Sponsor

Memaparkan catatan dengan label hadi awang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hadi awang. Papar semua catatan

Selasa, 3 Jun 2014

HOT!! Gambar Terbaru Hadi Awang di Hospital Istanbul!



Ini gambar terbaru Hadi Awang di unit ICU Medipol Universiteisi Hastanesi, Istanbul. Dikatakan beliau semakin pulih dari sakit dan sesak nafas yang beliau hadapi tempohari.

Mc doakan Hadi Awang secepat sembuh dan kembali sihat seperti sediakala.


Isnin, 24 Februari 2014

HOT! Kes PIL KUDA, Hadi Awang diarah bayar RM2 juta!


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) diarahkan membayar saman RM2,000,000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu dalam penghakiman ingkar yang diperolehi oleh Mohd Shamsul bin Mat Amin, calon PKR DUN Bukit Besi, Terengganu.

Selain itu, Abdul Hadi juga diarahkan membayar 5% faedah dari writ difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan sebanyak RM1,500.

Ini berikutan kegagalan Abdul Hadi memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Shamsul sebelum ini.

Bagaimanapun, Peguam PAS, Asmuni Awi ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata, pihaknya akan memfailkan permohonan untuk mengenepikan perintah itu di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu esok.

"Kita menerima perintah itu hari ini dan kita akan failkan permohonan untuk mengenepikan perintah itu esok juga.

"Saya yakin perintah ini boleh diketepikan berdasarkan etika pengurusan kes ini," kata Asmuni kepada The Malaysian Insider.

Abdul Hadi disaman oleh Shamsul ekoran dakwaan Abdul Hadi bahawa ada calon PKR yang menjual pil kuda menjelang pilihan raya umum ke 13 lalu.

Ekoran dakwaan itu, PAS telah meletakkan calonnya di tiga kerudi DUN di Terengganu yang sepatutnya ditandingi oleh PKR.

Ia menghasilkan pertandingan tiga penjuru antara calon BN, PAS dan PKR ditiga DUN Di Terengganu termasuk Bukit Besi yang ditandingi Shamsul.

Sebelum ini, menjelang pilihan raya kecil Kuala Besut, Shamsul meminta Abdul Hadi menarik balik dan memohon maaf berikutan kenyataannya menjelang pilihan raya umum itu kerana orang ramai menganggap beliau yang didakwa Abdul Hadi itu.

“Saya minta (Datuk Seri) Abdul Hadi Awang, dedahkan siapa yang dia fitnah sebagai pengedar pil kuda dan sokong komunis ketika berceramah di Tebakang, Alor Limbat, ketika kempen Pilihan Raya Umum (PRU) lalu,” kata Shamsul dalam sidang media itu.

Ekoran kegagalan Abdul Hadi berbuat demikian, beliau telah memfailkan saman itu.

Permohonan saman Shamsul diuruskan oleh Tetuan Vasudevan & Co yang berpangkalan di Kajang, Selangor.

McTheory:
PKR pun saman Hadi Awang 2 juta. Kita UMNO siap maafkan Tian Chua.. he he he..

Selasa, 23 April 2013

PANASS AIH!! Video Hadi Awang Bongkar Calon PKR Pengedar Dadah? #TolakPR


Kerapuhan Pakatan terbukti apabila Hadi Awang mengeluarkan video sebegini.

Lebih teruk lagi Hadi menuduh ada calon PKR yang menjadi pengedar pil kuda dan tidak boleh dipercayai, kononnya dibimbangi akan menyebabkan peristiwa lompat di Perak akan berulang. Sama sendiri tiada keyakinan dan saling mencurigai, macam mana la gamaknya nak memerintah Kerajaan Pusat?

Peliknya Hadi tak cerita kenapa baru sekarang PAS mempertikaikan kredibiliti calon PKR di 5 – 7 kawasan, padahal sebelum penamaan calon ada waktu beberapa hari untuk merundingkan pertukaran calon PKR yang tak disenangi PAS.

Mudah betul PAS menyalahkan rakan sepakatan untuk menyembunyikan sifat tamak diri sendiri. Macam ni punya gaya, agak-agak kalau diberi mandat memerintah negara, mahu huru-hara dibuatnya.

Tetapi kenapa Hadi tetap benarkan Mat Sabu bertanding, kerana terbukti Mat Sabu pernah sentot bini orang? ishh.. confius ni..



Transkrip Ucapan Hadi Awang

PAS bertindak meletakkan calon di beberapa tempat kerana mahu menyelamatkan Pakatan Rakyat. Kita tidak mahu kerajaan kita jatuh seperti di Perak. Memerintah sekejap.

PAS mempunyai jentera yang paling ramai di seluruh negara. PAS tidak menentang calon kawan-kawan dalam pilihan raya tetapi kalau ada calon yang kita khuatir, calon yang tangkap muat, yang boleh menyebabkan pelbagai kemungkinan boleh berlaku, maka PAS mesti bertindak.

Ini berlaku pertindihan. Di Johor berlaku pertindihan kerana sebabnya kita tunggu rakan kita mari tak mari masuk calon. Sikit lagi tak mari, kita standby, takut dia tak mari, UMNO menang tak bertanding. Hak jual calon ini berlaku. Bila PAS masuk baru dia masuk, itu ceritanya.

Ada calon-calon yang kita khuatir, tak perlu kita sebut, tukang edar pil kuda. Nak jadi calon macam mana? Orang PAS tak boleh kerja calon macam ini. Terang-terang saya sebut. Orang Keadilan pun tak terima.

Mahu jadi calon, dengar cerita jual pil kuda. Ada calon yang menjulang gambar Stalin, macam mana orang PAS nak sokong. Orang PAS kerjasama dengan PKR dan DAP – tak kerjasama dengan parti Stalin, parti Lenin, Karl Marx. Gambar Karl Marx duduk dalam markas, nak suruh orang PAS kerja, macam mana nak suruh orang PAS kerja?

Komunis di haram di Malaysia. Itu yang jadi bertindih itu. PAS nak selamatkan PR – tak nak jadi macam Perak. PAS tetap bersama PR.

PAS bertindak untuk memelihara keteguhan bukan sahaja masa pilihan raya tetapi setelah kita diberi kemenangan oleh Allah SWT supaya syaitan-syaitan tak boleh masuk dalam PR. Itu penjelasan saya.

Ahad, 24 Februari 2013

PANASS!! Lepas Nik Aziz Kata 'Haiwan' Hadi Awang Pula Kata Penerima BR1M BODOH!!

Apa nak jadi dengan Pas ni? Nik Aziz kata penerima BR1M sebagai haiwan, Hadi Awang pula kata penerima BR1M sebenarnya bodoh!

Wow! sesedap hati korang kata kami rakyat Malaysia ni bodoh. Tahukah Pas, rakyat Malaysia yang menerima BR1M ni gaji RM3000 kebawah. Maknanya bukan golongan yang kaya-raya.

Walaupun kehidupan tak kaya macam Hadi, namun rakyat Malaysia penerima BR1M ni tak bodoh dan ada maruah diri, sampai orang boleh panggil binatang!
Ada ka patut, Hadi Awang menyifatkan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai 'bodoh'.
Hadi Awang berkata bantuan tunai oleh kerajaan itu tidak akan mendatangkan keuntungan kepada rakyat namun hanya sebagai alat untuk BN memancing undi menjelang pilihan raya.
"Bantuan tunai itu adalah idea yang bodoh dan rakyat yang menerimanya sama bodoh," kata beliau pada majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) di Jalan Putra, malam semalam.
Kenyataan Hadi itu disifatkan sebagai sokongan terhadap kata-kata Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat baru-baru ini yang menganggap penerima BR1M sebagai 'lembu dan ayam'.
Pasal politik, habis semua rakyat Malaysia kena maki. Pemimpin Pas memang tertekan hingga sanggup gelarkan rakyat Malaysia sebagai haiwan dan memaki bodoh. Pemimpin Islam apa macam ni? Pernahkah Rasulullah SAW gelarkan musuh atau rakannya dengan panggilan yang tak elok dan menyakitkan hati?
Pimpinan Ulamak konon, kalau benar Ulamak, mereka ini berwajah baik dan mengamalkan gaya hidup Islam. Tapi puak Pas ni, tak macam tu, hidup mereka hanya penuh dengki dan iris hati. Penuh curiga dan menyakitkan hati sesiapa saja!

Islam apa macam tu? Taktaulah kalau syiah memang hidup untuk menyakitkan hati orang saja kerjanya!

McTheory:
Yang haiwan dan bodoh tu, cuma ahli Pas saja!!

Jumaat, 15 Februari 2013

PANASS!! Kisah Mereng, Ahli Pas Suka Minum Air Kaki Haji Hadi!!


 Seorang pemimpin muda PAS, Ustaz Mohd Nor Hamzah yang juga Ketua Pemuda PAS Terengganu ada cerita tentang kegilaan penyokong PAS yang suka minum air kolah Masjid Rusila di DUN Rhu Rendang, Marang.

Sejak lebih 30 tahun lalu, air kolah Masjid Rusila ‘milik’ Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang atau Ayah Chik dikatakan ‘ada berkat’ yang mampu menjadi penawar.

Sebab itulah, pada setiap kuliah pagi Jumaat di Masjid Rusila, penyokong PAS yang berada jauh membawa botol dan bekas untuk diisi air dari kolah tersebut dan dibawa pulang ke rumah.

Seorang penyokong PAS berusia 73 tahun, yang mahu dikenali sebagai Haji Majid dari Kampung Batangan, Marang menceritakan, perkara itu benar-benar berlaku, bukan cerita rekaan.

Kata Haji Majid, Ayah Chik seorang ustaz atau tok guru yang disegani dan dihormati. Maklumlah, belajar agama tinggi dari Mesir dan banyak ilmu dikongsi dengan masyarakat.

Bekas penyokong tegar Ahli Parlimen Marang itu memberitahu, dia sanggup kayuh basikal setiap minggu untuk bertemu dan menatap muka Haji Hadi. Adakalanya di tidur di Masjid Rusila dan Qiamullai di masjid itu.

Dipendekkan cerita, satu malam dia ke Masjid Rusila. Perjalanan dari Kampung Batangan dengan menaiki basikal. Peristiwa yang berlaku sekitar pertengahan 80-an.

Tiba di Masjid itu, Haji Majid menuju ke kolah untuk mengambil air sembahyang. Sekitar pukul 3 pagi.

Tiada perkataan lagi yang boleh diberitahu selain terkejut. Atau ‘terkejut beruk’ melihat Haji Hadi sedang mandi di dalam kolah berkenaan. Cukup lama Haji Majid tunggu berhampiran kolah itu, dia adalah Ayah Chik, bukan orang lain.

Bagi orang PAS, ini cerita jenaka, tapi bagi Haji Majid, itu kali terakhir dia menjejak kaki di Masjid Rusila.

Kolah yang digunakan penyokong PAS untuk ambil air sembahyang, digunakan sebagai air solat hajat, untuk minum. Tetapi, digunakan oleh Tok Guru untuk berendam!

Sudah berapa ramai yang tertipu, minum air kaki Haji Hadi? Ustaz Mohd Nor dan Ustaz Ridhwan pasti sudah minum ‘air keramat’ dari kolah atau kolam berkenaan. - TerengganuToday.com

McTheory:
Gila ka apa ni? Patut orang Pas semua mereng!

Jumaat, 25 Januari 2013

PANASS!! Setarafkah Amanat Hadi dengan amanat Nabi?


Jika benar Hadi Awang ni ulamak pewaris nabi, sudah tentu dia takkan buat buat amanat yang merosakan ukhwah umat Islam di Malaysia. Sepatutnya Hadi mencari jalan untuk menyatukan umat Islam, bukannya dengan membuat amanat jahat bermotifkan politik.

Akibat amanat jahat inilah yang terjadinya peristiwa Memali di Baling. Paling menyedihkan bila berlaku pemberontakan dan mereka yang menentang kerajaan ini dianggap mati syahid. Mayat mereka tidak dimandikan malah ditanam begitu saja.

Siapa agaknya nak menanggung dosa mereka ini? Hadi nak tanggung ke? Atau Nik Aziz sanggup untuk menanggungnya? Fikir la wahai saudara ku sesama Islam.

McTheory:
Ulamak akhir zaman.. salahguna agama untuk kepentingan diri.

Jumaat, 28 Disember 2012

PANASS!! Hadi Awang Hilang Telur Sebab Tu Dia Terus Diam!!



SIAPA yang tidak kenal Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Beliau seorang pemimpin Pas yang begitu tegas dan lantang mengkritik UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Di bawah kepimpinannya juga, haluan perjuangan politik Pas dilihat berubah apabila meninggalkan usaha memperjuangkan negara Islam kepada negara berkebajikan.

Malahan dalam apa juga situasi, biar pun dikecam oleh pelbagai pihak berikutan tindakan Pas bekerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang memungkinkan Pas dilihat hanya pak turut, Abdul Hadi akan ke depan - bermati-matian mempertahankan apa yang dipanggil tahaluf siyasi.

Orang Melayu dan umat Islam juga melihat betapa lantang dan beraninya Ahli Parlimen Marang itu muncul setiap masa untuk memperkatakan sesuatu isu khususnya demi kepentingan politik pakatan pembangkang.

Tetapi sejak dua minggu lalu, Abdul Hadi bagaikan seekor singa yang kehilangan taring dan ibarat seekor harimau yang sudah tiada ngaumannya.

Segala-galanya berpunca apabila tercetusnya kembali isu Amanat Haji Hadi yang dilafazkan oleh beliau 31 tahun lalu. Bermula dengan pendedahan melalui buku Kafirkah Aku? hasil tulisan C.N Al-Afghani, hinggalah kepada satu demi satu cerita mengenai kesan amanat yang dianggap 'berpuaka' tersebut.

Pendedahan demi pendedahan yang dilakukan oleh bekas pengikut Pas mengenai akibat ketaksuban mereka mempercayai amanat itu ternyata bukan sahaja meresahkan Abdul Hadi tetapi juga Pas.

Justeru bagi mengelakkan ia terus diperbincangkan isu amanat itu dianggap isu lama, lapuk dan basi oleh kalangan pemimpin Pas.

Namun bukan itu yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam dan orang Melayu, apa yang mereka ingin tahu apa pandangan Abdul Hadi sendiri kerana segala kekalutan itu berpunca daripada kelantangan beliau 31 tahun lalu.

Tetapi ternyata, keberanian Abdul Hadi bertempat, sehingga ke hari ini, Presiden Pas itu diam seribu bahasa. Abdul Hadi dilihat seolah-olah tersepit kerana mungkin beliau tidak menyangka begitu dahsyat akibat yang berlaku berikutan amanat tersebut.

Oleh itu mendiamkan diri adalah cara terbaik kerana sememangnya sudah menjadi amalan politik pemimpin-pemimpin Pas apabila mereka bersalah, mereka akan mendiamkan diri.

Diam dilihat jalan selamat biar pun hakikatnya perbuatan berkenaan menimbulkan lebih banyak tafsiran. Ia memandangkan isu amanat itu dilihat memberikan kesan yang cukup serius kepada umat Islam sejak 31 tahun lalu.

Abdul Hadi tidak boleh mengamalkan sikap lepas tangan dengan menganggap isu lapuk sedangkan apa yang berlaku berpunca daripada beliau sendiri.

Dan jelaslah amanat yang dikeluarkan itu membuktikan tindakan Pas selama ini yang mendabik dada kononnya mereka perjuang Islam hanyalah omong kosong semata-mata.

Ini memandangkan kalau benar Abdul Hadi dan Pas memperjuangkan Islam sudah pasti mereka akan tampil memohon maaf dan menarik balik amanat tersebut.

Abdul Hadi perlu bertanggungjawab dan bukannya bersembunyi di sebalik jubah politik Pas kerana tindakan itu hanya merugikan umat Islam.

Beliau perlu faham, mereka yang terpengaruh dengan amanat tersebut melakukannya demi kecintaan mereka kepada perjuangan parti dan pemimpin Pas tetapi tak kanlah apabila ia satu kesilapan pemimpin Pas khususnya Abdul Hadi mendiamkan diri.

Apakah ini caranya pemimpin-pemimpin Pas dan Abdul Hadi melayan dan membalas kesetiaan ahli-ahli parti itu? Tidak cukupkah selama ini pengikut-pengikut Pas diminta mematuhi apa sahaja arahan termasuk bersedia menjadi kuda tunggangan kepada PKR dan DAP?

Kenapa perlu mereka terus dibiarkan berada dalam dilema dan tertanya-tanya mengapa Abdul Hadi tidak tampil membuat penjelasan?

Kita bersimpati dengan pemimpin dan pengikut Pas yang bukan sahaja dilihat kini menjadi pak turut dalam pakatan pembangkang malahan dalam parti sendiri pun mereka hanya menjadi pengikut sahaja.

Jika mereka tidak mahu dianggap sedemikian maka bersuaralah membuat desakan kepada Abdul Hadi untuk menyatakan pendirian dan paling penting menarik balik amanatnya.

Bagaimanapun kita yakin sama ada Abdul Hadi mahupun pemimpin atau pengikut Pas mereka tidak akan berbuat demikian kerana ia akan membuktikan betapa selama ini Pas mengamalkan politik memecah-belahkan umat.

Tambahan pula Pas dan Abdul Hadi sendiri tidak ada jawapan jika disoal oleh orang Melayu dan umat Islam apakah Perlembagaan negara sudah tidak kafir lagi? Apakah kerjasama dengan DAP tidak haram lagi? Apakah menolak kerjasama dengan UMNO dibenarkan oleh Islam? Apakah pakatan pembangkang akan menghapuskan Perlembagaan yang dianggap oleh Abdul Hadi 31 tahun lalu sebagai Perlembagaan kafir?

Ternyata banyak soalan yang perlu dijawab oleh Abdul Hadi dan kepimpinan Pas, paling malang semua jawapan yang bakal mereka berikan boleh menyebabkan parti itu kehilangan sokongan politik.

Inilah yang menjadi punca utama kenapa Abdul Hadi mendiamkan diri, begitu juga ulama-ulama Pas yang merasakan isu amanat ini terlalu sukar untuk dikendalikan.

Ia memandangkan mereka tidak mempunyai hujah soal siapakah yang akan menanggung dosa pengikut Pas yang terpengaruh dengan amanat itu? Bagaimanakah ulama Pas hendak menerangkan kenapakah selama 31 tahun, tidak pernah seorang pun di antara mereka menyuarakan pandangan supaya Abdul Hadi menarik balik amanat tersebut? dan sudah tentukah ulama Pas juga tidak ada jawapan bagaimana hendak mengatur strategi untuk memastikan pengaruh politik Pas tidak terhakis jika amanat itu diakui salah dari sisi agama Islam.

Selama ini, Pas sering mendabik dada bahawa perpecahan orang Melayu berpunca daripada UMNO tetapi apa yang berlaku berikutan kelahiran amanat itu membuktikan bahawa Pas lah parti yang sebenarnya bertanggungjawab memecah-belahkan umat Islam.

Dalam politik UMNO, tidak pernah ada seorang pun pemimpin parti itu yang menzahirkan satu amanat yang bukan sahaja boleh mencetuskan perbalahan antara umat Islam tetapi juga dengan sewenang-wenangnya menjatuhkan hukum sesama Islam.

Tetapi semua itu dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Pas dan Amanat Haji Hadi adalah buktinya dan ia belum lagi mengambil kira kenyataan-kenyataan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang banyak mengelirukan umat Islam dan mewujudkan permusuhan antara mereka.

Apa pun, penulis percaya Abdul Hadi mempunyai keberanian bertempat, beliau boleh lantang berkata apa sahaja terhadap UMNO dan BN tetapi 'kecut perut' dalam memberi jawapan dalam isu amanat ini.

Apatah lagi, Abdul Hadi memahami perjuangan Pas sekarang bukanlah lagi menegakkan negara Islam atau melaksanakan hukum hudud tetapi berkongsi kekuatan bersama-sama PKR dan DAP untuk menumbangkan BN.

Oleh itu, Abdul Hadi sedar beliau perlu berhati-hati kerana PKR dan DAP amat bergantung kepada Pas sebagai kuda tunggangan untuk meraih sokongan orang Melayu.

Namun satu perkara yang perlu disedari oleh Abdul Hadi yang bertaraf tok guru bahawa Rasullullah SAW sememangnya menggalakkan kita diam dalam satu-satu perkara tetapi tidak bagi soal yang boleh membawa kehancuran umat seperti mana dalam isu amanat ini.

Khamis, 27 Disember 2012

GEMPAR!! Hadi Awang Sakit Tenat Sebab Tipu 'Amanat


Isu Amanat Hadi terus menghantui PAS walaupun berbagai usaha menepis dan mengalihkan pandangan dilakukan mereka. Isu ini mungkin tenggelam timbul mengikut musim pilihanraya, namun ia tidak bermakna yang ia telah tidak relevan lagi. Seperti yang didedahkan, amanat tersebut telah menyebabkan begitu banyak kesesatan dan perpecahan sehinggalah kepada kehilangan nyawa.

Berbagai cabaran dilakukan terhadap Hadi Awang untuk tampil menarik balik amanatnya tetapi sehingga kini beliau membisu seribu bahasa. Selain kenyataan Nik Aziz di Harakah yang cuba meyakinkan orang ramai bahawa Hadi Awang adalah orang yang berilmu dan tahu apa yang dilakukannya, hanya puak-puak pencacai bawahan sahaja yang meroyan di laman-laman sosial cuba membela amanat tersebut sebagai benar ataupun sebaliknya, basi.

Sedangkan Hadi Awang langsung tidak merasa terpanggil memberi komen terhadap pendedahan bekas penyokongnya yang menceraikan isteri, menghancurkan hati ibubapa sendiri atau mengecilkan hati jiran tetangga semata-mata percaya bahawa mereka semua kafir, berdasarkan amanatnya.

Hadi Awang juga nampaknya tega memalingkan muka dari anak-anak yatim Memali yang sehingga kini nampaknya ada yang masih percaya bahawa bapa mereka adalah syuhada kerana meninggal dunia dalam keadaan memerangi kerajaan kafir.

Sikap berdiam diri Hadi menunjukkan betapa kerasnya hati manusia yang menganggap diri sendiri Ulama ini. Mungkin beliau hanya ingin menangani isu amanat ini di akhirat, dan bukan di dunia. Bagi Hadi, jika ada yang terus-terusan keliru, atau terus-terusan percaya bahawa isteri yang dicerainya, atau ibunya yang telah meninggal dunia adalah kafir, maka itu adalah masalah mereka, bukan masalahnya.

Buat masa ini, Hadi hanya berminat untuk bercakap mengenai pilihanraya dan bukan agama.

Inilah persepsi ramai terhadap sikap membisu Hadi Awang.

Walaubagaimanapun, adalah tidak wajar bagi kita untuk menjadi se-angkuh dan se-takbur Hadi Awang dengan merasakan persepsi kita benar belaka. Kerana itu kita harus bersifat terbuka untuk menerima kemungkinan yang persepsi kita adalah salah.

Oleh itu kita wajar mengambil kira bisikan yang sayup-sayup kedengaran dari kedai-kedai kopi, yang mengatakan bahawa Hadi Awang sedang sakit. Khabarnya, beliau bukan sengaja ingin membisu tetapi sebenarnya tidak mampu berhadapan dengan media dalam keadaan sekarang.

Benar, hanya beberapa hari lalu, beliau kelihatan begitu sihat dan cukup kuat untuk memegang jawatan Perdana Menteri tetapi, entah kenapa hari ini beliau dikatakan tenat. Ada yang berkata beliau begitu tertekan dengan isu amanat ini kerana tidak tahu cara yang terbaik untuk menanganinya tanpa menjejaskan peluang Pakatan Rakyat untuk ke Putrajaya.


Jika beliau mempertahankan kepercayaan pengikutnya bahawa UMNO adalah kafir dan kematian penduduk Memali adalah syahid maka beliau pasti berhadapan dengan lebih banyak penceraian dan perpecahan di kalangan pengikutnya yang mana sudah pasti menimbulkan kegemparan dan membahayakan kedudukan PR.

Jika beliau menafikan yang beliau pernah menyebar kepercayaan bahawa orang UMNO itu kafir maka beliau perlu berhadapan dengan bekas penyokongnya yang telah mengkafirkan adik beradik, saudara-mara serta jiran tetangga mereka kerana percayakan sebaliknya. Beliau juga perlu memberitahu anak-anak yatim Memali bahawa bapa mereka sebenarnya telah mati katak, dan bukannya mati syahid. Ini tentu menimbulkan masalah yang lebih berat lagi kepada PAS dan juga PR.

Justeru, Hadi kini benar-benar tertekan kerana takut isu amanat ini akan menggagalkan cita-citanya untuk merasai kerusi empuk Putrajaya yang suatu masa dahulu ingin dilelongnya. Kini, hidup mati Hadi adalah untuk Putrajaya dan beliau tidak dapat membayangkan kehidupan tanpa sedikit pun peluang untuk ke sana.

Tidak pasti sama ada khabar angin ini benar tetapi yang pasti ia tidak wajar diketepikan. Perlu diingatkan bahawa adik Nik Aziz yang terkenal dengan doa K.O BN juga telah disahkan K.O iaitu tenat, hanya selang beberapa hari selepas doa kontroversi itu dilafazkan dengan gagah dan bersemangat sekali. Menurut sumber orang-orang kampungnya, beliau begitu tertekan dengan ‘publisiti’ berlebihan terhadap isu tersebut.

Nampaknya, tidak mustahil bahawa Hadi Awang mengalami tekanan yang sama iaitu akibat ‘publisiti yang berlebihan’. Jika ini benar, maka sebagaimana kita mendoakan agar adik Nik Aziz cepat sembuh, kita juga mendoakan agar Hadi Awang cepat sembuh agar dapat bersemuka dengan media dan menjawab segala kemusykilan penyokong atau bekas penyokongnya mengenai kafir atau tidaknya mereka-mereka yang menyokong UMNO.

Khamis, 20 Disember 2012

Panas !!! Puak PAS Gelabah Bewak Bila Presiden Mereka Kena Balun Dr Maza

Amanat sesat Hadi Awang


Sambil menyifatkan isu Amanat Haji Hadi sebagai "kisah lama", bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, adalah lebih baik sekiranya Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat penarikan secara rasmi amanat yang pernah diberikan kepada ahli Pas lebih tiga dekad lalu.

Menurutnya, amanat yang berbunyi Umno itu kafir diungkapkan Hadi sewaktu angin kebangkitan Islam kira-kira 30 tahun lalu.

"Sungguhpun ahli Pas hari ini sudah tidak mengamalkan amanat tersebut, tetapi Hadi wajar membuat penarikan semula sebagai pencerahan kepada masyarakat.

"Ini perkara lama. Amanat tersebut diungkapkan ketika zaman muda beliau (Hadi).

Ketika itu angin kebangkitan Islam mempengaruhi segenap pemuda ditambah dengan ketegangan sistem Perlembagaan yang menjadi teras negara ini," katanya kepada Sinar Harian mengulas gesaan dua mufti agar Hadi menarik balik amanat beliau.

Katanya, perkara sama turut berlaku kepada ramai tokoh-tokoh pemimpin muda pada ketika itu
"Pas sekarang sudah lain. Saya melihat kepimpinan hari ini sudah tahu hala tuju perjuangan mereka.

Hadi juga sudah bertemu dengan pemimpin parti lain termasuk Umno.

"Jadi, ahli parti itu sudah boleh mengagak dan tahu amanat lama sudah tidak ada lagi," katanya.

Menurutnya, penggabungan Pas bersama Pakatan Rakyat (PR juga memperlihatkan parti itu semakin realistik dalam perjuangan politik mereka.

"Jika dapat dibuktikan, masih wujud ahli yang berpegang teguh dengan amanat seumpama itu, bermakna Hadi perlu tampil membuat penarikan semula dengan segera," katanya.

Tambah Asri, isu lama ini seharusnya tidak lagi dibangkitkan kerana ia akan mengundang pelbagai perkara lain yang boleh mendatangkan kontroversi.

"Seharusnya ia dihentikan. Jika tidak,akan muncul macam-macam lagi termasuk isu 13 Mei.

Tutup buku lama."Semua pihak perlu melihat ke depan bukan membongkar kisah lama lagi. Ia sudah tidak relevan lagi," katanya.

Sebelum Dr Asri, Mufit Perak Datuk Harusani juga turut meminta Hadi menarik balik amanat itu.  Kerana ia boleh memecah belahkan Islam dan bangsa Melayu.

Malah amanat tersebut yang menyebabkan terjadinya peristiwa Memali!!

Namun masih ada yang bebal seperti dibawah, taknak terima perubahan ke jalan yang benar..


Ini sekor lagi bodoh sokmo sungguh! Amanat yang sesat itu, dikatakan menghidupkan Iman? Cakap pakai kepala lutut gamaknya ya?

McTheory:
Itulah punca pepecahan kaum Melayu Islam di Malaysia!

Khamis, 8 November 2012

PANASS!! Nik Aziz VS Hadi Awang?



Niat di hati sekadar nak buat gimik politik sambil menguji pengaruh, kemudian tak pasal-pasal ianya memalukan diri sendiri dan menjadi bahan lawak politik tanahair pula.

Akhirnya terpaksalah Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mengakui kenyataannya untuk bertanding di Parlimen Pekan hanyalah bertujuan untuk membuktikan dirinya bukan diktator.

Tahu pun Hadi takut untuk menyerahkan tengkuknya untuk disembelih oleh para pengundi di Parlimen Pekan. Lagipun dikalangan ramai pemimpin PAS sendiri pun tak yakin Hadi akan merealisasikan gimik lawaknya itu.

Kecuali, hanya Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat sahaja yang kelihatan seronok hingga senyum sampai ke telingga bila sahaja mendengar berita berkenaan ura-ura Presiden PAS itu mahu bertanding di Pekan, Pahang.

Seronoknya Nik Aziz bukan main lagi sehinggakan terus sahaja memberi lampu hijau kepada Hadi kerana tahu dengan demikian akan tamatlah riwayat politik Hadi dalam PAS dan hilanglah satu lagi perintis cadangan Kerajaan Perpaduan (UG).

Persoalan sekarang dalam keadaan ribut tak ada, angin sepoi-sepoi bahasa, mengapa agaknya perihal diktator pula yang Hadi bangkitkan? Tentu ada yang tersirat disebaliknya, tak begitu?

Kira-kira sebulan lalu, Nik Aziz yang juga adalah Menteri Besar Kelantan ada membuat kenyataan media bahawa dirinya akan terus berpaut pada kuasa dan jawatan sekalipun wujud desakan yang mahukan beliau berundur atas faktor kesihatan.

Manakala pada awal tahun ini pula, Mursyidul Am PAS itu pernah memberi bayangan keinginannya untuk terus bertanding dalam pilihanraya dan memegang jawatan politik sampai mati.

Alasannya, jawatan politik tak sama macam jawatan kakitangan awam yang ada tempoh persaraan.

Hakikatnya, hanya diktator sahaja yang berasa amat sayang pada kuasa duniawi dan agak takut untuk melepaskan kuasa dalam genggaman. Dan kebetulannya, Nik Aziz memenuhi ciri-ciri tersebut.

Sementara itu, tidak berapa lama dulu, Anwar Ibrahim pernah mengumumkan bahawa namanya adalah satu-satunya calon yang sudah disahkan akan bertanding dalam PRU 13 nanti, sedangkan nama pemimpin PKR yang lain masih lagi dalam pertimbangan.

Mengikut fahaman Hadi Awang, hak penentuan siapa yang akan bertanding atau tidak terletak pada keputusan parti, jika keputusan mendahului parti bermakna seseorang itu adalah diktator.

Jelas sekali, Anwar memenuhi ciri diktator yang dimaksudkan itu kerana Anwar telah membuat keputusan sendiri tanpa merujuk keputusan bersama pemimpin lain. Lagipun, sejak dulu hingga kini Anwar memang layak digelar diktator merangkap bapak segala nepostisme dan kronisme.

Kini terlerailah sudah kenapa tiba-tiba sahaja Hadi menimbulkan isu diktator. Rupanya ia satu sindiran sinis kepada rakan separti dan sepakatan. Tak sangka ya, dalam kalut menepis gelak tawa orang ramai dengan lawak politiknya sempat lagi melepas tembakan tepat ke dahi Nik Aziz dan Anwar.

Sabtu, 3 November 2012

TUDIAA!! Hadi Awang Nak Jadi Presiden Pas Pertama Bunuh Diri!


Hadi Awang dah lama hidup kot.. atau tak sabar nak bunuh diri?

Mc pun setuju Hadi Awang bertanding di Pekan, Pahang. Tu pun kalau dia ada telor la. Kalau Hadi rasa dah taknak jadi Ahli Parlimen lagi lepas ni. Atau nak bagi Mat Sabu jadi Presiden Pas pula. Mc mengalu-alukan Hadi bertanding kat lubuk PM tu.

Dengar kata PKR pun setuju Hadi nak bertanding kat sana. Bagus la tu, PKR memang suka tengok Pas lemah. Lagi senang depa nak kontrol Pas nanti.

Mc percaya Hadi berani cakap saja. Biasa la orang Pas, dari Presiden sampai ke akar umbi, cakap saja berkobar-kobar. Bila masa nak buat, lari bertaburan!! he he..


McTheory:
Kalau rasa hebat sangat, tak yah cabar Najib, pi cabar Muhyiddin kat Pagoh dulu..

Ahad, 5 Ogos 2012

PANASS!! Siapa Sebenarnya Hadi Awang di Dalam Pas?



Bukan satu rahsia lagi, kedudukan Haji Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS sejak akhir-akhir ini kelihatan semakin goyah dan kurang mendapat penghormatan sewajarnya dari kalangan penyokong dan ahli PAS sendiri.

Dalam banyak perkara melibatkan perjalanan parti, seringkali Hadi dipaksa mengikut lenggok tari Mursyidul Am PAS sebelum menentukan keputusan untuk sesuatu perkara berbangkit - sesuatu yang jarang berlaku semasa PAS dibawah pimpinan Allahyarham Fadhil Noor mahupun Presiden sebelumnya.

Walaupun struktur organisasi PAS meletakkan kedudukan Mursyidul Am lebih tinggi berbanding Presiden, namun bukannya satu kelaziman bagi PAS meletakkan taraf Presidennya hanya sekadar pak turut kepada Mursyidul Am semata-mata.

Keadaan ini dilihat kian menonjol terutama semenjak kebangkitan puak Anwarinas ataupun dikenali juga dengan gelaran Erdogan yang mula menggandakan penentangan secara besar-besaran terhadap konsep Kerajaan Perpaduan (UG) yang diilhamkan oleh Hadi Awang.


Rentetan dari situ, satu demi satu pemimpin PAS yang pro kepada konsep UG serta mempunyai hubungan rapat dengan Hadi Awang tersingkir atau terpinggir dari arus PAS Pusat dan negeri. Sekaligus menyebabkan cengkaman pengaruh Hadi terhadap PAS kian longgar dan imejnya pula kian tercalar.

Manakala imej Nik Aziz selaku Mursyidul Am PAS pula diangkat setinggi-tingginya sehinggakan urusan parti yang biasa dilaksanakan oleh Presiden kini seringkali diambil alih oleh Nik Aziz.

Malah bila Hadi membuat kenyataan tertentu atau tindak tanduknya dilihat tidak mengikut kehendak kumpulan Anwarinas dalam PAS, tidak semena-mena Nik Aziz akan segera memotong dengan membuat kenyataan sebaliknya sehingga memaksa Hadi menarik handbrake dan mengubah semula kenyataan asal.

Contohnya dalam isu muzakarah dan kerajaan perpaduan, Hadi yang membuat tawaran dan mencetuskan idea namun bila ramai geng Anwarinas tampil membantahnya maka Nik Azizlah yang akan jadi perisai depan untuk memastikan bantahan puak Anwarinas tercapai.

Impak kemudiannya, Hadi terpaksa menanggung malu dan terpaksa bersilat lidah untuk menenangkan penyokong PAS yang semakin ramai berpayung di belakang kumpulan Anwarinas yang disokong oleh Nik Aziz.

Dalam konteks lain pula, kebiasaannya Presiden parti adalah penghubung utama sekiranya membabitkan pertemuan politik dengan pemimpin dari parti rakan sepakatan mahupun pemimpin parti di luar pakatan.

Namun disebabkan wujudnya usaha berterusan untuk menenggelamkan pengaruh Hadi, acapkali kumpulan Anwarinas akan segera mengaturkan sesuatu pertemuan politik itu dengan melibatkan Nik Aziz tanpa membabitkan Hadi.

Demikianlah yang berlaku baru-baru ini apabila bekas pemimpin UMNO Sabah, Lajim Ukim tiba-tiba diuruskan kedatangannya ke Kelantan untuk bertemu Nik Aziz sedangkan sedari awal sepatutnya pertemuan tersebut hanya melibatkan perbincangan soal taktikal politik antara Lajim dengan Hadi Awang.

Sudahlah begitu, isi utama perjumpaan tersebut pula hanya sekadar untuk menyampaikan hasrat Lajim mahu menyertai PKR disamping meminta restu Nik Aziz.

Entah sejak bila Nik Aziz jadi pemimpin PKR agaknya sehingga restunya diperlukan sebelum dapat menjadi ahli PKR? Kelihatan seperti mahu memperlihatkan PAS lebih kuat berbanding PKR, namun hakikatnya itu hanyalah sebahagian usaha kumpulan Anwarinas untuk mengkelabu asapkan imej Hadi di mata ahli dan penyokong PAS.

Di kalangan ramai pemimpin PAS yang berada di kem Hadi dan juga beberapa orang yang tiada kem, walaupun kerap terganggu dengan penonjolan berlebihan Nik Aziz seolah-olah diktator PAS, namun mereka seakan hilang kekuatan untuk mempertikaikannya secara lebih terbuka dan terpaksa redha selagi geng Anwarinas masih menguasai PAS.

Paling mereka bimbangi dalam beberapa jangka masa terdekat atau paling lambat selepas PRU 13, Hadi awang akan terus terpinggir dari arena kepimpinan PAS dan tempatnya bakal menjadi miliki salah seorang pemimpin bukan aliran agama yang pro Anwar Ibrahim.

Tanda-tanda ke arah itu sudah banyak kelihatan. Menjelang PRU 13, PAS bukan sahaja akan berentap dengan UMNO di masa yang sama pertempuran antara kem dalam PAS akan lebih menonjol terutama sekali melibatkan perebutan untuk calon yang akan bertanding.

Lebih ramai pemimpin pro Anwar berjaya menempatkan diri sebagai calon pilihanraya bermakna berakhirnya zaman kepimpinan Hadi dan akan meninggalkan tampuk kepimpinan PAS dalam keadaan malu dan terhina sama seperti pernah dialami oleh arwah Asri Muda.

Jumaat, 2 Mac 2012

KASI PANAS!! Hadi Awang pun SOKONG projek LYNAS?!!


Biar betui ni? Takkan Hadi Awang pun sokong projek Lynas, yang ditentang hebat oleh Pakatan haram?

Sambung baca kat SINI

Jumaat, 17 Februari 2012

TUDIAA!! Perkara Pelik, Menarik dan Benar mengenai Pas!!


Hadi Awang masa muda..

Siapa tak ingat dengan Amanat Haji Hadi? Amanat yang mengkucar kacirkan umat Islam di Malaysia. Sehingga ada dua puak umat Islam serupa berlainan mazhab.

Bagaimanalah perasaan dengan orang yang taksub dengan amanat ini, sehingga sanggup bercerai berai, putus tali persaudaraan? Apa, Hadi Awang ambil kisah dan bertanggung jawab dengan apa yang berlaku setelah amanatnya yang membuat umat islam berpecah??

Sabtu, 11 Februari 2012

PANASS!! Kenapa Hadi Awang Tolak Israel Tapi Tak Tolak Anwar?

Pakatan Pembangkang sudah makin celaru dalam KESEPAKATAN tentang banyak perkara. Sebelum ini, MB PAS Kedah mahu kekalkan AUKU sedangkan PKR mahu teruskan AUKU seperti yang diwahyukan dalam kitab suci mereka, BUKU JINGGA.

Kali ini, Presiden PAS Hadi Awang dengan beraninya menentang pendirian Anwar Ibrahim yang mahu menjaga keselamatan negara Israel.


Apa kata Hadi Awang  dan pendirian PAS tentang Israel?




Apa pula pendirian Anwar Ibrahim tentang Israel ?


Sabtu, 4 Februari 2012

PANASS!! Betul Ka Hadi Awang Menangis Selepas Pecat Hasan Ali?!!



Artikel yang Mc baca di MyKMU, mendedahkan betapa Hadi Awang, Presiden Pas begitu kecewa setelah memecah seseorang yang beliau anggap sahabat dalam perjuangannya selama ini. Baca artikel seterusnya dibawah,

Semalam, saya ada terjumpa dengan seseorang yang agak rapat dengan Presiden PAS, Hadi Awang. Sorry la, saya tak boleh dedahkan namanya. Namun, dia ada beritahu sesuatu yang agak “istimewa” pada saya…