Hadi Awang masa muda.. |
Siapa tak ingat dengan Amanat Haji Hadi? Amanat yang mengkucar kacirkan umat Islam di Malaysia. Sehingga ada dua puak umat Islam serupa berlainan mazhab.
Bagaimanalah perasaan dengan orang yang taksub dengan amanat ini, sehingga sanggup bercerai berai, putus tali persaudaraan? Apa, Hadi Awang ambil kisah dan bertanggung jawab dengan apa yang berlaku setelah amanatnya yang membuat umat islam berpecah??
Hadi Awang harus bertanggungjawab apa yang berlaku ke atas umat islam, kerana ketaksuban pengikutnya dengan amanat yang di lakukannya satu ketika dulu, membuatkan suasana umat Islam di Malaysia pecah belah.
Amanat Haji Hadi Awang disampaikan oleh Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang di
Kampung Benggol , Peradong , Kuala Terengganu pada 7 April1981 .
“Saudara-saudara sekelian percayalah, Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka . Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka .
Percayalah saudara -saudara sekelian, Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini, kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam.
Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan, politik suku, agama suku.
Itu kata Hadi Awang pada 1981.
Soalan cepu emas untuk puak pencacai Pakatan. Lani, PAS pakai perlembagaan mana dalam dasar PAS?? Pakatan Haram pakai perlembagaan apa dalam kitab jingga? Bukankah Pakatan Rakyat dah berjanji akan mengekalkan perlembagaan kerajaan sekarang sekiranya mereka diberi peluang untuk memerintah Malaysia. Macam mana dengan Amanat Hadi Awang dulu tu? Adakah amanat itu, amanat politik?
Kesian pada umat Islam yang sanggup berbunuh dan berkelahi akibat amanat Hadi Awang. Bagaimana agaknya kita boleh tafsirkan kematian mereka?
Mc pun tak dapat jawab, hanya Allah SWT yang maha mengetahui.
Untuk pengetahuan pembaca semua, amanat Haji Hadi Awang itu, dikeluarkan kerana mahu menghina UMNO yang menjalinkan kerjasama dengan parti komponen BN yang lain. Atas sebab itu Hadi Awang mengeluarkan amanat yang pelik tu. Namun sekarang, segala caci maki dan ludah keatas UMNO dulu, benar-benar kembali ke muka mereka.
Allah Maha kuasa.. zaman sekarang ni takdak hutang-hutang, bayar cash di dunia saja. Sekarang pun kita dah nampak kemungkaran dan kebodohan Pas. Amanat makan diri!
McTheory:
Sampai bila laa.. si mangkuk-mangkuk Pas ni nak sedar?
2 ulasan:
Demi politik, perjuangan negara Islam digugurkan!! Apa nak heran?
PUSAT KHIDMAT NURUL IZZAH SEKADAR HIASAN SEMATA-MATA!! Baca di sini!!
http://apakecoh2.blogspot.com/
Hari ini kaum Muslimin berada dalam situasi di mana aturan-aturan kafir sedang diterapkan. Maka realitas tanah-tanah Muslim saat ini adalah sebagaimana Rasulullah Saw. di Makkah sebelum Negara Islam didirikan di Madinah. Oleh karena itu, dalam rangka bekerja untuk pendirian Negara Islam, kelompok ini perlu mengikuti contoh yang terbangun di dalam Sirah. Dalam memeriksa periode Mekkah, hingga pendirian Negara Islam di Madinah, kita melihat bahwa RasulAllah Saw. melalui beberapa tahap spesifik dan jelas dan mengerjakan beberapa aksi spesifik dalam tahap-tahap itu
Catat Ulasan