Khamis, 18 November 2010

"ZAID TIDAK BOLEH TERIMA PEMBOHONGAN ANWAR" -EZAM



Salam semua,

Pagi ni kita mulakan dengan artikel pendapat Ezam mengenai kenapa Zaid keluar PKR dan kenapa rakan Anwar keluar PKR?

PETALING JAYA Nov. - Hasrat bekas ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim untuk keluar daripada parti itu adalah kerana tidak dapat lagi menerima sikap Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang gemar berbohong.

Bekas Ketua Angkatan Muda PKR, Senator Mohamad Ezam Mohd. Nor berkata, sikap Anwar yang sering berbohong adalah bertentangan dengan sifat Zaid yang merupakan seorang yang jujur bagi memperjuangkan prinsip-prinsip keadilan dan demokrasi.

''Walaupun Zaid sendiri mempunyai beberapa masalah peribadi tetapi saya lihat pada diri beliau ada kejujuran. Sifat seperti ini tidak ada lagi dalam diri Anwar dan lain-lain pemimpin kanan PKR," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah bertajuk Keadilan Untuk Siapa? anjuran MCA Petaling Jaya Selatan di sini, malam semalam.

Dalam pada itu, Mohamad Ezam yang juga bekas Setiausaha Politik Anwar berkata, antara pembohongan yang dilakukan Penasihat PKR itu kononnya beliau ialah pejuang sistem pemberian tender projek pembangunan secara terbuka dan telus.

''Tahukah kita semua bahawa ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan saya melihat sendiri bagaimana beliau mewujudkan Skim Kontraktor Wibawa bagi membolehkan projek diberikan secara rundingan terus dan bukannya melalui sistem tender terbuka.

 ''Ketika itu, Anwar telah menganugerahkan projek bernilai RM15 bilion kepada 15 syarikat yang dimiliki oleh kroni-kroni beliau dan semuanya adalah syarikat orang Melayu.

''Jadi inilah sikap sebenar Anwar yang kini berbohong dengan membuat kenyataan retorik bahawa anak Melayu, anak Cina dan anak India semuanya adalah anak beliau," ujarnya.

Tambah Mohamad Ezam, beliau yang bersama-sama Anwar ketika mengadakan rundingan dengan pemimpin Pas bagi membentuk pakatan pembangkang mendengar sendiri janji bekas Timbalan Perdana Menteri itu bahawa beliau sudah pasti akan menubuhkan negara Islam apabila dapat menguasai Putrajaya kelak.

''Malangnya apabila mengadakan rundingan berasingan dengan pemimpin DAP, beliau membuat janji lain pula iaitu akan menentang habis-habisan rancangan mewujudkan negara Islam," katanya. - Utusan

Anwar semakin tak stabil sekarang ni, orang macam Anwar ni tiada pendirian, pendiriannya hanyalah 'survival' politik dirinya sahaja. Selain daripada itu, bagi dirinya, sebelum aku naik, apa pun boleh. Nanti lepas aku naik, kita cerita lain pulak.

P/s: Ramai lagi yang menunggu untuk keluar PKR.. tunggu masa je..

Mctheory:
Anwar ketot busuk sangat, mana boleh tahan!

Tiada ulasan: