Memaparkan catatan dengan label pok nik aziz. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pok nik aziz. Papar semua catatan
Selasa, 29 Januari 2013
PANASS!! Pok Nik Jumpa Karpal Sebab Minta Izin Isu Kalimah Allah!
Kecoh betul di laman lidah rasmi PAS, Harakahdaily dan blog-blog pro-PAS semalam mengenai kunjungan Mursyidul Am PAS ke Pulau Pinang dan telah mengadakan pertemuan dengan seorang Bishop Katolik, Sebastian Francis di sana.
Kononnya, dengan pertemuan antara Nik Aziz dan Bishop tersebut, ia akan meredakan ketegangan yang tercetus dari isu penggunaan kalimah “Allah” di dalam Bible berbahasa Melayu untuk edaran di Semenanjung Malaysia.
Malah dalam lawatan Nik Aziz ke negeri jajahan Guan Eng itu, dia telah menyambut harijadinya di kediaman Pengerusi DAP dan Karpal Singh telah menghadiahkan sebiji kek harijadi padanya dalam lawatan tersebut.
Kononnya, mereka berdua “mesra”lah, kan? Memanglah “mesra semacam” saja bila Nik Aziz dan Karpal dikatakan berbicara mengenai pemecatan Ustaz Nasharuddin Mat Isa dari Majlis Syura PAS…
Apatah lagi bila laporan mengenai kunjungan Nik Aziz ke rumah Karpal dan pertemua dengan Bishop itu tidak menyentuh langsung tentang soal penggunaan kalimah “Allah” di dalam Bible bahasa Melayu…
Cuba sebut tentang isu itu, saya yakin Nik Aziz takkan lama di Pulau Pinang…kan?
Sepanjang lawatan Nik Aziz di Pulau Pinang, tiada sebarang laporan pun dari media-media pro-pembangkang yang melaporkan tentang sebarang perbincangan mengenai isu kalimah “Allah” berlangsung di antara Nik Aziz dengan pemimpin DAP atau Bishop tersebut.
Malah cakap-cakap mulut di kalangan para penyokong PAS di sebelah utara semenanjung menyifatkan lawatan Nik Aziz itu hanyalah sekadar propaganda untuk meredakan kemarahan mereka terhadap DAP dan PKR yang mahu kalimah “Allah” tercemar di negara Islam ini.
Kata mereka, mereka tidak sekali-kali akan tertipu dan percaya lagi dengan mainan propaganda tersebut selagi DAP dan PKR menurut kehendak Majlis Syura PAS yang mahu hak eksklusif penggunaan kalimah “Allah” itu dikekalkan sebagaimana yang ditetapkan kerajaan selama ini.
Paling menarik, sekumpulan penyokong PAS yang saya temui di Sungai Petani tadi berkata, biarlah PAS tidak memerintah sehingga kiamat asalkan kalimah “Allah” tidak dicemari DAP dan PKR, serta Islam tidak dicabar oleh kedua sekutu parti mereka.
Sebenarnya, para penyokong PAS sudah lama memendam rasa dan menahan sabar dengan kerenah DAP dan PKR yang sejak lima tahun dulu memandang “lekeh” pada parti mereka serta mencabar perjuangan parti “bulan” itu.
Malangnya, mereka mendakwa para pemimpin PAS sendiri sangat lemah dan terlalu “beri muka” kepada DAP dan PKR sehingga kedua parti pembangkang itu “naik kepala” dan “tumbuh tanduk syaitan di atas kepala”.
Tekad mereka, tiada lagi undi yang akan diberikan kepada DAP dan PKR pada PRU ke-13 nanti. Mereka tidak akan meninggalkan parti, tapi para penyokong PAS ini akan “mengajar” DAP dan PKR tentang “akar umbi PAS bukannya keldai seperti para pemimpin mereka”.
Salah seorang rakan PAS saya yang terkenal dengan sokongan terhadap gerakan Syi’ah di utara berkata, PAS sepatutnya keluar dari Pakatan Haram, tapi dia yakin bahawa para pemimpin PAS takkan berani buta begitu.
Bila ditanya sebab dia berkata begitu, selamba saja dia berkata, memang pemimpin PAS di zaman ini tidak sama dengan pemimpin PAS di zaman Allahyarham Ustaz Fadhil Noor, mereka semuanya gila kuasa dan jawatan politik!
Persoalannya, bila para penyokong PAS sendiri pun sudah mengamuk dan bersuara begini, maka memang benarlah kedudukan PAS hanya berada “di bawah tapak kaki” DAP dan PKR. Hina sungguh sehingga sanggup menjual agama demi kuasa.
Sekurang-kurangnya DAP masih sayangkan agama mereka (Kristian) dan Anwar masih sayang pada cita-citanya (nak jadi PM). PAS masih sayangkan Islam lagi, kah?
Rabu, 26 Disember 2012
PANASS!! Pok Nik Aziz Mula Jual Tiket Ke Surga Pas!!
SEREMBAN - Setelah hutan balak dan beratus ribu ekar tanah di Kelantan habis botak ditarah oleh kroni luar Kelantan berbangsa cina DAP, aktiviti rutin tin milo secara eksklusif dijangkakan bakal diadakan di Negeri Sembilan yang akan turut dihadiri oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Dilaporkan usaha untuk mengutip dana Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), PAS Negeri Sembilan bakal diadakan dalam sebuah Majlis Makan Malam eksklusif pada 28 Disember ini di City Kingdom Hotel disini.
Menurut Setiausaha program, Mohd Hassan Tamby, kehadiran Nik Aziz yang juga Mursyidul Am Pas selain daripada membuat ucapan, Nik Aziz juga akan turut membuat gimik dengan melelongkan beberapa koleksi barang peribadi beliau.
Namun majlis ini hanyalah untuk dihadiri oleh orang-orang kaya sahaja bukan terbuka kepada semua rakyat, untuk kemajlis ini perlulah membeli tiket berharga RM100 untuk setiap seorang (satu kerusi) dengan menghubungi Mohd Hassan di talian 019-2171942 atau Hakki di talian 013-3840022.
Apakah rakyat tidak terfikir sampai bila Pas akan teruskan aktiviti tin milo ini ? Daripada aktiviti tin milo jalanan hinggalah kepada eksklusif, sebenarnya tidak ada beza diantara aktiviti tin milo Pas dengan pengemis, namun sangat mendukacitakan apabila hanya pengemis sahaja yang dihalang daripada terus melakukan aktiviti tersebut.
Sedangkan Pas dan pemimpinnya juga sudah begitu kaya raya sehingga langsung tidak lagi mempedulikan si miskin dinegeri yang diperintahnya lebih 22 tahun itu. Bangunan-bangunan Pas dibina megah disetiap kawasan, tetapi rumah-rumah rakyat dan masjid tidak dibina semegah bangunan mereka.
Jika Islamnya sesebuah kerajaan itu tidak dilihat kepada berapa MASJID yang dibina ?, apakah pembinaan bangunan-bangunan parti seperti Pas disetiap kawasan itu yang dilihat Islamiknya sebuah kerajaan ? Logik pada fikiran anda sebagai umat Islam, mana yang lebih penting diantara pembinaan bangunan-bangunan parti dan juga masjid.
Pas bedal duit rakyat untuk kepentingan partinya, sangat jauh berbeza dengan kerajaan BN yang lebih mengutamakan rakyatnya daripada bangunannya. Apa pentingnya bangunan Pas sedangkan rakyatnya daif sehingga terpaksa tinggal serumah dengan kambing ?
Pembinaan bangunan-bangunan Pas ini seharusnya dinilai oleh rakyat samada perjuangan yang dilaungkan oleh Pas itu menepati kehendak Islam yang sebenar ataupun sebaliknya. Anda Mampu Mengubahnya. - Gelombang Kick


McTheory:
Korang jangan salah faham, sebenarnya Pok Nik jual tiket ke surga tu..
Sabtu, 10 November 2012
TUDIAA!! Nik Aziz Sayang Sangat Kat Nurul Izzah!!
Pemegang kunci surga Pas, si Pok Nik Aziz akhirnya menjadi pembela Nurul Izzah. Biasa la, dalam apa kes pun, Nik Aziz akan jadi hero. Kes gambar bogel Eli Wong pun Nik Aziz menjadi hero, kes Anwar Nik Aziz jadi hero, kes-kes khalwat ahli Pas pun Nik Aziz yang 'back up'.
Kerja Nik Aziz, hanyalah memperbodohkan ahli Pas yang sedia bodoh dan memperbahalulkan puak penyokong Pakatan Haram yang sedia bahlul! Semoga kita tak tergolong dalam kumpulan tersebut.. amin..
Hinggakan Nurul Izzah galakkan orang Islam murtad pun, Nik Aziz masih lagi menyokong Nurul Izzah, memang dahsyat orang tua ni.
Baca berita dibawah!
KOTA BHARU - Sekalipun mengakui bahawa Nurul Izzah Anwar mungkin telah mengeluarkan kenyataan yang 'celaru', tetapi Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat masih mempertahankannya dan menyifatkan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak bernasib baik kerana berada di pihak pembangkang.
Nik Abdul Aziz berkata, pelbagai pihak sengaja memburukkan dan memberi maklum balas keterlaluan ke atas Nurul Izzah seumpama bunyi bising kuat daripada 'meriam buluh dan meriam besi' walaupun anak Ketua Pembangkang itu hanya menyuarakan sedikit pandangan.
Beliau turut membandingkan kesnya sebelum ini yang didakwa 'bapa kafir' oleh seorang bekas Ketua Polis Negara tetapi tidak pula mendapat sorotan media kerana tuduhan itu mengena ke atas seorang pimpinan pembangkang.
"Kebelakangan ini bising pasal (kenyataan) Nurul Izzah, kesnya sebab apa? Sebabnya dia pembangkang, kalau dia bukan pembangkang pasti tidak mengapa.
"Bekas Ketua Polis pernah kata saya bapa kafir tetapi semua senyap belaka, sebabnya dia menuduh Nik Aziz yang merupakan pembangkang, jadi kata apa pun surat khabar senyap, radio senyap.
"Tetapi apabila Nurul Izzah buat keluar sedikit kenyataan, walaupun kenyataan dia boleh jadi celaru sungguh, tetapi geger gegok (amat riuh) lebih daripada meriam buluh, meriam besi," katanya semasa menyampaikan kuliah di hadapan Pejabat Badan Perhubungan Pas negeri di sini hari ini. - UTUSAN
McTheory:
Kalau puak Pakatan, buat apa pun boleh, sampai kan kes murtad pun jadi kecikk!! GILA!
Khamis, 8 November 2012
PANASS!! Nik Aziz VS Hadi Awang?
Niat di hati sekadar nak buat gimik politik sambil menguji pengaruh, kemudian tak pasal-pasal ianya memalukan diri sendiri dan menjadi bahan lawak politik tanahair pula.
Akhirnya terpaksalah Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mengakui kenyataannya untuk bertanding di Parlimen Pekan hanyalah bertujuan untuk membuktikan dirinya bukan diktator.
Tahu pun Hadi takut untuk menyerahkan tengkuknya untuk disembelih oleh para pengundi di Parlimen Pekan. Lagipun dikalangan ramai pemimpin PAS sendiri pun tak yakin Hadi akan merealisasikan gimik lawaknya itu.
Kecuali, hanya Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat sahaja yang kelihatan seronok hingga senyum sampai ke telingga bila sahaja mendengar berita berkenaan ura-ura Presiden PAS itu mahu bertanding di Pekan, Pahang.
Seronoknya Nik Aziz bukan main lagi sehinggakan terus sahaja memberi lampu hijau kepada Hadi kerana tahu dengan demikian akan tamatlah riwayat politik Hadi dalam PAS dan hilanglah satu lagi perintis cadangan Kerajaan Perpaduan (UG).
Persoalan sekarang dalam keadaan ribut tak ada, angin sepoi-sepoi bahasa, mengapa agaknya perihal diktator pula yang Hadi bangkitkan? Tentu ada yang tersirat disebaliknya, tak begitu?
Kira-kira sebulan lalu, Nik Aziz yang juga adalah Menteri Besar Kelantan ada membuat kenyataan media bahawa dirinya akan terus berpaut pada kuasa dan jawatan sekalipun wujud desakan yang mahukan beliau berundur atas faktor kesihatan.
Manakala pada awal tahun ini pula, Mursyidul Am PAS itu pernah memberi bayangan keinginannya untuk terus bertanding dalam pilihanraya dan memegang jawatan politik sampai mati.
Alasannya, jawatan politik tak sama macam jawatan kakitangan awam yang ada tempoh persaraan.
Hakikatnya, hanya diktator sahaja yang berasa amat sayang pada kuasa duniawi dan agak takut untuk melepaskan kuasa dalam genggaman. Dan kebetulannya, Nik Aziz memenuhi ciri-ciri tersebut.
Sementara itu, tidak berapa lama dulu, Anwar Ibrahim pernah mengumumkan bahawa namanya adalah satu-satunya calon yang sudah disahkan akan bertanding dalam PRU 13 nanti, sedangkan nama pemimpin PKR yang lain masih lagi dalam pertimbangan.
Mengikut fahaman Hadi Awang, hak penentuan siapa yang akan bertanding atau tidak terletak pada keputusan parti, jika keputusan mendahului parti bermakna seseorang itu adalah diktator.
Jelas sekali, Anwar memenuhi ciri diktator yang dimaksudkan itu kerana Anwar telah membuat keputusan sendiri tanpa merujuk keputusan bersama pemimpin lain. Lagipun, sejak dulu hingga kini Anwar memang layak digelar diktator merangkap bapak segala nepostisme dan kronisme.
Kini terlerailah sudah kenapa tiba-tiba sahaja Hadi menimbulkan isu diktator. Rupanya ia satu sindiran sinis kepada rakan separti dan sepakatan. Tak sangka ya, dalam kalut menepis gelak tawa orang ramai dengan lawak politiknya sempat lagi melepas tembakan tepat ke dahi Nik Aziz dan Anwar.
Selasa, 6 November 2012
TUDIAA!! Isu Hudud Antara Nik Aziz dan Soi Lek!
Angin tak ada, ribut tak ada, sepantas kilat Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat tampil ke depan untuk memperlekehkan penjelasan dari Presiden MCA Chua Soi Lek berkenaan kritikannya terhadap hudud PAS.
Biasanya jika melibatkan maruah dan kesucian Islam, amat jarang sekali untuk Nik Aziz segera tampil ke depan mengulas panjang. Tengok sajalah dalam isu Ngeh Koo Ham dari DAP itu hari, jenuh menunggu komen balas dari Nik Aziz.
Malah dalam isu pencegahan murtad oleh JAIS ke atas sebuah gereja di Selangor akhir tahun lalu juga, sukar sekali untuk membaca komentar dari Nik Aziz yang bersifat membela Islam, sebaliknya sebahagian besar kenyataan yang keluar dari mulut para pemimpin PAS ialah mencerca tindakan kuatkuasa oleh JAIS itu.
Tapi kali ini, tak semena-mena Nik Aziz segera menonjolkan dirinya untuk mengulas dan menghentam penjelasan oleh Soi Lek.
Malah dengan bangganya Menteri Besar Kelantan itu mendakwa Soi Lek sudah tertekan apabila memberi penjelasan terbuka selepas timbulnya daripada pemimpin dan penyokong PAS terhadap komentarnya sebelum ini.
Menariknya, baru sahaja sekitar seminggu dua lepas khalayak umum didedahkan dengan kenyataan semberono dari Nik Aziz pada 12 Ogos 2009 yang memberi lampu hijau untuk DAP menghina Islam atas alasan para pemimpin DAP bukannya beragama Islam.
Manakala para pemimpin PAS yang lain termasuk Presidennya, Hadi Awang pada 12 Ogos 2012 pula mengakui DAP berhak menolak dan mempersoalkan hudud, juga dengan beralasan bahawa pemimpin DAP tidak beragama Islam.
Tiba-tiba sekarang, Nik Aziz bertegas menganggap Soi Lek tertekan kerana telah menghina Islam. Betulkah Soi Lek yang tertekan atau sebenarnya Nik Aziz yang sedang menghadapi tekanan?
Dalam penjelasannya yang disiarkan akhbar Mingguan Malaysia Ahad lalu Soi Lek menegaskan kritikannya hanya terhad pada kesan hudud PAS terhadap ekonomi, sama sekali tidak bermaksud mempertikaikan ajaran Islam.
Mengikut fahaman Nik Aziz, barangkali Soi Lek hanya perlu menutup mulut sendiri membiarkan saja kritikannya terhadap hudud PAS dimanipulasi kononnya menghina Islam barulah dikatakan beliau tidak tertekan.
Presiden MCA itu pula tentunya tidak akan berdiam diri apabila melihat komennya telah disalah tafsir oleh PAS dan PR hanya semata-mata untuk memenuhi agenda politik kepartian PAS dalam usahanya membela sikap keras DAP terhadap orang Melayu Islam dan agama Islam itu sendiri.
Nik Aziz sebenarnya terasa agak terpukul apabila Soi Lek secara terbuka mengakui kritikannya hanya ditujukan pada hudud PAS, itu salah satu puncanya yang menyebabkan tiba-tiba laju ja Nik Aziz mengomel balas.
Lebih-lebih lagi apabila Soi Lek turut mengimbas kembali janji PAS melalui manifesto pilihanraya 1986 yang menyatakan bahawa perlaksanaan hudud akan turut meliputi orang bukan Islam, dan jelas berbeza dengan hudud PAS versi 1993.
Kelu lidah Nik Aziz untuk mencari jawapan konkrit kenapa adanya perbezaan antara hudud dalam manisfesto 1986 dengan hudud PAS versi 1993. Tak terjawab beb. Sahlah, yang sebetul-betulnya tertekan dalam isu hudud PAS ini ialah Nik Aziz itu sendiri.
