Jumaat, 19 November 2010

PANAS!! SATU PENYELEWENGAN BESAR KERAJAAN SELANGOR TELAH BERLAKU!!

Penyelewengan di dalam kerajaan Selangor sekarang dikatakan berpunca daripada kegagalan AL Juburi sebagai Penasihat Ekonomi Selangor.Melihat kepada trend Al Juburi sekarang beliau lebih menumpukan masa kepada mendapatkan sokongan antarabangsa dalam kes liwat beliau dengan memburukkan institusi tertentu di dalam kerajaan. Beliau seolah-olah langsung tidak memberi perhatian kepada beberapa desakan daripada akar umbi ataupu pemimpin-pemimpin PKR lain. Sebagai Ketua Umum dan Penasihat Ekonomi beliau sepatutnya tampil memberi pandangan dan jalan terbaik dalam menyelesaikan masalah berbangkit.

Isu Yayasan Selangor dan PKNS yang kembali menceriakan politik Selangor sudah menjadi duri dalam daging pemerintahan PKR. Secara tidak langsung ini akan memburukkan imej PAS dan DAP.  Adakah 2 parti ini hanya mendiamkan diri merelakan imej mereka tercalar kerana ketamakkan golongan tertentu dalam gabungan yang kononnya sangat kuat dan akan sentiasa bekerjasama?

Ketika dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Selangor, ada yang memuji dan ada yang mempertikaikan kewibawaan beliau. Jelas sekarang rakyat Selangor dapat melihat apakah fungsi sebenar AL Juburi di dalama kerajaan Selangor. Adakaha perlantikan beliau itu hanyalah retorik politik bodoh PKR? Adakah jawatan tersebut hanyalah boneka untuk membolehkan Al Juburi menggunakan semua kemudahan yang disediakan oleh kerajaan negeri untuk tujuan peribadi beliau?

Perkara ini tidak boleh dinafikan kerana kita tidak melihat sebarang pembangunan ekonomi selepas perlantikan Pengkhianat Negara ini ke jawatan tersebut. Sebaliknya kita dihidangkan dengan cerita penyelewengan dana kerajaan negeri dan kegagalan menguruskan dana yang disalurkan oleh kerajaan BN khusus untuk kebaikkan rakyat Selangor. Aku mendapat maklumat kegagalan kerajaan negeri bukannya terhadap YS dan PKNS malah melarat kepada peruntukan kerajaan pusat melalui Peruntukan Dana Sistem Data Jalan Malaysia (MRRES). Ada maklumat mengatakan bahawa keseluruhan peruntukan tersebut tidak disalurkan kepada PBT dan juga JKR tetapi digunakan untuk membayar gaji kakitangan kerajaan negeri.Klik Sini

Dalam sidang DUN baru-baru ini Y.B. DATO’ MOHD. SHAMSUDIN BIN HAJI LIAS (SUNGAI BURONG) ada bertanyakan soalan 

 "Berapakah jumlah Peruntukan Dana Sistem Data Jalan Malaysia (MRRES) yang telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam tahun 2009 dan berapakah jumlah yang telah dibelanjakan?"


Jawapan daripada Khalid Gagap adalah seperti berikut:

Kerajaan Pusat telah memperuntukkan sebanyak RM315,627,131.00 kepada Kerajaan Negeri pada tahun 2009 untuk tujuan pembangunan infrastruktur di Negeri Selangor iaitu menaik taraf atau menyelenggara jalan-jalan negeri. Pemberian ini adalah bagi menyelenggara jalan raya negeri, jalan raya bandaran, jalan pertanian, jalan kampung,lorong belakang dan jalan kawasan perumahan murah. Jalan luar bandar merangkumi jalan kampung dan jalan pertanian. Jumlah penerimaan bagi kedua-dua jenis jalan ini adalah sebanyak RM34,132,795.53 iaitu RM6,224,979.40 untuk jalan kampung dan RM27,907,780.12 untuk jalan pertanian.

Dengan budget besar sebanyak RM315 juta dari kerajaan BN untuk rakyat Selangor, kerajaan Khalid Gagap hanya membelanjakan sebanyak RM34 juta untuk kemudahan rakyat Selangor. Persoalan sekarang adalah kemana perginya baki peruntukan RM281 juta.Peruntukan ini seharusnya diberikan kepada JKR, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) pada 2009 bagi menyelenggara jalan. Kementerian Kerja Raya seharusnya memainkan peranan dalam memastikan segala peruntukan diguna dengan sebaiknya dan sekiranya ada berlaku penyelewengan rakyat Selangor berhak untuk mengetahuinya.Apa yang jelas, jawapan yang diberikan tidak menjurus kepada soalan yang ditanya oleh YB Sungai Burong.

Kegagalan Al Juburi memantau perjalanan ekonomi Selangor adalah bukti beliau hanyalah penasihat boneka kerajaan Selangor. Adakah perlantikan beliau hanya untuk melayakkan beliau menggunakan semua kemudahan di dalam kerajaan Selangor atas tujaun peribadi. Adun- adun BN patut bertanya " Berapakah kos yang telah dikeluarkan oleh kerajaan negeri kepada Penasihat Ekonomi Negeri?" di dalam sidang DUN nanti. Jawapan yang diberi sudah tentu ibarat bom jangka untuk diletupkan oleh Barisan Nasional

Kepada rakyat Selangor, kerajaan negeri sekarang semakin parah dalam melahap hak milik kita dan hak milik anak-anak kita. Adakah nasib anak-anak kita andai dana yang sepatutnya digunakan untuk kebaikkan mereka disalah guna oleh golongan tertentu yang tamak. Fikir-fikirkanlah



Kita Gempur

Mctheory:
Lepas satu pendedahan, satu lagi pendedahan tentang keburukkan kerajaan Selangor didedahkan..

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

baca betul2 jangan main tuduh
www.muslimmall.blogspot.com

Mas berkata...

Nama pun Al Juburi....jadi sudah tentu lah dia hanya pandai memantau ...? korang fikirlah sendiri..

Tanpa Nama berkata...

wooi....mas la pantat-ki ko duduk sebelah anwar ke masa dia al- menjuburi kalau tak ko la al pantat ki....mas wooi...