Isnin, 31 Januari 2011

FAKTOR PAS DAN PAKATAN HARAM TEWAS DI TENANG!!

muka ni lagi tak bole pakai!!

Faktor Kekalahan Pakatan Pembangkang Di Tenang.
Pemikiran Rakyat sudah berubah tetapi pemikiran Pas dan Gerombolan Pembangkang masih di tahap lama.

1.Pengundi sudah membuat keputusan awal untuk menolak Pas kerana tetap yakin untuk bersama-sama UMNO-BN yang. membela nasib dan kehidupan mereka selama ini.

2.Calon Pas bermasalah dan ditambah pula dengan isu penipuan Sijil Cuti Sakit oleh suaminya Cikgu Maarof. Persatuan Ibubapa dan Guru semua sekolah rendah dan menengah begitu marah dengan perangai Cikgu Maarof yang menipu majikannya dengan cara yang sangat memalukan kaum guru dan bertentangan dengan agama Islam.

3.Parti Pas bertanding tetapi parti lain seperti DAP dan PKR turut sama memasang bendera dan lambang parti. Ini menyebabkan pengundi rasa mereka seolah-olah dipermainkan oleh kumpulan parti yang bermasalah ini.

4.Anwar Ibrahim sangat dibenci oleh masyarakat di Johor termasuklah kaum bukan-Melayu (Cina & India). Bosan dengan janji bohong dan mempermain-mainkan emosi rakyat untuk membenci Pemimpin kesayangan mereka YAB Dato' Seri Mohd Najib. Kebetulan pula 2 pemimpin PKR keluar parti di masa kempen PRK Tenang, Pengasas PKR, Ng Lum Yong dan MP Gobala.

5.PAS sendiri kelihatan tidak bermaruah dan sangat bermasalah. Tidak mesra dengan pengundi Melayu tetapi hanya menemui mereka semasa pilihanraya. Menggunakan DAP menghasut supaya orang Melayu-Islam berpecah-belah sedangkan selama ini mereka hidup bersama dengan baik.

6.Kempen Pas yang cuba menanam kebencian pengundi kepada kerajaan dengan memainkan isu APCO, Altantuya dan harga barang naik, hanya menjadi bahawa tertawa. Tetapi penceramah masih menggunakannya kerana ketiadaan isu.

7.Penceramah dan blogger Pas dan Pakatan Pembangkang berkempen dengan cara menyerang calon BN. Serangan menyerang berlandaskan fitnah yang tidak disenangi lagi, tidak berkesan, tidak tepat dan menyebabkan pengundi semakin benci kepada Pas. PAS sendiri tidak mampu mengkotakan janji iaitu tidak akan melakukan serangan peribadi.

8.Kelemahan Calon dan Penasihat Utama Calon (Cikgu Maarof) yang terperangkap dalam isu saat akhir iaitu berkenaan sijil cuti sakit dan sijil kelulusan SPM Cikgu Normala yang tidak sempat dimanipulasi oleh Pas.

9.Keterlanjuran kata-kata Nik Aziz, Nizar Jamaludin, Shalahudin Ayoub, Mazlan Aliman dan Mahfuz Omar menyemarakkan lagi kebencian Rakyat kepada Pas dan Pakatan Pembangkang.

10.Kini Rakyat telah menyampaikan suara mereka. Suara keramat Rakyat Malaysia

Kemunting Central

P/s: rakyat dah kenal siapa puak Pakatan Haram ni..

Mctheory:
Lama mana nak tipu, setakat setahun dua tu boleh la..

2 ulasan:

Gerakan Timur berkata...

Salam,

GT tertunggu2 posting dari bro.. lama menyepi. 10 hari GT sibuk di Tenang, tak perasan bro dah menulis kembali.

Selamat kembali bro...

McTheory berkata...

wsalam..

ada nih.. ada perkara yang tak dapat dielakkan sebab tu.. tergendala..