Sabtu, 20 November 2010
TERGOLEK!! ZAID TERUK DIBELASAH ORANG ANWAR!!
Semalam secara rasminya Zaid Ibrahim keluar dari PKR. Walaupun tarikh suratnya hanya berkuatkuasa 16 Disember, tapi sidang media yang beliau buat membuktikan bahawa beliau sememangnya serius dan mahu meninggalkan PKR. Alasan yang beliau gunakan ialah, kerana pemimpin tertinggi parti itu sudah tidak sukakannya,
“Timbalan Presiden, Dr. Syed Hussin Ali dan Azmin Ali kata saya mempunyai niat jahat menggugat kepimpinan parti sejak dari awal. Anwar pula menggelarkan saya ‘kuda trojan dan ‘sore loser’.
“Sukar untuk saya terus berada dalam parti yang mana pemimpin-pemimpinnya anggap saya sebagai ‘orang jahat’. Justeru, saya rasa eloklah keluar parti,” katanya. sambung baca sini.
Justeru selepas mengumumkan keluar parti secara rasmi, Zaid dijadikan bahan belasahan dari blogger dan portal puak Pakatan Haram. Ada yang menuduh Zaid sebagai gila glamor yang masuk PKR hanya untuk mencari nama semata2. Ada pulak yang kata Zaid sememangnya mempunyai rancangan peribadi semenjak dari masuk PKR lagi.
Tidak kurang pulak yang kata Zaid merayu pada Anwar untuk masuk PKR. Sekarang ni Zaid pulak yang gila2 keluar PKR sambil maki2 pemimpin tertinggi. Puak Pas pulak kata mereka memang dah lama tak suka dengan Zaid, tapi bila Zaid masuk PKR, dosa Zaid yang lalu dihalalkan, sekarang ni apabila Zaid dah keluar dari PKR. Mereka tetap akan menentang Zaid semula.
Itu baru sikit cerita2 dari puak Pakatan yang Mc ambil, bukannya keseluruhan, tapi majoriti memainkan cerita yang sama. Apa yang Mc nampak, Zaid memang selalu diberikan perhatian oleh media aliran perdana, dulu Masa Zaid keluar UMNO pun, Zaid diberikan liputan meluas. Kemudian jadi calon PKR Hulu Selangor pun Zaid keluar di TV. Kini apabila Zaid keluar PKR pun tetap dilaporkan oleh semua akhbar dan TV.
Betulah cakap diaorang, Zaid makin glamor sekarang ni. Tapi beliau hanya glamor popular di media bukan dihati orang politik, kerana beliau tidak lagi berpihak kepada mana2 parti. Senang cakap, Zaid mengumpul musuh politik lebih dari kawan.
Apa yang pasti, rakyat Malaysia semakin tertanya2, kenapa ramai sangat pemimpin tertinggi PKR keluar parti sekarang ni? Apakah PKR hanya indah khabar dari rupa?? he he he.. sama2 kita tunggu..
P/s: hanya Nasution aje yang kata PKR ni 'indah'.. ha ha ha..
Mctheory:
Tak lama lagi, Nasution pulak yang keluar meninggalkan parti yang serba 'indah; itu..ha ha ha..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
BKN INDAH KABAR DARI RUPE JEK BRO..RUPE LAMBANG LOGO DIA TU ORG PUN X TAHAN. MCM LUBANG PUNGKOQ! BAU BUSUK PLAK TU! ORG YANG EMPUNYE LAMBANG TU PON BAU BANGKAI! EEEEEEEE KEHKEHKEH >|D
Catat Ulasan