Khamis, 1 November 2012
TUDIAA!! Blogger Pakatan Dedah Nik Aziz Adalah Wahabi?!!
![]() |
| Sumber : nusanaga.blogspot.com |
Tajuk asal video yang dimuat naik oleh Topeng Perak adalah TGNA Wahabi..?
Mc dah tengok video ini sampai habis. Mc rasa elok untuk pembaca sama-sama tonton video ini untuk memberi kefahaman yang lebih kenapa sekolah-sekolah pondok di Kelantan menentang PAS Kelantan.
sumber asal dari Mymassa
Rabu, 31 Oktober 2012
PANASS!! Tak Patut Blogger @Keris7Lok Kutuk Nik Aziz Kata Dia Kaki AUTA!!
Ishh tak patut sungguh la Keris7Lok kutuk Pok Nik Aziz macam tu. Dia bukan auta, cuma dia lupa. Biasa la orang tua, mana boleh ingat semua betui dak? he he..
Kalau dah tua dan tak boleh ingat semua, tak reti-reti nak letak jawatan ke? heh..
Selasa, 30 Oktober 2012
TUDIAA!! Anwar Kutuk Nik Aziz?
Tindakan Ketua Pembangkang mengumumkan ‘anugerah Menteri Besar terbaik’ yang ‘dimenangi’ oleh Khalid Ibrahim dilihat sebagai ‘politically incorrect’, sekali gus menunjukkan bahawa kebolehan Anwar dalam berpolitik semakin terjejas.
Kesilapan kecil ini bukanlah sesuatu yang biasa bagi Anwar kerana beliau selama ini cukup bijak mengatur kata-kata dan tindakan dalam berpolitik sehingga berjaya memperdaya begitu ramai orang termasuk Yahudi dan pemimpin bertaraf dunia, Tun Mahathir Mohamad selama berpuluh-puluh tahun.
Namun, akhir-akhir ini, Anwar kerap membuat kesilapan sama ada kerana terperangkap dalam situasi yang sukar seperti apabila disoal mengenai pendiriannya terhadap Israel dan undang-undang liwat, atau kerana gabra terkantoi seperti kes jam omega.
Tetapi dalam kes pengumuman anugerah Menteri Besar Terbaik, Anwar tidak berada di dalam keadaan tertekan, terdesak atau terperangkap. Justeru, kemungkinan pengumuman tersebut bukan kesilapan tetapi Anwar memang benar-benar berniat membuat pengumuman itu tanpa memikirkan kesannya.
Pakatan Rakyat mempunyai 4 Menteri Besar dan bagi Anwar untuk memuji salah seorang pastinya akan membangkitkan rasa kurang senang di kalangan 3 yang lain. Sedangkan, prestasi seseorang MB tidak wajar diadili melalui pendapatan negeri kerana setiap negeri mempunyai masalah yang berlainan berdasarkan sumber negeri dan landskap masyarakat.
Di sudut lain pula, memilih untuk memuji seorang MB sebagai terbaik juga dilihat sebagai cubaan menyelamatkan MB tersebut yang telah dilihat lemah. Ini adalah strategi biasa politik di mana apabila seseorang politikus itu semakin lemah, maka semakin banyaklah puji-pujian dilemparkan sekadar untuk memastikan pengundi terus yakin dengan parti.
Oleh itu, tindakan Anwar memuji Khalid berlebihan menjadi senjata yang bukan sahaja makan tuannya tetapi semua orang-orang disekelilingnya sekali. Menurut beberapa blog, tindakan ini boleh ditafsirkan sebagai talian hayat untuk Khalid tatkala prestasi MB dilanyak teruk oleh Azmin Ali dan kumpulannya dengan menjadikan Faekah Hussin, Setiausaha Politik MB sebagai kambing hitam.
Dan secara semulajadi, apabila ada yang terbaik, pastinya ada yang tercorot. Jadi, siapakah MB PR yang tercorot? Walaupun Anwar tidak mengumumkannya, tetapi mengikut logik, Nik Aziz yang telah memerintah Kelantan selama 22 tahun pastinya secara automatik menjadi yang tercorot.
Memuji Khalid yang belum sampai sepenggal menjadi MB secara tidak langsung boleh ditafsirkan sebagai menyindir Nik Aziz kerana tidak berjaya membangunkan Kelantan dari apa-apa segi sekali pun. Malah, Kelantan kekal sebagai negeri termiskin dan termundur di dalam Malaysia selama lebih dua dekad.
Dalam masa yang sama, bukan rakyat tidak tahu bahawa Khalid Ibrahim juga adalah MB yang lemah, walaupun tidak selemah Nik Aziz tetapi tetap lemah dalam kategori seorang MB. Di bawah beliau, isu-isu politik yang merugikan PR tidak mampu ditangani dengan baik. Antaranya, isu murtad, arak dan rumah-rumah urut.
Selain itu, di bawah Khalid juga rakyat menyaksikan UNISEL lingkup, peniaga Melayu di PKNS kini menghadapi risiko, tanah YBK ingin dirampas, isu air yang semakin hari semakin meruncing tetapi kerajaan Selangor masih tidak memberi jawapan bagi penyelesaian yang meyakinkan.
Justeru, walaupun pada dasarnya, Anwar dilihat sebagai memuji Khalid, tetapi tafsiran yang dibuat oleh rakyat ialah Anwar cuba memulihkan imej Khalid dan menyindir Nik Aziz sekali gus. Tindakan Anwar bagaikan membaling sebiji batu tetapi terkena dua ekor burung yang bukan menjadi sasarannya.
Walau apapun, Nik Aziz wajar difahamkan akan isyarat Anwar ini. Anwar diketahui tidak pernah mempunyai rasa hormat terhadap PAS. Oleh itu, secara tidak langsung, sindiran terhadap Nik Aziz tersebut merupakan cara halus untuk Anwar mengingatkan PAS betapa lemahnya mereka dan betapa mereka tidak layak untuk duduk sama tinggi dengan PKR atau DAP dalam PR.
PAS tidak mampu membangunkan walau satu negeri dalam masa 22 tahun, bagaimana PAS boleh bermimpi untuk memberi tekanan kepada PKR dan DAP untuk melaksanakan hudud atau apa saja yang berkaitan undang-undang Islam jika PR memerintah?
Kesimpulannya, Anwar telah berusaha untuk memberi ‘muka’ kepada Khalid tetapi langsung tidak berbuat yang sama terhadap Nik Aziz. Anwar secara halus telah mengesahkan bahawa Nik Aziz adalah lemah, dan bahawa PAS adalah tidak lebih dari sekadar tukang sorak dan tukang cuci bagi PR.
Isnin, 15 Oktober 2012
GEMPAR!! Haron Din Patut Ganti Nik Aziz!! - Hasan Ali
"Tok Guru Haron Din ganti Nik Aziz"
Sememangnya itu yang patut PAS lakukan, sekiranya ingin kembali kepada perjuangan asal memperjuangkan Islam kerana PAS kini sudah tersasar begitu jauh dari memperjuangkan Islam. Sehinggakan sanggup bersetongkol dengan DAP yang ternyata anti Islam.
Nik Aziz tidak lagi relevan untuk terus menjadi Musyridul Am Pas, kerana beliau tidak stabil dan tidak lagi mengutamakan Islam dalam perjuangan asal. Disebabkan Musyirdul Am yang lemah, Pas kini diresapi oleh parasit anti Islam dan liberal yang boleh memusnahkan Pas dari dalam.
Benar kata Hasan Ali, untuk selamatkan Pas. Nik Aziz harus digantikan. Nik Aziz tak relevan lagi, balik jaga cucu, buat kebun lagi bagus.
McTheory:
Tun Dr Mahathir pun dah bersara, Nik Aziz bila lagi nak angkat bungkuih?
Jumaat, 5 Oktober 2012
PANASS!! Nik Aziz Lancar Kondom Halal Pas!! @HDaily09
![]() |
| Aikk dah jadi Tokey Kondom ka? |
Ada orang kata ini kurang ajar, kerana menghina Ulamak. Pasti ada yang akan maki Mc nanti. Tapi kenapa gambar Nik Aziz dijadikan begini rupa? Tepuk dada tanya selera. Siapa yang mulakan dulu, dan siapa yang membalasnya.
Bak kata orang, pulang paku buah keras la. Kalau orang berbudi kita berbahasa, kalau orang memberi kita merasa.
Nak tau apa cerita, meh baca kat sahabat Mc Medan tempur.
McTheory:
Bila kita kutuk pemimpin dia, tahu pulak dia rasa panass!!
Jumaat, 21 September 2012
GEMPAR!! Nik Aziz Hilang Teloq Bila Berdepan Dengan DAP???
Ramai yang masih tersenyum sinis membaca kenyataan Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat yang kelihatan seperti menyokong penuh bantahan besar-besaran oleh umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia terhadap filem Innocence of Muslims. Dari satu sudut, mereka bersetuju dengan seruan Mursyidul Am PAS itu yang dalam satu kenyataannya meminta umat Islam tanpa mengira latar belakang parti politik tampil menyuarakan sokongan dalam bantahan tersebut. Bagaimanapun apabila Nik Aziz enggan memberi sebarang ulasan berhubung komen negatif dari Pengerusi DAP Perak berkaitan isu ini sebagaimana dilaporkan oleh Sinar Harian 20 September 2012, seruan tersebut mula dipandang sinis oleh khalayak ramai. Pada pandangan ramai, Nik Aziz seperti terlalu takut untuk mengkritik apatah lagi mengecam kenyataan Ngeh Koo Ham yang juga adalah Ahli Parlimen DAP bagi kawasan Beruas, Perak. Ngeh Koo Ham dalam satu mesej twitternya mempersoalkan keperluan untuk umat Islam mengadakan bantahan terhadap filem Innocence of Muslim dan di masa yang sama seperti memperlekehkan bantahan tersebut yang dianggapnya sebagai merugikan masa dan tenaga. Tidak sukar untuk kita bayangkan sekiranya mesej serupa ditweet oleh mana-mana pemimpin BN yang non muslim, Nik Aziz pastinya sepantas kilat mengecam pemimpin tersebut. Dan semestinya, Nik Aziz akan menyelitkan sama kecamannya terhadap UMNO, itu sudah tentu. Tapi bukan satu rahsia pun, sudah menjadi tabie Nik Aziz sejak dulu-dulu lagi sentiasa berlembut dengan rakan sekutu yang bukan seagama dan hanya berani membuka mulut bila terlalu kemaruk untuk menyinggung perasaan saudara seagama dengannya sahaja. Tengok sajalah reaksi Nik Aziz bila bekas Timbalan Presiden PAS mengkritik DAP dan mengusulkan saranan supaya PAS keluar dari PR, terus Nik Aziz bingkas bangun menghalau saudara seIslamnya itu keluar dari parti. Apa sahaja kenyataan negatif yang keluar dari mulut pemimpin DAP sama ada berkaitan Islam, selalunya Nik Aziz cuba bermain playsafe semata-mata untuk menjaga hati sekutunya itu. Namun disebalik ketakutan dan keengganan Nik Aziz mengkritik kelancangan Pengerusi DAP Perak itu, beberapa orang pemimpin PAS yang lain seperti MB Kedah, Azizan Abdul Razak dan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub telah mengambil langkah sebaliknya. Kedua-dua mereka nampaknya masih mempunyai sedikit sisa-sisa keberanian untuk menyanggah sikap tidak cermat pemimpin DAP itu. Sekurang-kurangnya masih adalah juga segelintir pemimpin PAS yang sedar diri dan taklah jumud sangat macam Mursyidul Am mereka sekarang ini. Kepada kedua-duanya kita ucapkan tahniah manakala untuk Nik Aziz pula, cukuplah untuk kita ucapkan takziah di atas kebaculannya untuk membantah kebiadapan yang ditunjukkan oleh DAP.
PANASS!! Nik Aziz Punca Api Misteri Serang Penduduk Kelantan!!
Meskipun sudah menggunakan khidmat 70 orang bomoh dan ribuan ringgit dihabiskan untuk membayar upah mereka, api misteri tetap mengganggu keluarga Zainab Sulaiman di Kampung Penambang Bunga Emas di sini.
Lebih mengejutkan, tidak sampai seminggu api misteri itu mengganggu keluarga itu baru-baru ini, semalam gangguan itu datang lagi ketika Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengunjungi rumah berkenaan bersama isterinya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak.
Menteri Besar Kelantan itu mengunjungi rumah tersebut dengan tujuan untuk mengadakan solat hajat dan membaca ayat-ayat suci al-Quran bagi memohon Allah supaya menjauhkan keluarga itu daripada api misteri itu.
Malangnya kata Zainab, 75, api berkenaan muncul di dalam sebuah bilik di bahagian belakang rumah ketika Nik Abdul Aziz sedang mengadakan solat hajat di ruang tamu rumah mereka.
Bagaimanapun dalam kejadian kali ini, api tersebut tidak membakar sebarang benda atau peralatan di rumah itu sebaliknya hilang begitu sahaja.
Zainab tetap gembira menerima kunjungan Menteri Besar yang sudi membantu menyelesaikan masalahnya sekeluarga.
"Sudah 70 orang bomoh saya guna untuk hapuskan gangguan ini, duit pula sudah habis ribuan ringgit kami sudah hilang punca untuk menyelesaikannya," ceritanya ketika dihubungi di sini semalam.
Episod serangan api misteri membabitkan sebuah keluarga tersebut bagaikan tiada penghujungnya selepas kali pertama berlaku tiga tahun lalu.
Sepanjang tempoh tersebut, Zainab yang tinggal bersama menantunya, Rafeah Zakaria, 40, dan tiga cucunya, Wan Mohd. Faiz Wan Hanafi, 15, Wan Norfatihah, 14, dan Wan Nurfatini, 12, terus dihantui keresahan kerana serangan tersebut tidak pernah berhenti.
Sepanjang Aidilfitri lalu, keluarga tersebut terpaksa bersengkang mata apabila api misteri berkenaan kembali mengganas dengan serangan antara empat hingga enam kali sehari membakar pelbagai peralatan rumah termasuk pakaian.
Sumber: Kosmo
Khamis, 23 Ogos 2012
TUDIAA!! Air Nescafe O Segera Seluruh Kelantan Atas Usaha dan Bakti Nik Aziz!!
Hanya di Kelantan!!
Hebat kepimpinan Nik Aziz dan pembesar Pas Kelantan. Apabila air 'Nescafe O' disalurkan kesetiap rumah di Kelantan melalui paip air. Tak pernah Mc dengar negeri atau negara lain mampu melaksanakan perbuatan atau binaan terbesar begini.
Memang patutla Kelantan menjadi negeri contoh di Malaysia untuk puak Pakatan Haram banggakan, kerana percapaian ini terlalu besar dan terlalu hebat untuk dibandingkan dengan negeri-negeri dibawah pemerintahan kerajaan BN.
Kerajaan BN dinegeri lain hanya mampu salurkan air paip 'kosong' yang dirawat untuk kegunaan harian rakyat. Namun Nik Aziz dan pembesar Pas Kelantan mengambil inisiatif dengan menyalurkan air minuman ke paip rumah rakyat Kelantan masing-masing. Jikalau dulu, mereka salurkan 'teh o' kini tahap air sudah di'upgradekan' dengan 'Nescafe O'.. hebat-hebat..
Mungkin selepas ini, akan ada 'ais kacang coklat' sekali dalam paip tersebut, jika anda terus mengundi Pas. he he..
P/s: Hanya di Negeri Pas Sahaja!!
McTheory:
Di Kedah, cuma Baling yang bertuahh.. ada Teh Susu percuma untuk rakyat sana..
Khamis, 16 Ogos 2012
PANASS!! Beza Solat diantara Nik Aziz dan Tun Dr Mahathir!!
Perbezaan diantara dua pemimpin. Nik Aziz bersolat dikelilingi oleh wartawan dan pengikutnya, malah mereka disekeliling Nik Aziz tidak bersolat. Mereka hanya memerhatikan Nik Aziz bersolat. Mampukah anda khusyuk jika bersolat dalam keadaan demikian? Berbeza dengan Tun Dr Mahathir, tiada siapa yang peduli beliau bersolat, malah yang tukang ambil gambar ni pun, mengambil gambar secara curi-curi. Beliau dikelilingi oleh jemaah yang lain, turut solat bersamanya.. inilah gambar pemimpin Islam yang sebenar.
Soo.. dalam keadaan mana yang lebih kelihatan pura-pura?
McTheory:
Beza diantara penjual Islam dan pejuang Islam..
Sabtu, 11 Ogos 2012
PANASS!! Nabi Palsu Di Tangkap, di Malaysia??
Pihak berkuasa Russia membongkar satu kumpulan ajaran sesat berhenti berhubung dengan dunia luar selepas hidup di ruang bawah tanah sejak 10 tahun lalu.
Pendakwa berkata, 27 daripadanya ialah kanak-kanak yang hidup dalam bilik tanpa alat pemanas dan bergelap. Mereka sudah dibebaskan dan ibu bapa mereka akan didakwa atas tuduhan mendera kanak-kanak.
Pegawai kesihatan mendedahkan, ada kanak-kanak itu berusia satu hingga 17 tahun, tidak pernah melihat matahari.
Mereka dihantar ke hospital untuk rawatan sebelum tinggal di rumah anak yatim buat sementara waktu, kata seorang doktor, Tatyana Moroz.
Pengasas kumpulan berkenaan, Faizrakhman Satarov, 83, yang mengisytiharkan dirinya nabi didakwa mengabaikan tanggungjawab sebagai pemimpin ‘Muammin’, kata timbalan pendakwa raya Kazan, Irina Petrova.
Perkataan Arab ‘muammin’ bermaksud ‘pengikut.’ Namun, pihak berkuasa, tidak menahan pengikut Satarov.
Kat Malaysia pun ada Nabi palsu juga. Tapi tak pernah kena tangkap pun. Siap ada ramai pengikut dan boleh keluarkan fatwa sesuka hati dia saja.
Tengok la kenyataan yang dia keluarkan.. umpama tu syurga tu mak bapa dia yang punya. Bila agaknya orang tua ni nak kena tangkap?
McTheory:
Pihak berkuasa kat Malaysia ni baikk sangat kot..
Ahad, 5 Ogos 2012
HANGAT!! Puluhan Ribu Serbu Majlis Berbuka Puasa dan Derma Nik Aziz!!
Tidak cukup dengan mengutip derma dari seluruh pelusuk Kelantan, Menteri Besar Kelantan, Dato Nik Aziz Nik Mat dan EXCO Kerajaan Negeri, Husam Musa bermusafir hingga ke Shah Alam untuk mengutip derma. Majlis Pelancaran Tabung Amanah Lebuhraya Rakyat KBKK ini diadakan bersempena jemputan syarikat Karangkraf menjemput anak-anak Kelantan di Lembah Kelang untuk sama-sama berbuka puasa dan bertarawikh bersama Mursyidul Am PAS ini. Batu asas Lebuhraya Rakyat sudah ditegakkan. Kutip derma satu Malaysia sudah dijalankan. Cuma Rakyat Kelantan masih menantikan bila projek berkenaan akan bermula.
Dilihat dari kehadiran anak-anak luar Kelantan yang hadir ke dalam majlis berbuka puasa bersama Menteri Besar Kelantan ini amat mengecewakan. Setidak-tidaknya, kalau dapat jumlah kedatangan pada malam ini bersamaan separuh stadium sepertimana ketika perlawanan bola sepak Kelantan bermain di Stadium Bukit Jalil atau Stadium Shah Alam sudah memadai. Tidaklah malu sangat air muka Tok Guru PAS. Mungkin bagi anak-anak Kelantan di dalam Lembah Kelang menganggap kehadiran Nik Aziz malam ini di Shah Alam tidak penting kot?
Thanks Cucu Tok Selampit
Khamis, 2 Ogos 2012
GEMPAR!! Gambar Nik Aziz Buat Isyarat Jari lambang Salib!!
Aiyoo.. sudah kantoi la sekarang. Gambar ni diambil semasa Nik Aziz turun menyokong tuntutan royalti minyak Kelantan terhadap kerajaan pusat tempohari. Kononnya lambang jari 'finger cross' tu lambang 'R' untuk royalti.
Umum satu dunia tahu bahawa 'finger cross' adalah lambang salib trinity. Apakah ini bermakna, puak Pas Kelantan dan Nik Aziz menyokong 'Trinity'?
Takkanlah mereka ni bengap sangat sampai tak tahu, finger cross tu lambang salib? Atau mereka-mereka ini memang menyokong perkara tersebut?
Atau sejak kawan dengan Dap ni, Pas telah ditarbiah supaya menerima perkara sebegini?
McTheory:
Syiah ada, trinity pun ada.. liberal lagi la banyak, sesat-sesat!
Umum satu dunia tahu bahawa 'finger cross' adalah lambang salib trinity. Apakah ini bermakna, puak Pas Kelantan dan Nik Aziz menyokong 'Trinity'?
Takkanlah mereka ni bengap sangat sampai tak tahu, finger cross tu lambang salib? Atau mereka-mereka ini memang menyokong perkara tersebut?
Atau sejak kawan dengan Dap ni, Pas telah ditarbiah supaya menerima perkara sebegini?
McTheory:
Syiah ada, trinity pun ada.. liberal lagi la banyak, sesat-sesat!
Khamis, 26 Julai 2012
TUDIAA AIHH!! 20 Fatwa Gemilang Nik Aziz Untuk Penganut Pas Buat Rujukan!!
Blog CTS menyenaraikan 20 fatwa paling popular Nik Aziz. Mc rasa, ada diantara orang Pas yang tak ingat pasal bab ni. Kalau tak ingat, copy paste, masuk koleksi fatwa Nik Aziz.. he he..
1. "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam."
- Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.
2. "Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu."
- Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.
3. "Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir."
- Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.
4. "Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid."
- Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.
5. "Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya."
- Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999.
6. "Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima."
- Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.
7. "Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram."
- Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.
8. "Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri."
- Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 29 April 1999.
9. "Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembangunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila diminum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?"
- Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 26 November 1994.
10. "PAS sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..."
- Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999.
11. "Menentang PAS adalah Haram mengikut Al-Quran."
- Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994.
12. "Saya di antara orang yang cukup kuat menyokong untuk meluaskan keahlian PAS ini kepada orang bukan Islam."
- Nik Aziz Nik Mat, Kota Bharu, 1999.
13. "Para imam hendaklah faham bahawa ada anak-anak mukim tidak mahu menuruti imam yang beraqidah politik suku, agama suku, kerana boleh menyebabkan sembahyang tidak sah."
- Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 4 Mac 2001.
14. "Negara kita Malaysia belum merdeka lagi kerana perlembagaannya masih perlembagaan kafir."
- Khutbah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Pengadang Baru, Marang, Oktober 2001.
15. "Memang ada lagi persefahaman antara PAS dengan Malaikat, sebab itulah APU (Angkatan Perpaduan Ummah) memerintah lagi (di Kelantan)."
–Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 27 April 1995.
16. "Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidak adil membiarkan wanita, kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga."
– Nik Aziz Nik Mat, 16 Mac 1999 di Kota Baharu.
17. "Ya Allah, aku mohon butakan mata pengundi-pengundi hantu supaya mereka tidak nampak simbol lain kecuali simbol PAS."
– Doa Nik Aziz Nik Mat pada 27 Mei 1999 diaminkan oleh kira-kira 3,000 penyokong beliau dalam satu majlis makan malam dan ceramah PAS di Sungai Bakut, Nibong Tebal.
18. "Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO. Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka bumi tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar."
