Selasa, 9 November 2010

GEMPAR!! KELANTAN TIDAK PERNAH ADA RASUAH!! PIIRAAAHHH!!

Oleh : -Double Y-



TIADA PENGAWAI KELANTAN RASUAH SEJAK TAHUN 1990..?? - HARAKAH & PAS BOHONG..!!


Hari ini saya terbaca laporan dalam Harakahdaily yang mengatakan sejak PAS mula menerajui Kelantan pada Oktober 1990 hingga sekarang tidak ada pengawai kerajaan yang dilaporkan terbabit dengan salahlaku rasuah. Hal ini dilaporkan oleh Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yaakob pada Persidangan Dewan Undangan Negeri kelantan hari ini. Laporan berita ini saudara pembaca boleh merujuk Haprakdaily di [Sini]

Mereka melaporkan yang angka sifar bahawa tiada satu pun kes membabitkan pengawai kerajaan Kelantan, bila sebut sifar ini bermakna "kosong" wahai pembaca sekelian. Saya akan buktikan yang Timbalan Menteri Besar Kelantan ini adalah seorang pembohong, dan lidah rasmi PAS iaitu Haprakdaily juga turut berbohong dalam laporan ini. Tujuan mereka hanyalah untuk menunjukkan yang kerajaan di bawah pemerintahan PAS ini bersih, suci lagi diberkati Allah kerana mereka mengamalkan dasar Membangun Bersama Islam.

(Hari ini tidak dapat dipastikan ada lagi ke tak slogan ni).

Baiklah saya akan nyatakan kes rasuah melibatkan kakitangan kerajaan Negeri Kelantan, penyelewengan ini dilakukan oleh Datuk Shkori Mohammad, beliau dituduh melakukan kesalahan melibatkan penipuan invois bernombor 1302 yang bertarikh 3 Disember 2008 bertajuk "Tuntutan Membekal Bahan dan Kerja-Kerja Membina" bagi menyiapkan Rumah Puyuh di Projek Diraja, Banggol di sini, dengan keluasan 7,656 kaki persegi bernilai RM 267,960.00


Datuk Shokri Mohammad didapati bersubahat dalam tuntutan itu kerana ketika dokumen tuntutan diserahkan kepada beliau di pejabat Perbendaharaan Negeri, di sini, pada Disember 2008, projek Rumah Puyuh itu tidak dilaksanakan. Dalam bahasa yang pembaca mudah faham, mereka "claim" invois atas projek yang lansung tidak wujud. Adakah kes ini sudah dilupakan oleh kerajaan PAS..?? Rakan subahat Datuk Shokri Mohammad iaitu Yusri Che Noh mengemukakan Invois atas nama Construction & Trading kepada Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Shkori Mohamed, pada 3 Mac 2009, yang mengandungi butiran palsu mengenai bekalan dan kerja-kerja tar tempat letak kereta Istana Negeri seluas 2,436 meter persegi pada harga RM 27.00 semeter persegi membabitkan tuntutan RM 65,772.00

Datuk Shokri Mohammad didakwa mengikut Seksyen 11 (c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut seksyen sama dan dibaca bersama Seksyen 109 Kanun Keseksaan (Akta 574), yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda suapan atau nilai suapan atau RM 10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi. Malah hakim telah membenarkan beliau diikat jamin dengan seorang penjamin sebanyak RM 20,000. Bila sebut dijamin, maka Datok Shokri ini telah disabitkan la ye tak..?? Jadi takkan Timbalan Menteri Besar tidak tahu mengenai kes ini sebelum melaporkan yang Kelantan "SIFAR" Rasuah..?? Ingat rakyat ini dunggu ke..??

Malah Datok Shokri Mohammad ini dikatakan mempergunakan nama Raja Perempuan Kelantan untuk menghalalkan perbuatannya. Beliau juga pernah meluluskan sekeping tanah tanpa merujuk kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan. Ini berlaku semasa beliau menjawat sebagai Ketua Jajahan Gua Musang. Beliau dan Ho Tin Tik mempergunakan tanah kepunyaan Wan Taib seluas 2.6 hektar untuk menceroboh tanah kepunyaan Yayasan Kraftangan yang mengandungi tanah putih yang berkualiti tinggi. Tanah daripada Yayasan Kraftangan dikorek dan dilonggokkan di atas tanah Wan Taib. Jadi seolah-olah tanah Wan Taib mengeluarkan tanah putih yang berkualiti tinggi ini. Beliau dan Ho Tin Tik melalui Ceramic Material Supplies (CMS) telah menipu Yayasan Kraftangan dengan mengistiharkan feldspar ini adalah hasil daripada tanah Wan Taib yang seluas 2.6 hektar.

