Selasa, 1 November 2011
PANAS!! Pusat Pelacuran Kelantan di dedah!!
Ternyata sebelum Februari 2011, ramai diantara kita tidak pernah dengar bahawa terdapat pelacuran di Mekah. Tetapi apabila blog ini mendedahkan aktiviti pelacuran di Kelantan, ramai penyokong tegar PAS yang mahu menutup malu memberitahu kita bahawa terdapat pelacuran di Mekah. Yang pasti, tidak ramai umat Islam ke Mekah mengambil kesempatan meninjau aktiviti pelacuran di sana.
Minggu lepas, agen Johnson dan saya kembali ke Kota Bharu untuk membuat tinjauan susulan terhadap aktiviti pelacuran di bandar itu setelah pendedahan kami memaksa Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar Raya Islam bertindak menyerbu sarang pelacuran di sana. Daripada sumber-sumber risikan kami, tindakan MPKB-BRI yang melepas batuk ditangga itu tidak membawa apa-apa kesan terhadap aktiviti pelacuran di Kota Bharu.
Sumber risikan kami juga melaporkan aktiviti tersebut masih bergiat aktif di lokasi yang sama. Video di bawah adalah bukti yang kami perolehi sendiri hasil Ops Johnson II yang telah menunjukkan kesahihan sumber yang kami terima.
Kami dapati aktiviti pelacuran di Jalan Hamzah dan Kampung Limau Manis, yang hanya 400 meter dari Pejabat Menteri Besar Kelantan terus aktif. Aktiviti di situ bermula seawal jam 7.30 malam dan reda menjelang jam sepuluh malam sepanjang 3 hari tinjauan kami.
Cerita panas ni sambung baca SINI
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
semua tempat ada tempat macam ni. ada permintaan ada la pengeluaran nya.dari ko pecah lobang aku pecah lobang ko dua2 xnak ngaku pekata kita bincang n cari jalan penyelesaian cmne nk setel masalah ni. nak tmbah didikan agama ke,, nak hudud ke cmne.dok telagah je xkemana kita boh
Catat Ulasan