Selasa, 17 Mei 2011

SELEPAS LADANG RAKYAT ADA LAGI TANAH YANG BAKAL DIKORBANKAN OLEH KERAJAAN KELANTAN!!

Demi kuasa, Islam di tolak, rasuah diutamakan

Lebih 1,000 orang berpakaian serba merah mengadakan demonstrasi secara aman di hadapan pusat pentadbiran Kerajaan Pas Kelantan di Kota Darulnaim di sini hari ini bagi membantah pelaksanaan program Ladang Rakyat yang didakwa telah diselewengkan.

Perhimpunan yang diketuai oleh Pengerusi Orang Muda Berpadu Anti Korupsi Kelantan (OMBAK) yang juga Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Anuar Safian bermula pada pukul 9.30 pagi.

Selain OMBAK, peserta perhimpunan tersebut terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Majlis Belia Kelantan, Majlis NGO Negeri, Belia 4B dan Pemuda UMNO Kelantan serta penduduk Orang Asli dari Gua Musang.


Mereka membawa pelbagai sepanduk yang tertera perkataan 'Berhentilah Nik Aziz’; ‘Pas Tipu Rakyat’; ‘Ladang Wakil Rakyat’; ‘Pade doh weh .. tok wakil Pas kayo doh' dan ‘Bila nak selesai masalah air, serabut doh weh!!!’ serta melaungkan slogan ‘Gelombang Merah’.

Anuar turut menyerahkan memorandum bantahan kepada Setiausaha Politik Menteri Besar, Wan Nik Wan Yusof untuk disampaikan kepada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kira-kira pukul 10 pagi.

Memorandum tersebut menuntut Kerajaan Pas Kelantan yang diketuai oleh Nik Abdul Aziz membuat penjelasan terhadap lima perkara utama iaitu senarai serta status syarikat yang menjalankan projek Ladang Rakyat dan sejauh mana penglibatan bumiputera Kelantan dalam syarikat-syarikat terbabit. Sambung baca sini

Ini baru cerita Ladang Rakyat. Ada satu lagi cerita mengenai kerakusan kerajaan Pas Kelantan untuk mengutip kekayaan hasil rakyat.

Kerajaan Pas membeli tanah rakyat dengan alasan untuk membangunkan tanah tersebut, tapi pada hakikatnya, tanah tersebut disyaki mempunyai sumber lain untuk didulang iaitu 'emas'.

Pengambil alihan tanah sudah pun dilakukan oleh wakil kerajaan Pas. Dengar cerita baru-baru ni, penduduk yang menjual tanah sudah mengetahui kenapa dan mengapa tanah mereka di beli oleh kerajaan negeri. Sudahla beli tanah dengan harga yang murah, rakyat ditipu hidup-hidup dengan penjualan tanah tersebut.

Dengar cerita berita ini 'bakal' meletup dan gegarkan kerajaan Pas di Kelantan.

Benar atau tidak, kita tunggu dan lihat.

P/s: Kata kerajaan Islam.. Isle nate gapo mu pok nik?

McTheory:
Tak senang duduk dah N.ajis kat sana..

Tiada ulasan: