaku di Kelantan, maka secara automatik penyokong PAS sekadar memandang ringan peristiwa tersebut dan menganggapnya sebagai takdir semata-mata? Sedangkan sewaktu sebuah masjid di Port Dickson pada pertengahan tahun lepas pernah mengalami peristiwa sama telah sengaja dipropagandakan sebagai oleh PAS dan PKR kononnya itulah petanda kemurkaan Allah s.w.t terhadap DS Najib.

Manakala keruntuhan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, Terengganu pula pernah dipropagandakan oleh penyokong PAS sebagai petanda murka Allah s.w.t terhadap MB Terengganu selain dikaitkan sebagai berleluasanya rasuah dalam meluluskan sesuatu projek. Kenapa tidak kali ini, peristiwa kubah berpusing-pusing sebelum jatuh di perkarangan Masjid Mukim Padang Pauh, Pasir Mas itu dikaitkan dengan petanda kemurkaan Allah s.w.t terhadap sikap Nik Aziz dan pemimpin PAS yang gemar memutar belitkan ayat Al-Quran dan Hadith untuk kepentingan politik parti.

Barangkali juga, kubah uzur yang jatuh itu membawa maksud, disebabkan Nik Aziz gagal menjalankan tanggungjawab menaiktaraf kualiti hidup rakyatnya, maka akibatnya pada PRU 13 nanti dirinya akan jatuh terhumban dari puncak kuasa. Hakikatnya, bala atau petanda, ujian atau sebaliknya hanya Allah s.w.t sahaja yang mengetahui kebenarannya. Kita boleh membuat pelbagai tafsiran, betul atau tidak bukan kita yang mampu tentukan.

Tatkala tokong berhala besar di sekitar Tumpat, Kelantan boleh menerima puluhan ribu ringgit duit sumbangan saban tahun dari kerajaan negeri dan pemimpin PAS Kelantan, peliknya sumbangan yang sama untuk Rumah Allah s.w.t bagi tujuan selenggara dan baik pulih gagal pula dilaksanakan. Yang pastinya, masjid yang telah dibina pada 1977 itu hanyalah secebis bukti betapa gagalnya Nik Aziz dan PAS dalam menjaga rumah Allah s.w.t.

Cucu Tok Selampit

Rabu, 27 Jun 2012

GEMPAR!! Demo aman di Kelate Bertukar GANAS!! #TukarKelate


Dalam keghairahan kita berbicara mengenai demontrasi adakalanya kita terlupa untuk menghayati demontrasi yang diadakan itu secara ilmiah dalam konteks realiti dari apa yang telah berlaku. Maksudnya dari apa yang didapati dalam tujuan demontrasi yang diadakan itu, apakah ia menepati dari kehendak keatas perkara yang dituntut?

Setiap mereka yang menganjurkan demontrasi itu punyai niat dan kepentingannya yang tersendiri, samada niatnya itu baik untuk seluruh rakyat ataupun hanyalah untuk mencapai sesuatu keuntungan didalam politik, itu terletak kepada apa yang berlaku didalam penganjuran demontrasi tersebut.

Politik pula adalah satu hal dimana keberlakuannya sentiasa berada diluar jangka kotak pemikiran rakyat biasa, bagi Pakatan Rakyat mereka lebih arif dalam memanipulasi setiap demontrasi yang mereka lakukan dengan menimbulkan satu situasi yang menampakkan seolah-olah kerajaan Barisan Nasional dan pihak berkuasa bertindak zalim keatas mereka.

Pertembungan demontrasi yang berlaku di Kota Bharu pagi tadi diantara kumpulan SEDAR dan TEAM "R" adalah satu perancangan licik pemimpin Pas Kelantan, kegagalan membaca perancangan tersebut sekaligus memberi kesan besar terhadap politik Kelantan, dan sudah pasti pemimpin Pas akan menjaja cerita rakyat "pecah kepala" dipukul oleh samseng Umno disetiap ceramah mereka bagi meraih simpati dari rakyat.

Jika diamati setiap demontrasi yang disertai oleh Pas ataupun Pakatan Rakyat pastinya mendatangkan masalah, selalunya mereka akan menyalahkan pihak polis kerana adanya gas pemedih mata yang menjadi punca kepada huru-hara, dan jelas walaupun tidak ada gas pemedih mata kekacauan tetap berlaku dan orang lain jua yang disalahkannya, namun cubaan menfitnah untuk mengatakan adanya gas jelas disebut pada klipvideo dibawah sebelum cubaan itu dipatahkan oleh seseorang.

Sambung baca SINI

Nak tau apa jadi? tengok video kat bawah ni.. lepas tu sambung baca kat LINK yang Mc sediakan tu..

Khamis, 31 Mei 2012

PANASS!! Nik Aziz sedang membina Mahligai Rakyat??


Mengikut info yang Mc terima, Nik Aziz sedang membina sebuah mahligai atau Istana yang besar untuk kegunaannya dari kumpulan wang derma dari rakyat Kelantan. Ada kemungkinan besar, Nik Aziz akan mengunaan mahligai tersebut sebagai mercu tanda Kelantan negeri maju.

Mahligai tersebut boleh dipanggil sebagai Rumah Rakyat kerana duit bagi pembinaan rumah yang menelan kos hampir RM500,000 itu adalah dari duit derma rakyat Kelantan setiap kali diadakan ceramah.

Mc berasa amat pelik dengan perkembangan ini. Sedangkan Lebuhraya Rakyat yang digembar-gemburkan oleh PAS Kelantan masih belum pun bermula. Kini Nik Aziz nak buat mahligai pulak.. apakah Lebuhraya rakyat dan mahligai ini salah satu dari janji-janji yang akan di angkut semula pada PRU yang akan datang?

Mungkin ini janji PRU-13, untuk PAS terus berkuasa di Kelantan.


McTheory:
Yups.. segalanya kemungkinan..

Khamis, 5 April 2012

TERPANASS!! Aziz Desa BENGANG Dengan Husan Musa kerana Menghinanya!!


Blog Gelombang Kick mendedahkan perangai sebenar Husam Musa yang kurang ajar terhadap COO KTC , Aziz Desa.

Berikut adalah kenyataan yang dibuat oleh COO Kelantan Trade Centre, Aziz Desa terhadap Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa, semua kenyataan ini dibuat sehingga jam 3 pagi tadi. Mungkin beliau juga tidak dapat melepkan mata sekiranya tidak meluahkan apa yang tersimpan didalam hatinya.

Isnin, 16 Januari 2012

TUDIAA AIHH!! Kerajaan Kelantan Mahu Hapuskan Hutang PTPTN?


Betul ke Husam kata macam tu?

Mc yang taip topik tadi pun macam tak percaya apa yang Husam katakan ni. Kerajaan Kelantan nak langsaikan hutang PTPTN?

Gila babas ni..

Ini dah masuk janji tahap dewa.

Khamis, 8 Disember 2011

MAMPUIH DAHH!! DS NAJIB 1 MALAYSIA!! NIK AZIZ PULA 1 KELANTAN, 1 MASJID!!

Wa ikut ini olang, manyak baguih loo..

Kah Kah Kah.. parti mengaku Islam, kah kah kah.. kononnya pejuang Islam sebenar.. kah kah kah.. baca dulu.. kemudian gelak..

Selasa, 1 November 2011

PANAS!! Pusat Pelacuran Kelantan di dedah!!



Ternyata sebelum Februari 2011, ramai diantara kita tidak pernah dengar bahawa terdapat pelacuran di Mekah. Tetapi apabila blog ini mendedahkan aktiviti pelacuran di Kelantan, ramai penyokong tegar PAS yang mahu menutup malu memberitahu kita bahawa terdapat pelacuran di Mekah. Yang pasti, tidak ramai umat Islam ke Mekah mengambil kesempatan meninjau aktiviti pelacuran di sana.

Minggu lepas, agen Johnson dan saya kembali ke Kota Bharu untuk membuat tinjauan susulan terhadap aktiviti pelacuran di bandar itu setelah pendedahan kami memaksa Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar Raya Islam bertindak menyerbu sarang pelacuran di sana. Daripada sumber-sumber risikan kami, tindakan MPKB-BRI yang melepas batuk ditangga itu tidak membawa apa-apa kesan terhadap aktiviti pelacuran di Kota Bharu.

