Sabtu, 29 Januari 2011

Benarkah Felda sudah menjadi sarang pembangkang? Statistik ringkas!!


Alhamdulillah... Sejak kebelakangan ini, tahap kesedaran rakan-rakan seperjuangan mempertahankan Felda telah mula kelihatan. Felda yang merupakan antara agensi yang dipimpin oleh orang melayu telah di serang dengan hebat oleh mereka yang mempunyai kepentingan politik sempit. Mereka tidak sedar dengan perbuatan mereka untuk memusnahkan Felda, orang melayu akan kembali merempat di bumi ini. Segala fitnah dan pembohongan telah di tabur di 317 Tanah-Tanah Rancangan seluruh negara bagi mencapai matlamat mereka ini.

Menurut kajian ringkas yang telah saya dan rakan-rakan lakukan, kami dapati bahawa mereka yang terpengaruh adalah peneroka yang menjadi ahli kepada parti politik pembangkang. Namun tidak semua peneroka yang terpengaruh dengan usaha-usaha jahat yang di lakukan ini. Tahukah kita bahawa :

Jumlah Kawasan Peneroka (112,635 orang di 317 Tanah Rancangan) : 521,938 Hektar (61%)
Jumlah Kawasan Yang Di Usahakan Oleh Felda : 331,375 Hektar (39%)

Mengikut fakta, pendapatan Felda hanya diperolehi daripada 39% kawasan yang di usahakan manakala baki 61% kawasan yang diusahakan oleh peneroka, pendapatannya akan dipulangkan kembali kepada peneroka melalui :-

a) pembinaan pelbagai kemudahan kepada peneroka
b) infrastruktur
c) melaksanakan program pembangunan sosial
d) insentif
e) kebajikan
f) pendidikan serta kemahiran kepada generasi baru

Sebagai sebuah agensi kerajaan yang bertanggungjawab, pengurusan Felda telah mengambil pendekatan proaktif untuk mengenalpasti kelemahan-kelemahan mereka melalui perbincangan dan maklum balas dari peneroka/generasi muda. Susulan dari pendekatan ini, beberapa program dan aktiviti telah dilaksanakan untuk memperbaiki kelemahan tersebut.

Memang jelas, Felda telah melaksanakan segala-galanya untuk peneroka dan pembangunan negara. Hanya mereka yang buta sahaja tidak nampak perkara ini. Di dalam bulan Disember tahun ini, sambutan bersama antara peneroka dan Perdana Menteri akan di lakukan di Putrajaya membuktikan bahawa Perdana Menteri mengambil berat terhadap peneroka di seluruh negara.

Oleh itu kepada peneroka-peneroka dan rakan-rakan generasi muda Felda, sama-samalah kita BERSYUKUR...

Tulisan Anak Jati Felda

P/s: Sebenarnya artikel ni dah lama si Anak jati emailkan kepada Mc, tapi Mc lambat postkan.. almaklumlah kebelakangan ini Mc agak sibuk..

Isu felda juga menjadi isu penting di PRK Tenang, bagi puak Pakatan, mereka merasa mereka sudah berjaya mengambil hati warga felda, tapi hakikat yang sebenarnya? Tengok video dibawah,



Mctheory:
Belajar Berterima kasih pada yang memberi...