Sponsor

Memaparkan catatan dengan label haron din. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label haron din. Papar semua catatan

Rabu, 11 Mac 2015

Tahniah Ustaz Haron Din diLantik Sebagai Mursyidul Am Pas!



KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulama PAS sebulat suara melantik Datuk Dr Haron Din sebagai Mursyidul Am parti itu yang baharu.

Dr Haron dipilih untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut selepas penyandangnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia 13 Februari lalu.

Penolong Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan memberitahu pelantikan Dr Haron diputuskan oleh Majlis Syura Ulama dalam satu mesyuarat yang diadakan pada 8 Mac lalu di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut.

"Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yacob dipilih memegang jawatan Timbalan Mursyidul Am PAS yang baharu.

"Perlembagaan PAS menyatakan jawatan Mursyidul Am boleh dipilih oleh 15 anggota Majlis Syura Ulama (MSU) untuk tempoh lima tahun," katanya ketika ditemui di lobi parlimen hari ini.

Katanya, jawatan Mursyidul Am tidak terikat dengan penggal muktamar sepertimana Jawatankuasa PAS Pusat.

Sebelum ini, ada cadangan oleh pihak-pihak tertentu dalam PAS yang mahukan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilantik sebagai Mursyidul Am yang baharu.

Selasa, 12 Februari 2013

PANASS!! Anwar Rayu Haron Din Minta Sambung Nyawa!!


Beza dua muka, satu ada nur, satu lagi ada NON!

Cerita agak sensasi, kisah Anwar Ibrahim terpaksa mengadap jumpa dengan Ustaz Haron Din untuk sokongan politik. Tapi ada pulak cai Pakatan ubah cerita, kata Haron Din datang buat rayuan kat Anwar.

Cerita sebenarnya macam ni, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang datang jumpa Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din di rumah. Anwar merayu minta sokongan.

 “MSO, orang Anwar, dia terbalikkan cerita kata Haron Din jumpa Anwar, walhal Anwar yang pergi jumpa Haron Din.

“Dia (MSO) sengaja spin cerita, dia nak tunjuk Anwar masih relevan hinggakan Haron Din terpaksa datang melutut kepada Anwar,”kata pemberi sumber itu.

Ketika ditanya, kenapa Anwar perlu jumpa Haron Din, pemberi sumber itu menjawab, “Anwar minta nyawa daripada Pas. Rujuk blog MIK.”

Lapornya, kedatangan Anwar sejurus selepas mendapat tahu keputusan mesyuarat Majlis Syura Pas tidak mencalonkan Ketua Umum PKR sebagai Perdana Menteri jika sekiranya pakatan pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti.

“Pertemuan pada malam 4 Februari di rumah Dr Haron Din di Bangi. Anwar bergegas ke sana untuk mintak nyawa dengan Timbalan Mursyidul Am itu.

“Mesyuarat Majlis Syura menetapkan bahawa mereka tidak akan terima Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri sekiranya pakatan Berjaya menawan Putrajaya. Majlis Syura berpendirian bahawa calon yang lebih layak adalah Presiden PAS sendiri, Haji Hadi Awang,”

Kenyataan pemberi maklumat itu, senada dengan kenyataan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim baru-baru ini yang mendakwa sentimen terkini menyaksikan akar umbi Pas menolak kepimpinan Anwar Ibrahim yang berpunca Ketua Umum PKR itu menolak keputusan Majlis Syura Ulama Pas berhubung isu kalimah Allah.

Zahrain berkata Tindakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Nik Mat mengunjungi dan menyambut hari lahirnya di kediaman Pengerusi DAP, Karpal Singh baru-baru ini juga ada kaitan dengan penolakan Anwar.

Katanya, Nik Aziz kini telah sedar bahawa ahli Pas di peringkat akar umbi telah menolak persetujuan pakatan pembangkang sebelum ini yang mahu melantik Anwar sebagai Perdana Menteri jika pembangkang menguasai Putrajaya.

Itu semua menyebabkan Pas terdesak berbincang dengan DAP mencari calon alternatif menggantikan Anwar sebagai Perdana Menteri.

Zahrain menambah, kepercayaan ahli Pas terhadap Anwar mula terhakis ekoran beberapa isu besar termasuk dakwaan membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dengan sebuah video seks.

“Jelas sekali Anwar kini merupakan liabiliti pakatan pembangkang dan mereka sedang mencari calon baru bagi menggantikan Anwar,” katanya.


McTheory:
Anwar pi jumpa nak minta sambung nyawa tu.. hehe

Khamis, 31 Januari 2013

PANASS!! Haron Din Pula Menegur Tindakan Anwar Ibrahim!!


Nampaknya seorang demi seorang Ulamak Pas menegur dan tidak berpuasa hati dengan pimpinan Pakatan Haram. Kali ni Haron Din tampil menyatakan hasrat hatinya.

Haron Din menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tidak mendirikan parti PKR berlandaskan Islam demi mencari keuntungan politik peribadi.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din menegur tindakan Anwar bersekongkol dengan penganut Islam yang berfikiran liberal sehingga menolak kesesuaian agama itu untuk membentuk sebuah negara.

Apakah selepas Nasharuddin Mat Isa, Hasan Ali maka selepas ini giliran Haron Din pula akan dipecat oleh PAS kerana lantang mengkritik Anwar Ibrahim? Malah Haron Din konsisten dalam mengecam tindakan tindakan Anwar yang bertentangan dengan Islam.

Kita tunggu apa tindakbalas konco-konco Anwar, iaitu Nik Aziz, Karpal, Kit Siang dan Azmin Ali. Tentu teruk Haron Din kena selepas ni.

McTheory:
Pas bukan pejuangkan Islam, tapi pejuangkan bontot Anwar..

Khamis, 24 Januari 2013

PANASS!! Kenyataan Terbaru Haron Din Berkaitan Isu #KalimahAllah




Antarapos – Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din mahu undang-undang diperkenalkan supaya penggunaan kalimah Allah hanya untuk Muslim dan tidak boleh digunakan dalam kitab agama bukan Islam.

“Saya nak menyarankan perlu ada protection (perlindungan) kalimah Allah itu melalui kekuatan undang-undang,” kata beliau pada satu kuliah di Masjid Negeri Shah Alam malam tadi.

“Pihak berkuasa agama daripada atas sampai ke bawah harus buat satu peraturan yang jelas (bahawa) Allah adalah eksklusif untuk orang Islam dan tidak boleh mana-mana orang (bukan Islam) menggunakan nama Allah dalam kitab agama mereka,” tegas beliau.

Cadangan pemimpin tertinggi PAS itu dilontar dua hari selepas PKR menolak pendirian Majlis Syura PAS bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi Bahasa Melayu.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menegaskan partinya hanya menerima perakuan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa bukan Muslim boleh menggunakan kalimah itu.

Perakuan Hadi itu diangkat sebagai pendirian rasmi Pakatan Rakyat susulan desakan DAP mahukan kalimah Allah dibenarkan dalam Bible Bahasa Melayu yang digunakan di Semenanjung.

Tuntutan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng itu ditegur oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang bertitah bahawa kalimah Allah hanya untuk penganut Islam.

Haron tidak mengulas bantahan PKR atau Pakatan terhadap ketetapan Majlis Syura yang dianggotai beliau, namun berkata “orang yang menyetujui Allah yang Maha Suci diterjemahkan kepada Allah yang berbilang-bilang adalah syirik.”

PAS tidak menolak hak bukan Islam menggunakan kalimah Allah dalam pertuturan namun bukan sebagai terjemahan daripada perkataan ‘God’ dalam mana-mana kitab bukan Islam.

“Kalau mereka sekadar mahu menyebut Allah sahaja yang menjadikan langit dan bumi, yang disembah oleh orang Islam, itu betul tetapi dengan mengatakan ‘God’ itu Allah adalah tidak benar,” tegas beliau.

“Umat Islam wajib menjaga iman dan agama mereka. Jaga iman jangan sampai tercemar dengan kesyirikkan dengan Allah,” ujarnya.

Menjaga agama dengan memelihara titah perintah Allah. Dengan itulah Islam terjaga, nama Allah akan terpelihara,” kata Haron.

Haron kemudian mengupas rasional disebalik keputusan Majlis Syura Ahad lalu.

“Allah yang pilih nama dia, Allah Yang Esa, ‘Yang Satu’ maka namanya pun satu, dia tidak macam perkataan God. Ada Gods, satu Tuhan, dua Tuhan, lima Tuhan.

“Dan God ini pula ada Goddess, iaitu Tuhan betina itu memang sesuai kerana mereka (penganut bukan Islam) berpegang dengan Tuhan yang banyak,” jelas beliau.

“Allah tidak beranak, Allah tidak ada anak, Allah tidak diperanakkan, Allah tidak ada bapa dan tidak ada ibu…tidak mungkin Allah itu ada kumpulan atau pasangan,” katanya.

“Allah dalam Islam itu selama-lamanya, dulu, sekarang dan selama-lamanya satu, dan Allah ini tidak boleh diterjemahkan kepada mana-mana bahasa,” tambah beliau.

Haron menegaskan bahawa konsep yang dipegang oleh agama-agama lain tentang Tuhan amat berbeza dengan konsep Allah yang diiman oleh orang Islam.

“Kalau orang Islam, Tuhan itu selama-lamanya Esa sedangkan dalam agama Hindu bila sebut Tuhan amat ramai Tuhan mereka.

“Tuhan dalam Kristian ialah Triniti iaitu tiga dalam satu dan satu dalam tiga iaitu bukan ada satu Tuhan, sekurang-kurangnya ada tiga,” kata beliau.

“Jika God yang mereka (orang bukan Islam) faham begitu diterjemahkan kepada Allah orang Islam pun rosak, mereka orang Kristian pun rosak,” tegas beliau.

“Orang Islam rosak kerana telah mencemarkan nama Allah daripada Allah yang Maha Esa, Maha Tunggal kepada Tuhan yang ada anak jika dibenarkan mereka (bukan Islam menggunakan kalimah Allah) berbuat demikian,” kata Haron.

“Dan mereka (orang bukan Islam) juga mungkin tidak sedar dikatakan bahawa Allah yang mereka faham selama ini iaitu Allah tiga itu disebut God dalam Allah, Allah jadi tidak ada anak untuk mereka (bukan Islam), rosak akidah mereka.

Isnin, 15 Oktober 2012

GEMPAR!! Haron Din Patut Ganti Nik Aziz!! - Hasan Ali





"Tok Guru Haron Din ganti Nik Aziz"

Sememangnya itu yang patut PAS lakukan, sekiranya ingin kembali kepada perjuangan asal memperjuangkan Islam kerana PAS kini sudah tersasar begitu jauh dari memperjuangkan Islam. Sehinggakan sanggup bersetongkol dengan DAP yang ternyata anti Islam.


Nik Aziz tidak lagi relevan untuk terus menjadi Musyridul Am Pas, kerana beliau tidak stabil dan tidak lagi mengutamakan Islam dalam perjuangan asal. Disebabkan Musyirdul Am yang lemah, Pas kini diresapi oleh parasit anti Islam dan liberal yang boleh memusnahkan Pas dari dalam.

Benar kata Hasan Ali, untuk selamatkan Pas. Nik Aziz harus digantikan. Nik Aziz tak relevan lagi, balik jaga cucu, buat kebun lagi bagus.


McTheory:
Tun Dr Mahathir pun dah bersara, Nik Aziz bila lagi nak angkat bungkuih?