Jumaat, 28 Januari 2011

Johor dan Tenang yang makin tak tenang.. kalutt.. kalut..


Salam semua..
Agak lama Mc menghilangkan diri dari dunia blog. Maaf kepada rakan bloggers yang Mc lambat balas emailnya.. Mc juga mengucapkan terima kasih kepada pembaca blog Mc yang masih lagi sudi untuk mengikuti blog ini. Selepas pada hari ini, Mc akan cuba kembali berblog seperti dulu.

Sebenarnya Mc agak ketinggalan dengan apa yang sedang terjadi didalam dunia politik maya ni. Maklumlah dah lama tak online. Kebetulan pulak, semasa Mc di Johor, ada pulak satu PRK di negeri Johor, kawasan Tenang. Dulu kawasan ni memang Tenang, kerana ia kawasan utara Johor yang jarang dikunjungi oleh orang luar. Tapi sekarang, kawasan Tenang sudah tidak tenang lagi, sudah kacau, hancur dan haru biru.

Sudah hampir dua bulan Mc di Johor, keadaan politik disini sebenarnya tidaklah sehebat Selangor, Penang dan Kedah. Johor negeri yang dikenali sebagai kubu kuat BN ni, sebenarnya sudah sedikit goyah, mungkin ramai yang tidak sedar, Tapi hakikatnya UMNO dan komponen BN di Johor ni Mc nampak terlalu selesa, dan rilek terlampau. Sedangkan Pas dan Pakatan mempunyai 'master plan' yang baik untuk mencuri hati rakyat Johor.

Selama dua bulan Mc di JB. Mc sempat mengikuti ceramah Khalid Gereja di BBU (Bandar Baru Uda) JB. Kemudian Nurul Izzah pun di BBU, ceramah mereka juga mendapat sambutan yang mengalakkan. Mc juga turun lihat ada cawangan Pas yang baru buka, dan beberapa buah Tadika Pasti (sememangnya hak milik Pas) sudah beroperasi dan mempunyai sambutan yang memuaskan. Apakah ini petanda yang baik untuk UMNO/BN?

Di Tenang (PRK Tenang) Mc tak gundah dengan sokongan kaum Melayu dan India kepada BN. Mc cuma risaukan sokongan dan kepercayaan kaum cina kepada MCA dan BN. Selama Mc berbual dengan orang2 cina di Johor ni, hasilnya memang cukup sedih. Mereka anggap diri mereka sebagai anak tiri kepada kerajaan, maknanya kerajaan Malaysia tidak mempedulikan kaum cina.

MCA dan Gerakan dilihat gagal mengambil hati orang cina. Bukan saja di Johor dan Tenang, bahkan hampir seluruh Malaysia. Hanya sesetengah Bahagian dan cawangan saja yang masih beroperasi ditahap label 'baik' yang lainnya.. hancuss.. hidup segan mati tak mau.

Cerita Teoh Beng Hock (TBH) diubah dan diolah dalam pelbagai version, surat layang, email dan juga FB dijadikan senjata utama sebagai sebaran cerita2 palsu ini. Ada yang kata Polis pukul TBH sampai mati, lepas tu campak keluar bangunan. Ada yang kata Polis soal siasat, tapi TBH tak mengaku, lalu polis buang dia keluar bangunan. Ada pulak yang Mc baca, polis benci orang cina, kalau orang cina kena tangkap, masuk balai mesti mati punyala.

Hakikat sebenar TBH di soal siasat oleh SPRM bukannya polis, malah beliau bukan suspek, tapi saksi utama. Adakah lojik SPRM nak pukul saksi?

Pada kita yang tahu cerita sebenar, sememangnya kita akan ketawa dan katakan semua ini bohong, palsu dan tipu. Tapi bagaimana pula dengan orang diluar sana? cerita yang disampaikan hanya dari mulut ke telinga. Siapakah yang bertanggung jawab untuk menerangkan cerita sebenar disebalik semua ini?  Apa MCA dan Gerakan buat untuk menghalang kepercayaan orang cina mengenai cerita bohong di atas?

Sebab itu Mc kata, Johor dah tak tenang. Walaupun keadaan perang politiknya tak sehebat Selangor dan Penang, tapi Johor ceritanya lain...

PRK Tenang, Mc percaya BN pasti menang, tapi keyakinan kaum cina kepada BN makin terhakis dan menghilang..

Mctheory melaporkan dari Skudai Johor..
On da way nak pergi Tenang..

2 ulasan:

Sudir berkata...

Lama tak posting mc.. bertapa ker..

Sudir berkata...

Itu sebabnya pepatah omputih kata.. "If you can't convice them, confuse them". Itu lah yang Pakatan Harami ni buat..