Isnin, 31 Januari 2011

Tenang! BN Menang! Tapi MCA kalah!


Tahniah Azahar Ibrahim kerana bukan sahaja berjaya mempertahankan kerusi DUN Tenang, tetapi lebih mengembirakan dapat meningkatkan jumlah undi untuk BN, penambahan majoriti dan mengurangkan undi untuk Pas. Apakah ini petanda baik bagi Najib untuk memikirkan tarikh PRU-13? Masih terlalu awal.

Nampaknya kawasan tanah rancangan masih lagi menjadi fix-deposite buat BN apabila kesemua kawasan tanah rancangan memberi sokongan padu kepada Azahar dan lebih menarik sokongan oleh kaum India juga semakin meningkat manakala Cina pula dilihat 50-50. Ini dilihat kepada beberapa peti undi kawasan bukan Melayu yang menampakkan peningkatan dari segi sokongan. Antaranya Labis, Pekan Nenas dan Bandar Labis Timur.

Walaupun jumlah undi yang diperoleh Azahar dan majoritinya meningkat berbanding PRU-12 lalu, namun peratus pengundi yang keluar membuang undi merencatkan sasaran BN untuk mencapai majoriti 5,000 undi. Tapi jangan salahkan pengundi sebaliknya keadaan cuaca yang buruk sehingga ada beberapa kawasan membuang undi ditenggelami air menyebabkan kemerosotan jumlah pengundi kali ini.

Bagaimanapun, persoalan perlu diajukan kepada Chua Soi Lek berikutan kekalahan BN di peti undi Bandar Labis Tengah yang majoriti pengundinya Cina, telah memberikan sokongan padu kepada calon Pas, Normala Sudirman dengan 801 undi manakala Azahar hanya memperoleh 365 undi. Malah peratusan keluar mengundi di Labis, Bandar Labis Timur dan Tengah juga dilaporkan merosot. Apakah keputusan di Tenang ini mengesahkan apa yang dicakap-cakap orang (di sini dan di sini) sebelum ini bahawa MCA tidak bersungguh-sungguh turun berkempen berbanding apa yang dilakukan oleh DAP?

Ingat Chua Soi Lek adalah orang Labis, pernah menjadi Ahli Parlimen Labis begitu lama sehinggalah skandal video seks yang memaksa beliau melepaskan kerusi tersebut yang kini diduduki pula oleh anaknya. Lalu kenapa masih ramai Cina Labis yang menolak BN di Labis?

Pun begitu, tahniah aku ucapkan kepada para pengundi di Tenang kerana daripada keputusan PRK kali ini, aku membayangkan bahawa sokongan orang Johor khususnya terhadap UMNO kembali pulih selepas pada PRU-12 lalu menyaksikan beberapa kawasan jatuh ke tangan pembangkang -- sesuatu yang tak pernah berlaku di Johor sejak PRU-1.

Orang Johor pasti tidak pernah lupa bahawa UMNO dilahirkan di Johor, di kaki Istana Besar Johor dan orang Johor tidak akan lupa jasa-jasa Onn Jaafar sebagai orang Johor selaku pelopor penubuhan UMNO dan sudah pasti orang Johor tidak akan lupa gerakan menentang Malayan Union yang juga bermula di Johor. Pokok pangkalnya Johor dan UMNO tidak boleh dipisahkan bagai isi dengan kuku.

Dan hari ini orang Johor di Tenang telah membuktikan kenyataan itu dengan memberi sokongan padu kepada Azahar Ibrahim untuk menjadi wakil mereka sehingga PRU-13 nanti.

KEPUTUSAN PRK 2011:


Jumlah pengundi: 14,753

1. Mohd Azahar Ibrahim (BN) - 6,699



2. Normala Sudirman (Pas) - 2,992


Jumlah undi: 9,833


Majoriti : 3,707


Peratus mengundi : 67%


Undi rosak : 142


KEPUTUSAN PRU-12:

Jumlah Pengundi: 14,511

1. Sulaiman Taha (BN)  - 6,367

2. Mohd. Saim Siran (Pas) - 3,875

Majoriti: 2,492

Jumlah undi: 10,655

Peratus mengundi: 73.43%

Undi rosak: 413

Penyandang: Sulaiman Taha (BN)

(Majoriti: 8,649 undi)

Mesin Taip Buruk

P/s: Apakah MCA masih tak sedar keadaan ini?

Mctheory:
Bukan nak hentam tapi bagi sikit nasihat..

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sebenar MCA ni dh jadi biawk kat BN.sepatutnya BN dh boleh tendang dia..bg cina takut sikit...ini tak manja kan sgt..contoh kelemahan pemimpin Melayu

Tanpa Nama berkata...

Apa beza DAP,Gerakan dan MCA?
Soi Lek dan Tsu Koon proksi DAP.
Najib perlu lebih tegas macam Rosmah.