Sumber risikan kami juga melaporkan aktiviti tersebut masih bergiat aktif di lokasi yang sama. Video di bawah adalah bukti yang kami perolehi sendiri hasil Ops Johnson II yang telah menunjukkan kesahihan sumber yang kami terima.

Kami dapati aktiviti pelacuran di Jalan Hamzah dan Kampung Limau Manis, yang hanya 400 meter dari Pejabat Menteri Besar Kelantan terus aktif. Aktiviti di situ bermula seawal jam 7.30 malam dan reda menjelang jam sepuluh malam sepanjang 3 hari tinjauan kami.

Cerita panas ni sambung baca SINI

Selasa, 21 Jun 2011

GEMPAR!! BAPA 'PROJEK' ANAK SENDIRI!!?


KOTA BHARU: “Dalam rayuan, tertuduh pertama (ayah) nak bertaubat, tetapi taubat kerana ditangkap, dikira ‘taubat terpaksa’ dan mahkamah tidak dapat terima taubat itu. Jika kamu nak bertaubat, taubat betul-betul (taubat nasuha).

“Bagi tertuduh kedua (anak), sebagai pelajar, kamu perlu menjaga diri dan jika ada situasi mencurigakan, kamu boleh keluar rumah atau memberitahu ibu kamu, tetapi kamu gagal dalam situasi itu,” kata Hakim Syarie Abu Bakar Abdullah Kutty di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam.

Abu Bakar berkata demikian ketika menjatuhkan hukuman penjara dan denda terhadap ayah dan anak selepas mengaku salah berkelakuan sumbang dan bersekedudukan hingga melahirkan tiga anak masing-masing berusia enam, lima dan tiga tahun bermula dari 2004 sehingga ditahan kira-kira jam 1.30 pagi, semalam.

Dalam penghakimannya, Abu Bakar menjatuhkan hukuman penjara setahun dan enam bulan serta denda RM2,500, terhadap tertuduh pertama berusia 45 tahun, yang juga seorang mekanik dan berdepan hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda.

Bagaimanapun, tertuduh kedua, berusia 25 tahun yang juga anak tertuduh pertama bernasib baik kerana dikenakan hukuman denda RM2,000 dan berdepan hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda. Kedua-dua tertuduh juga dilarang tinggal serumah untuk selama-lamanya.

Hukuman berkenaan tidak diduga anak dan ayah itu kerana kedua-duanya tinggal bersama (bersekedudukan) sejak 2004 sehingga ditahan pada pagi semalam oleh anggota penguat kuasa agama Tumpat dalam operasi di rumah mereka di Jalan Palekbang, Wakaf Bharu, Tumpat.

Dengan tangan bergari, anak-beranak terbabit ditahan di lokap sebelum dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah dekat sini, kira-kira jam 3 petang, semalam, untuk berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 10 Kanun Jenayah Syariah Nombor 2/85 Negeri Kelantan.

Sejurus kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah, kedua-dua tertuduh mengaku salah bersekedudukan hingga melahirkan tiga anak serta mengaku salah di atas sebab dan akibat daripada pengakuan salah berkenaan.

Pengakuan kedua-dua tertuduh, menyebabkan Abu Bakar yang mendengar kes berkenaan memberi peluang kepada anak beranak terbabit mengemukakan rayuan sebelum hukuman mengikut Seksyen 10 Kanun Jenayah Syariah Nombor 2/85 Negeri Kelantan diputuskan mahkamah.

“Saya minta hukuman denda dikurangkan kerana masih mempunyai tanggungjawab terhadap anak-anak, selain mahu memberi didikan sempurna kepada mereka. Kalau boleh tidak terjadi macam saya kerana saya bertaubat dan tidak akan melakukan zina dan dosa besar.

“Saya sudah berkahwin dengan dua isteri dan bercerai dengan mempunyai lima anak termasuk tertuduh kedua yang juga anak kedua dari isteri pertama. Saya sudah bercerai dengan isteri sejak tujuh tahun lalu,” kata si bapa ketika mengemukakan rayuan.

Timbalan Pendakwa Syarie negeri, Zaini Sulaiman dalam hujahan pemberatan hukuman sempat menyifatkan perbuatan dilakukan mereka keji kerana ketika anak-anak menyambut hari bapa, tiga anak pasangan berkenaan tidak kenal ayah mereka.

