Jumaat, 28 Januari 2011

PRK Tenang!! Surat Palsu?? Apakah Puak Pakatan Menipu lagi??

sudah mau sampai..

Artikel ni Mc cilok.. berhasrat hanya untuk sebaran dan bacaan umum.

LABIS: Penduduk di Felda Chemplak Barat pada Khamis mendakwa menerima surat palsu yang dihantar oleh Majlis Daerah Labis memaklumkan mereka terpilih untuk menerima sumbangan sebanyak RM300.


Setiausaha Majlis Daerah Labis, Farid Kassim berkata pejabatnya telah menerima beberapa aduan dan pertanyaan mengenai surat tersebut.


“Kita telah menerima lebih daripada 40 aduan sejak pukul 9 pagi dan ada yang datang terus ke pejabat untuk bertanyakan mengenai kebenaran surat yang mereka terima,” katanya kepada pemberita di sini pada Khamis.


Farid berkata surat tersebut telah menggunakan kepala surat Majlis Daerah dan menjemput mereka menghadiri satu program khas menerima sumbangan di Dewan Serbaguna Labis pada Jumaat.


“Orang yang menggunakan banyak masa dan wang untuk menghantar surat ini kepada penduduk Felda.


“Orang ini juga cuba meniru tanda tangan saya dengan 70 peratus daripadanya sama dengan tanda tangan saya,” katanya.


Beliau turut mengesahkan Majlis Daerah Labis akan membuat satu laporan polis bagi menyiasat penipuan tanda tangan dan kepala surat yang dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.


Farid turut menggesa mereka yang menerima surat palsu itu membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dijalankan segera.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat Supritendan Abdul Majid Mohd Ali mengesahkan pihaknya sudah menerima laporan mengenainya. Beliau turut menggesa penduduk Felda yang menerima surat tersebut membuat laporan dan berhati-hati dengan surat yang mereka terima.


“Mereka yang ada maklumat siapa yang mengedarkan surat atau mereka yang terima surat ini boleh membuat laporan di balai polis yang berhampiran,” katanya.


Katanya orang ramai boleh menghubungi talian hotline 07-221 2999 untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenainya.

Sumber blog PSSR

Rasa-rasanya siapa punya kerja ni? Kerja2 bodoh dan taktik lama ni hanya puak sebelah sana saja yang buat.

Mctheory:
Kalau kerja macam ni, hanya wujud bila dunia ni ada puak Pakatan.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

AHHH BIASAK LA BRO. DAH BYK KALI DIORANG GUNA SURAT PALSU SBB DAH TERDESAK. DAH HABIS MODAL NAK SPIN CITER BROO KEHKEHKEH