Jadi apa yang dibayar kepada Yayasan Kraftangan adalah sedikit jika dibandingkan dengan pengeluaran sebenarnya. Yayasan Kraftangan adalah di bawah naungan Raja Perempuan Negeri Kelantan. Oleh kerana kekebalan yang diperolehi oleh Tengku Hoe Tin Tik melalui pengaruh Dato’ Shkori bin Mohamed, CMS dengan beraninya menceroboh tanah simpanan Perhilitan untuk pemeliharaan rusa. Ini ada dilaporkan dalam New Straits Times, November 17, 2008, Prime New ms 15. Berani Timbalan Menteri Besar Kelantan menafikan dakwaan ini dan mengatakan yang pemerintahan PAS Kelantan adalah SIFAR dari rasuah..?? Pigirah..!!! Saudara pembaca boleh merujuk petikan NST yang saya "attach" kan dibawah, untuk mengimbau kembali ingatan Timbalan Menteri Besar ini, agaknya beliau pelupa dan nyanyuk macam Nik Aziz.


Jadi jelas bahawa laporan Haprakdaily oleh Timbalan Menteri Besar adalah satu pembohongan yang cuba untuk menggambarkan yang kononnya pemerintahan PAS di Kelantan ini bersih. Malah jika saudara pembaca masih ingat yang Nik Aziz juga pernah terlibat dalam rasuah dan sepatutnya beliau didakwa, namun ada yang mengatakan pihak yang mengendalikan kes yang melibatkan Nik Aziz dahulu adalah pro PAS. Berikut adalah dua tuduhan yang dihadapi oleh Nik Aziz yang tiada kesudahan :


(i) Menerima Rasuah dengan meminta tajaan Haji untuk dia dan keluarganya daripada seorang lelaki bernama Nudin Bin Awang yang berkepentingan.
(ii) Melanggar akta SPRM bila melantik menantunya Abdul Ariffahmi Bin Abdul Rahman di sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

Kedua-dua pertuduhan ini sepatutnya sudah cukup untuk membolehkan Nik Aziz merengkok dalam penjara namun apakan daya beliau berpengaruh di Kelantan. SPRM Kelantan juga mengakui bahawa segala maklumat dan bukti yang diserahkan kepada SPRM Kelantan telah dibocorkan kepada seorang Ahli Parlimen PAS dari Kelantan. Ahli Parlimen tersebut juga dinasihatkan oleh seorang Pegawai Tinggi SPRM Kelantan supaya menasihatkan Tuan Guru untuk memadamkan segera segala bahan-bahan bukti bagi menyelamatkan Tuan Guru Nik Aziz. Jika saudara ingin mengetahui mengenai kes terbenkanglai ini boleh rujuk di [Sini]

Ada kita dengar sebarang kesudahan mengenai kes ini..?? Ada kita tengok dalam berita Nik Aziz dihadapkan ke mahkamah..?? Tiada tuan/puan, lansung tiada. Mengapa tiada..?? Ini yang SPRM Kelantan kena berikan jawapan..!! SPRM Kelantan hanya membuka profailing terhadap kes tersebut dan bukannya kertas siasatan. Jadi macam mana hendak mendakwa Nik Aziz jika kertas siasatan tidak dibuka..?? Disebabkan keengganan SPRM Kelantan menyiasat kes Nik Aziz ini, Pengarah SPRM Kelantan, Mohd Jaafar Bin Hussin telah ditukar. Namun SPRM Kelantan masih tidak bebas dari Pegawai-Pegawai yang Pro PAS.

Ini dua contoh yang saya beri untuk menyangkal bahawa kes rasuah di Kelantan adalah SIFAR. Jadi usahkan Timbalan Menteri Besar Kelantan cuba berbohong yang kononnya PAS Kelantan bersih dari salahlaku rasuah.

Kesimpulannya saudara pembaca, kes rasuah di Kelantan ada berlaku, namun seringkali di "kowting" dengan baik oleh puak berserban serta berkopiah ini. Usahkan kita percaya sangat akan setiap laporan dan ucapan yang mereka berikan, kerana Islam bagi mereka hanyalah "alat" untuk kepentingan politik sempit mereka. Pendek kata PAS hanyalah sebuah parti politik bukannya sebuah sunnah yang perlu kita ikut dan patuhi. Kelantan diterajui oleh manusia biasa, bukannya "tuhan", yang kadangkala mesti ada melakukan kesilapan

Kah Kah Kah.. KELANTAN SIFAR RASUAH..?? PTUIHHH..!!

Sumber Pejuang Maya

P/s: Artikel yang diterbitkan dalam Haramkahdaily boleh percaya ke?

Mctheory:
Orang gila pun tak percaya apa yang diterbitkan oleh Harakah!

2 ulasan:

Unknown berkata...

WA TABIK SPRING SAMA LU BRO !!! ARTIKEL YANG SARATA DENGAN FAKTA ... FAKTA TU BANG !!!

SIFAR RASUAH ... KEPALA B###H NIK AZIZ !!!

Tanpa Nama berkata...

Bro Mc.. sama Double Y? penulis baru blog lu ke? Boleh tahan jugak dia tulis untuk menyangkal dakwaan ni. Terpalit atas hidung sendiri puak PAS ni bro!