Zaini yang mencadangkan pasangan berkenaan dipisahkan dan tidak tinggal bersama turut memohon supaya mahkamah tidak memberi belas kasihan kepada pasangan berkenaan bagi memberi pengajaran kepada masyarakat - HM

Bila Mc baca berita macam ni, Mc sendiri pun taktau nak kata apa. Mengapalah seorang bapa sanggup merosakkan masa depan anaknya? Tak takut kah dia pada dosa dan pahala? Tak takutkah dia pada hukuman Allah?

McTheory:
Kat mana kejadian ni berlaku? Johorkah? Pahangkah? Apa! Kelantan? ishh betul ke ni? fintah kot.. ishh.. bukan tu negeri Pas yang paling terBAIKKK ke? Ini mesti keje sabotaj UMNO ni..mesti la..

Rabu, 8 Jun 2011

PANAS!! LUBUK MAKSIAT DI KELANTAN!!

berita Panas!!
Teruja benar Mc baca harian Metro hari ni. Parking kat Kota Bharu jadi lubuk maksiat. Bangunan tak diberitahu, tapi rasanya tak banyak pasaraya kat Kelantan.

Macam mana ni Pas? Kata Kelantan Serambi Mekah? Laki orang bini orang pun boleh romen open-open selamber saja. Siap boleh cari port parking lagi tu.

Paling menariknya, mengikut apa yang Mc baca ni, yang dok beromen tu, bukannya pakai ala-ala sosial dan moden. Tapi yang dok pakai jubah labuh, pakai kepiah, serban dan nampak macam orang-orang kuat agama la.
Klik untuk baca lebih jelas..

Kalau mengikut kebiasaan la kan. Pakaian yang menunjukkan mereka alim tapi cuma alim kucing ni, selalunya orang Pas. Yang selalu dok kuat-kuat seks ni pun selalunya orang Pas juga.

Senang cerita, orang Pas ni mulut saja dok mengaku kuat Islam, tapi dalam hati, hanya Allah yang tahu.

Kalau dah nama kata Pas, mulut serupa longkang, satu apa pun tak boleh pakai, busuk saja lebih.

McTheory:
Islam kat mulut, konek bercabang rata..

Selasa, 7 Jun 2011

KASI GEGAR!! PEMBANGUNAN YANG HEBAT DI KELANTAN TELAH DI DEDAHKANN!!


Pas marah bila kita kata mereka tidak buat satu hapa pun di Kelantan. Untuk membuktikan mereka ada buat pembangunan tersembunyi yang tidak kita sedari. Pas Kelantan mendedahkan hal ini untuk membuktikan bahawa UMNO telah berulang kali memfitnah Pas Kelantan!!

Nak tau pembangunan hebat Pas Kelantan dibawah Ularmak besar Tok Garu Nik Aziz, klik SINI.

McTheory:
Kurang ajarr UMNO ni.. asyik fitnah Pas saja.. kesian Pas kannn..

Jumaat, 27 Mei 2011

KASI PANAS!! NIK AZIZ DAH MENGELABAH DAH..baru takut?


Mengelabah biawak si N.ajis, bila SPRM nak siasat menantunya. Dulu puak Pas dok riuh satu Malaysia kata Kelantan negeri bebas rasuah. Bila SPRM masuk nak siasat, kenapa pulak N.ajis gelabah biawak ni? Takut ke?

N.ajis takut kena tuduh sekali? Takut kalau Ariffahmi ditangkap dan didapati bersalah, N.ajis akan kena akibatnya, macam tu?

Itu laa.. dulu letak kroni ramai-ramai, lepas tu ajak anak cucu semua tadbir Kelantan, kini bila dah nak tergolek, lepas tangan takut. Apa daa.. N.ajis.

Apa kata SPRM siasat je sekali dengan N.ajis ni. Tangan N.ajis bukan bersih sangat, rasuah orang kampung depan mata saja.

Selalunya yang buat mesti takut ye tak?

P/s: tengok muka pun tau tak boleh percaya ni..

McTheory:
Harap serban saja besar.. hati? siapa tahu..

Isnin, 23 Mei 2011

AKHIRNYA NIK AZIZ AKUI UMNO YANG MEMBELA RAKYAT KELANTAN!!


Pas mana buat apa-apa pun. Masjid pun tak mampu nak buat. Dengar Kelantan kata nak buat stadium, tah betul ke tah tidak. Ataupun hanya angan-angan mat jenin.

McTheory:
Nik Aziz perlu berikan kembali Kelantan pada BN jika mahu Kelantan maju..

Selasa, 17 Mei 2011

SELEPAS LADANG RAKYAT ADA LAGI TANAH YANG BAKAL DIKORBANKAN OLEH KERAJAAN KELANTAN!!

Demi kuasa, Islam di tolak, rasuah diutamakan

Lebih 1,000 orang berpakaian serba merah mengadakan demonstrasi secara aman di hadapan pusat pentadbiran Kerajaan Pas Kelantan di Kota Darulnaim di sini hari ini bagi membantah pelaksanaan program Ladang Rakyat yang didakwa telah diselewengkan.

Perhimpunan yang diketuai oleh Pengerusi Orang Muda Berpadu Anti Korupsi Kelantan (OMBAK) yang juga Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Anuar Safian bermula pada pukul 9.30 pagi.

Selain OMBAK, peserta perhimpunan tersebut terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Majlis Belia Kelantan, Majlis NGO Negeri, Belia 4B dan Pemuda UMNO Kelantan serta penduduk Orang Asli dari Gua Musang.

Isnin, 16 Mei 2011

PANAS!! NIK AZIZ MENGAKU TAK MAMPU MENJAGA KELANTAN!!

Pandai cakap saja!!
Menteri Besar Kelantan Nik Aziz Nik Mat mengakui kerajaannya tidak mampu menyediakan rumah kos rendah untuk golongan miskin di negeri itu disebabkan permintaan yang cukup tinggi.Mursyidul Am PAS itu berkata kerajaan negeri membelanjakan RM50 juta bagi tempoh 2006 hingga 2010 di bawah Program Rumah Mampu Milik.

Bagaimanapun,keperluan rumah kos rendah di negeri ini masih tinggi dan kerajaan negeri tidak mempunyai peruntukan yang cukup untuk tujuan itu,katanya kepada pemberita selepas melancarkan projek rumah awam kos rendah Wadi Iman yang dilaksanakan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) di Kok Lanas,hari ini.

Ahad, 8 Mei 2011

KLIP VIDEO TAJAAN NIK AZIZ?? gelek sehh..


Depan pejabat menteri besar depa boleh dok bergelek dok menari sakan.. pergghh.. N.ajis tak nampak ka? Tak sangka adegan tu depa berani buat depan pejabat N.ajis. Memang dahsyat la puak ni. Memang la benda ni kita biasa tengok, tapi orang Pas dok agungkan sangat Kelantan tu negeri Serambi Mekah. Bila Mc tengok video macam ni wujud, rasa pelik la pulak.

Boleh ka pakai seksi macam tu kat Kelantan? Kata tak boleh.. he he..

McTheory:
N.ajis dok mengendap di sebalik cermin kot, sembunyi-sembunyi tengok..he he he..

Selasa, 15 Februari 2011

Selasa, 9 November 2010

GEMPAR!! KELANTAN TIDAK PERNAH ADA RASUAH!! PIIRAAAHHH!!

Oleh : -Double Y-



TIADA PENGAWAI KELANTAN RASUAH SEJAK TAHUN 1990..?? - HARAKAH & PAS BOHONG..!!


Hari ini saya terbaca laporan dalam Harakahdaily yang mengatakan sejak PAS mula menerajui Kelantan pada Oktober 1990 hingga sekarang tidak ada pengawai kerajaan yang dilaporkan terbabit dengan salahlaku rasuah. Hal ini dilaporkan oleh Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yaakob pada Persidangan Dewan Undangan Negeri kelantan hari ini. Laporan berita ini saudara pembaca boleh merujuk Haprakdaily di [Sini]

Mereka melaporkan yang angka sifar bahawa tiada satu pun kes membabitkan pengawai kerajaan Kelantan, bila sebut sifar ini bermakna "kosong" wahai pembaca sekelian. Saya akan buktikan yang Timbalan Menteri Besar Kelantan ini adalah seorang pembohong, dan lidah rasmi PAS iaitu Haprakdaily juga turut berbohong dalam laporan ini. Tujuan mereka hanyalah untuk menunjukkan yang kerajaan di bawah pemerintahan PAS ini bersih, suci lagi diberkati Allah kerana mereka mengamalkan dasar Membangun Bersama Islam.