– Nik Aziz Nik Mat, Rakaman Audio di Sidang Akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos 2009.
19. "Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasarkan perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka (undi PAS masuk Syurga)."
– Ucapan Nik Aziz Nik Mat kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada 17 Ogos 2009 selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.
20. "Nabi Muhamad, masa kecilnya seperti Mat atau Mamat, setaraf budak-budak biasa di kampung-kampung, hanya mulia ketika berumur 40 tahun iaitu setelah menerima kerasulan, malah sambut Maulidur Rasul adalah kerja orang tak sudah."
- jawapan Nik Aziz semasa menyokong Kerajaan Pulau Pinang mengharamkan perarakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul.
Jika kita teliti kembali fatwa yang Nik Aziz keluarkan ni.. dari situ kita sudah tahu, siapa sebenarnya Nik Aziz. Ulamak? Umarak? Atau UlarMak?
McTheory:
Rasanya yang last sekali tu laa.. heh..
PANASS!! Apakah Petanda Allah SWT Marah Dengan Nik Aziz??
![]() |
| gambar kubah masjid tercabut.. |
Biasanya apabila sesuatu binaan atau bangunan tiba-tiba runtuh di negeri yang diperintah oleh BN, para penyokong pembangkang khususnya dari PAS akan segera 'memfatwakan' kejadian tersebut sebagai bala ataupun tanda kemarahan Allah s.w.t terhadap pemimpin BN. Namun bilamana sebuah masjid di Kelantan tiba-tiba jatuh kubahnya dek kerana hentaman angin ribut, apa pula petandanya yang mahu ditunjukkan oleh Allah s.w.t terhadap Nik Aziz Nik Mat yang sudah 22 tahun bergayut pada kerusi empuk MB Kelantan?
Takkanlah pula disebabkan kubah masjid yang jatuh itu kebetulan berlaku di Kelantan, maka secara automatik penyokong PAS sekadar memandang ringan peristiwa tersebut dan menganggapnya sebagai takdir semata-mata? Sedangkan sewaktu sebuah masjid di Port Dickson pada pertengahan tahun lepas pernah mengalami peristiwa sama telah sengaja dipropagandakan sebagai oleh PAS dan PKR kononnya itulah petanda kemurkaan Allah s.w.t terhadap DS Najib.
Manakala keruntuhan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, Terengganu pula pernah dipropagandakan oleh penyokong PAS sebagai petanda murka Allah s.w.t terhadap MB Terengganu selain dikaitkan sebagai berleluasanya rasuah dalam meluluskan sesuatu projek. Kenapa tidak kali ini, peristiwa kubah berpusing-pusing sebelum jatuh di perkarangan Masjid Mukim Padang Pauh, Pasir Mas itu dikaitkan dengan petanda kemurkaan Allah s.w.t terhadap sikap Nik Aziz dan pemimpin PAS yang gemar memutar belitkan ayat Al-Quran dan Hadith untuk kepentingan politik parti.
Barangkali juga, kubah uzur yang jatuh itu membawa maksud, disebabkan Nik Aziz gagal menjalankan tanggungjawab menaiktaraf kualiti hidup rakyatnya, maka akibatnya pada PRU 13 nanti dirinya akan jatuh terhumban dari puncak kuasa. Hakikatnya, bala atau petanda, ujian atau sebaliknya hanya Allah s.w.t sahaja yang mengetahui kebenarannya. Kita boleh membuat pelbagai tafsiran, betul atau tidak bukan kita yang mampu tentukan.
Tatkala tokong berhala besar di sekitar Tumpat, Kelantan boleh menerima puluhan ribu ringgit duit sumbangan saban tahun dari kerajaan negeri dan pemimpin PAS Kelantan, peliknya sumbangan yang sama untuk Rumah Allah s.w.t bagi tujuan selenggara dan baik pulih gagal pula dilaksanakan. Yang pastinya, masjid yang telah dibina pada 1977 itu hanyalah secebis bukti betapa gagalnya Nik Aziz dan PAS dalam menjaga rumah Allah s.w.t.
Cucu Tok Selampit
Rabu, 25 Julai 2012
PANASS!! Ustaz Kazim Buktikan Bahawa Nik Aziz SESAT!! #Pasrabut
Kalau mengikut ilmu, Mc rasa Ustaz Kazim lebih bijak dan tinggi ilmunya berbanding dengan Pok Nik Aziz ni. Namun Ustaz Kazim tak pernah menyuruh orang memanggilnya Tok Guru. Berbanding dengan Pok Nik Aziz, yang mengelarkan dirinya sendiri sebagai Tok Guru, sedangkan pada hakikatnya, Pok Nik Aziz hanyalah seorang guru agama yang mengajar di Sekolah Rendah.
Dah nama pun guru sekolah rendah, dia punya ilmu punya macam orang sekolah rendah la. Hinggakan Nabi Muhammad pun Pok Nik Aziz hina.
Ada orang pernah tegur Mc, jangan kutuk Pok Nik Aziz, dia tu Ulamak Besar. Benarkah dia Ulama Besar, bagi Mc dia hanya Ulamak Pas!! Ulamak Politik! Malah Pok Nik Aziz telah menghina Nabi Muhammad SAW. Siapa Pok Nik Aziz ni? Tinggi mana darjatnya? Hinggakan Nabi Muhammad pun dia boleh hina? Apakah kita nak biar bila ada orang hina Nabi kita?
Menghina Nabi umpama menghina Islam! Kita marah apabila ada orang hina Nabi kita, Rasul kita, tapi bila orang tua kutuk ni hina Nabi Muhammad, siap ada video lagi. Boleh pula kita biar?
Sampai mati pun Mc takkan maafkan orang tua ni, sebab dia kutuk Nabi Muhammad!!
P/s: Orang Pas sanggup biarkan Rasulullah diHINA, kerana mereka agungkan orang tua gila ni!!
McTheory:
Rosak dan semakin sesat perjuangan Pas!!
Langgan:
Catatan (Atom)








+copy.png)










