Isnin, 31 Januari 2011

PANAS!! APABILA AZIZAN MULA MENGARUT!!

AloQStaQ baru dapat maklumat dalaman terkini dari sumber berdekatan dengan kepimpinan Kerajaan PAS Kedah, mengatakan bahawa Pakatan Rakyat Kedah semakin bimbang dengan situasi politik dan angin perubahan sokongan rakyat yang kembali menyokong BN/UMNO melalui kempen Gelombang Merah Berani Berubah !

TAHNIAH kepada Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah serta Timbalannya kerana tak henti-henti berusaha untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO Kedah.


Masalah terbaharu Pakatan Rakyat di Kedah selepas keluarnya "hero Tamil" mereka (dahulunya merangkap panglima perang pencacai reformasi Anwar jubur) si GOBALA Padang Serai, mereka kini kelam kabut menyusun strategi untuk menangkis serangan propa & dakyah Gobala dari luar parti , pastinya Gobala mempunyai pelbagai modai untuk hentam Anwar, Pakatan Rakyat dan tempiasnya pasti kena jugak pada Kerajaan PAS Kedah ! 


Melihat keratan akhbar yang menunjukkan bahawa seolah-olah Gobala keluar PKR tidak memberi kesan kepada Pakatan Rakyat, ianya memang dusta sama sekali ! 

Haji Azizan yang sudah diketahui ramai sebagai seorang MB yang lembab dan lekeh, beliau cuba menidakkan ketakutan Pakatan Rakyat khususnya Kerajaan PAS Kedah dengan situasi yang belaku kini di Kedah.

Padahal, memang PAS Kedah takut dan bimbang dengan keluarnya geng-geng (yang dahulunya) kuat menyokong Anwar di Kedah khususnya dari parti PKR. Atas sikap sudah hilang percaya kepada kepimpinan Anwar dan PKR , maka ramai dah yang angkat kaki ... 

Ditambah pula dengan keadaan politik dalaman PAS Kedah yang berpecah belah sesama mereka ... Sumber AloQStaQ dapat mengatakan PAS Kedah juga ada puak-puak ... Puak MB , Puak Anti-MB , Puak EXCO Berhaluan Kiri MB dan puak atas pagar (ni geng "tunggu & tengok saja"). Puak yang Haji Azizan paling tak suka adalah puak EXCO Berhaluan Kiri MB ... Puak ni lah yang dok cuba mengambil alih tempat kepimpinan Haji Azizan ...


Sudahlah beliau baru sahaja tiga tahun (tak sampai sepenggal lagi pun!) menduduki kerusi empuk sebagai MB, dah ada puak dalam PAS Kedah sendiri yang mencuba mendesak beliau berundur ... Ini yang menambah pedih !

Jadi, harapan melihat bulan purnama retak menanti belah di Kedah telah semakin kelihatan jelas ... isu Gobala keluar merupakan satu lagi masalah besar untuk Pakatan Rakyat di Kedah khususnya yang dipimpin oleh Haji Azizan ... Walaupun ianya adalah kerusi Parlimen, tetapi rakyat di dalam Parlimen Padang Serai yang memilih Gobala PKR pada PRU12 lalu adalah seramai 28,774orang ... Ianya bukanlah satu angka kecil yang patut dipandang enteng oleh Haji Azizan .... Kalau ramai tu yang berpaling tadah, Haji Azizan akan demam terkejut dan masuk wad di KMC pula (nasib baik ada jururawat tersayang di KMC sedia memberikan khidmat 1st class kepada Pak Haji Azizan !) ...

Aloq Staq Blog

P/s: Petanda awal, tanda2 kiamat Pas kat Kedah..

Mctheory:
Depa dah ketaq lutut dah...

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sebarkan link www.freemalaysiakini.com kepada pembaca blog anda