(Hari ini tidak dapat dipastikan ada lagi ke tak slogan ni).

Baiklah saya akan nyatakan kes rasuah melibatkan kakitangan kerajaan Negeri Kelantan, penyelewengan ini dilakukan oleh Datuk Shkori Mohammad, beliau dituduh melakukan kesalahan melibatkan penipuan invois bernombor 1302 yang bertarikh 3 Disember 2008 bertajuk "Tuntutan Membekal Bahan dan Kerja-Kerja Membina" bagi menyiapkan Rumah Puyuh di Projek Diraja, Banggol di sini, dengan keluasan 7,656 kaki persegi bernilai RM 267,960.00


Datuk Shokri Mohammad didapati bersubahat dalam tuntutan itu kerana ketika dokumen tuntutan diserahkan kepada beliau di pejabat Perbendaharaan Negeri, di sini, pada Disember 2008, projek Rumah Puyuh itu tidak dilaksanakan. Dalam bahasa yang pembaca mudah faham, mereka "claim" invois atas projek yang lansung tidak wujud. Adakah kes ini sudah dilupakan oleh kerajaan PAS..?? Rakan subahat Datuk Shokri Mohammad iaitu Yusri Che Noh mengemukakan Invois atas nama Construction & Trading kepada Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Shkori Mohamed, pada 3 Mac 2009, yang mengandungi butiran palsu mengenai bekalan dan kerja-kerja tar tempat letak kereta Istana Negeri seluas 2,436 meter persegi pada harga RM 27.00 semeter persegi membabitkan tuntutan RM 65,772.00

Datuk Shokri Mohammad didakwa mengikut Seksyen 11 (c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut seksyen sama dan dibaca bersama Seksyen 109 Kanun Keseksaan (Akta 574), yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda suapan atau nilai suapan atau RM 10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi. Malah hakim telah membenarkan beliau diikat jamin dengan seorang penjamin sebanyak RM 20,000. Bila sebut dijamin, maka Datok Shokri ini telah disabitkan la ye tak..?? Jadi takkan Timbalan Menteri Besar tidak tahu mengenai kes ini sebelum melaporkan yang Kelantan "SIFAR" Rasuah..?? Ingat rakyat ini dunggu ke..??

Malah Datok Shokri Mohammad ini dikatakan mempergunakan nama Raja Perempuan Kelantan untuk menghalalkan perbuatannya. Beliau juga pernah meluluskan sekeping tanah tanpa merujuk kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan. Ini berlaku semasa beliau menjawat sebagai Ketua Jajahan Gua Musang. Beliau dan Ho Tin Tik mempergunakan tanah kepunyaan Wan Taib seluas 2.6 hektar untuk menceroboh tanah kepunyaan Yayasan Kraftangan yang mengandungi tanah putih yang berkualiti tinggi. Tanah daripada Yayasan Kraftangan dikorek dan dilonggokkan di atas tanah Wan Taib. Jadi seolah-olah tanah Wan Taib mengeluarkan tanah putih yang berkualiti tinggi ini. Beliau dan Ho Tin Tik melalui Ceramic Material Supplies (CMS) telah menipu Yayasan Kraftangan dengan mengistiharkan feldspar ini adalah hasil daripada tanah Wan Taib yang seluas 2.6 hektar.

Jadi apa yang dibayar kepada Yayasan Kraftangan adalah sedikit jika dibandingkan dengan pengeluaran sebenarnya. Yayasan Kraftangan adalah di bawah naungan Raja Perempuan Negeri Kelantan. Oleh kerana kekebalan yang diperolehi oleh Tengku Hoe Tin Tik melalui pengaruh Dato’ Shkori bin Mohamed, CMS dengan beraninya menceroboh tanah simpanan Perhilitan untuk pemeliharaan rusa. Ini ada dilaporkan dalam New Straits Times, November 17, 2008, Prime New ms 15. Berani Timbalan Menteri Besar Kelantan menafikan dakwaan ini dan mengatakan yang pemerintahan PAS Kelantan adalah SIFAR dari rasuah..?? Pigirah..!!! Saudara pembaca boleh merujuk petikan NST yang saya "attach" kan dibawah, untuk mengimbau kembali ingatan Timbalan Menteri Besar ini, agaknya beliau pelupa dan nyanyuk macam Nik Aziz.


Jadi jelas bahawa laporan Haprakdaily oleh Timbalan Menteri Besar adalah satu pembohongan yang cuba untuk menggambarkan yang kononnya pemerintahan PAS di Kelantan ini bersih. Malah jika saudara pembaca masih ingat yang Nik Aziz juga pernah terlibat dalam rasuah dan sepatutnya beliau didakwa, namun ada yang mengatakan pihak yang mengendalikan kes yang melibatkan Nik Aziz dahulu adalah pro PAS. Berikut adalah dua tuduhan yang dihadapi oleh Nik Aziz yang tiada kesudahan :


(i) Menerima Rasuah dengan meminta tajaan Haji untuk dia dan keluarganya daripada seorang lelaki bernama Nudin Bin Awang yang berkepentingan.
(ii) Melanggar akta SPRM bila melantik menantunya Abdul Ariffahmi Bin Abdul Rahman di sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

Kedua-dua pertuduhan ini sepatutnya sudah cukup untuk membolehkan Nik Aziz merengkok dalam penjara namun apakan daya beliau berpengaruh di Kelantan. SPRM Kelantan juga mengakui bahawa segala maklumat dan bukti yang diserahkan kepada SPRM Kelantan telah dibocorkan kepada seorang Ahli Parlimen PAS dari Kelantan. Ahli Parlimen tersebut juga dinasihatkan oleh seorang Pegawai Tinggi SPRM Kelantan supaya menasihatkan Tuan Guru untuk memadamkan segera segala bahan-bahan bukti bagi menyelamatkan Tuan Guru Nik Aziz. Jika saudara ingin mengetahui mengenai kes terbenkanglai ini boleh rujuk di [Sini]

Ada kita dengar sebarang kesudahan mengenai kes ini..?? Ada kita tengok dalam berita Nik Aziz dihadapkan ke mahkamah..?? Tiada tuan/puan, lansung tiada. Mengapa tiada..?? Ini yang SPRM Kelantan kena berikan jawapan..!! SPRM Kelantan hanya membuka profailing terhadap kes tersebut dan bukannya kertas siasatan. Jadi macam mana hendak mendakwa Nik Aziz jika kertas siasatan tidak dibuka..?? Disebabkan keengganan SPRM Kelantan menyiasat kes Nik Aziz ini, Pengarah SPRM Kelantan, Mohd Jaafar Bin Hussin telah ditukar. Namun SPRM Kelantan masih tidak bebas dari Pegawai-Pegawai yang Pro PAS.

Ini dua contoh yang saya beri untuk menyangkal bahawa kes rasuah di Kelantan adalah SIFAR. Jadi usahkan Timbalan Menteri Besar Kelantan cuba berbohong yang kononnya PAS Kelantan bersih dari salahlaku rasuah.

Kesimpulannya saudara pembaca, kes rasuah di Kelantan ada berlaku, namun seringkali di "kowting" dengan baik oleh puak berserban serta berkopiah ini. Usahkan kita percaya sangat akan setiap laporan dan ucapan yang mereka berikan, kerana Islam bagi mereka hanyalah "alat" untuk kepentingan politik sempit mereka. Pendek kata PAS hanyalah sebuah parti politik bukannya sebuah sunnah yang perlu kita ikut dan patuhi. Kelantan diterajui oleh manusia biasa, bukannya "tuhan", yang kadangkala mesti ada melakukan kesilapan

Kah Kah Kah.. KELANTAN SIFAR RASUAH..?? PTUIHHH..!!

Sumber Pejuang Maya

P/s: Artikel yang diterbitkan dalam Haramkahdaily boleh percaya ke?

Mctheory:
Orang gila pun tak percaya apa yang diterbitkan oleh Harakah!

Khamis, 4 November 2010

GEMPAR!! APAKAH PIMPINAN PAS KELANTAN CONTOH TERBAIK KERAJAAN RAKYAT??!!

Dalam negeri yang miskin dan susah pun dapat kumpul rm10 juta??

Pemerintahan PAS Kelantan sudah pun berusia dua dekad. Selama itu juga kita dapat melihat bagaimana program pembangunan dan slogan membangun bersama Islam yang dilaungkan oleh PAS hanyalah pendustaan yang nyata.

Selama dua dekad, Kelantan tidak mengalami apa-apa perubahan yang ketara. Kemiskinan masih melata dan kerajaan negeri langsung tidak dapat mengadakan program untuk membawa keluar mereka dari kedaifan.

Ladang Rakyat yang dilancarkan juga boleh dikatakan 100% gagal walaupun PAS menyatakan yang ia lebih baik dari Felda. Hakikatnya ia juga jauh lebih teruk dari program membasmi kemiskinan yang dibuat oleh Amanah Ikhtiar Malaysia kerana tiada seorang pun dari peserta Ladang Rakyat yang dapat keluar dari garis kemiskinan dengan pendapatan di bawah RM750 sebulan.

Sedangkan ada peneroka Felda mampu meraih pendapatan sehingga RM12,000 dari ladang sawit seluas 10 ekar ketika harga sawit melambung. Hari ini, pendapatan minimum warga Felda secara purata ialah RM1,200 sebulan.

Justeru, di bahagian mana dan dari segi apa PAS menyatakan yang Ladang Rakyat lebih baik dari Felda? Malah rumah yang didirikan oleh PAS untuk Ladang Rakyat juga menyedihkan berbanding rumah Felda yang selesa.

Dalam keadaan Kelantan yang teruk ini juga PAS masih tidak malu mendabik dada konon mereka cekap dan jauh lebih bersih serta bertanggungjawab dari BN.

PAS memberi alasan bahawa negeri Kelantan miskin kerana kekurangan sumber atau hasil negeri namun realitinya jika hasil negeri tidak banyak bagaimana pula pemimpin-pemimpin PAS ramai yang kaya raya?

Rakyat melihat orang-orang sekeliling Nik Aziz, Husam Musa, Takiyuddin Hassan semuanya hidup mewah belaka. Malah YB Zulkifli Muhammad, ADUN Pulau Condong dianggap sebagai pemimpin muda PAS yang kaya raya.

Mereka-mereka ini diketahui amat rapat dengan taukeh-taukeh balak di Kelantan.

Kelantan sebenarnya kaya dengan hasil balak tetapi kekayaan tersebut hanya dikecapi oleh beberapa kerat pemimpin PAS tanpa menyebarkannya kepada rakyat. Bukti kekayaan PAS ialah:

1. PAS mampu membeli bangunan UMNO di Kota Bharu dengan harga RM4.5 juta.

2. Kempen Pilihanraya Kecil PAS adalah setanding dengan BN dari segi poster, sepanduk, gegantung dan kemudahan Audio Visual yang pasti mencapai jutaan ringgit. Sudah tentu ada yang menaja PAS iaitu taukeh-taukeh balak tadi. Penjelasan konon ianya semua didapati dari derma ahli amatlah tidak masuk akal.

Jelas PAS tidak pernah memikirkan rakyat, apabila membiarkan kerajaan negeri terus miskin walaupun pemimpin-pemimpin Parti dan Parti itu sendiri kaya.

Segala hasil negeri diagihkan kepada pemimpin-pemimpin PAS dan kroni mereka manakala selebihnya adalah untuk aktiviti parti bagi membolehkan mereka terus memenangi Pilihanraya.

Setelah dua dekad terus menerus diberi mandat, PAS mula percaya bahawa mereka hanya perlu memenangi pilihanraya serta tidak perlu langsung memenangi hari rakyat jelata.

Hari ini rakyat Kelantan sudah semakin membuka mata dan pastinya ramai yang tidak sanggup lagi terus menderita di bawah kerajaan PAS.

Mereka juga percaya, PAS sudah tidak lagi boleh menjamin mereka ke syurga waima pintu syurga sekali pun.

Oleh Ben Mustaffa, Malaysia Instinct