Ahad, 13 Februari 2011

AKHIRNYA ZAID IBRAHIM MENUBUHKAN PARTI 'KITA'!! Apa yang best sangat dengan parti ni??

Logo baru parti Zaid

Dah lama juga si Zaid Ibrahim ni mendiamkan diri. Selepas meletak jawatan dari PKR, Zaid terus keluar negara dan diam selama berbulan2, apakah Zaid merajuk atau ada perancangan baru yang Zaid mahu laksanakan. Akhirnya setelah sekian lama menyepi, Zaid muncul dengan parti baru, "Parti Kita" pada yang berminat nak tahu lebih lanjut mengenai parti ni boleh ke www.MalaysiaKita.org.

Mungkin ramai yang dah tahu mengenai parti ni, tapi hari ni Mc baru tahu. Dengar cerita ramai Adun dan MP yang berminat nak sertai parti ni. Tapi bagi Mc la, parti Zaid ni tak akan kekal lama. Orang flip flop macam Zaid mana boleh jadi pemimpin, takat jadi taukeh kedai judi kuda tu layak la.

Lagi satu, Zaid mana ada pengaruh, bertanding MP Hulu Selangor pun dia boleh lingkup, ini pula ada hati nak bertanding PRU. Aduh la..

Mc tahu, Zaid nak buat parti Kita ni ala ala mesra rakyat Malaysia. Mesra rakyat Malaysia yang lebih berkiblatkan Moden dan Liberal. Itu target utamanya. Itu pasaran yang dia cari. Sebab rakyat Malaysia yang tinggal di bandar lebih bersifat 'kebendaan' dari kerohanian. Sebab itu dia yakin parti Kita ni dapat dijual dan mudah diterima oleh semua jenis masyarakat yang cintakan 'kebendaan'.

Mc cuma nak tengok sejauh mana langkah parti ini, apakah ia akan terus bernafas, atau terkubur lebih awal dari jangkaan. Sama2 kita tengok nanti.

P/s: Selamat nama parti tu KITA, kalau KUDA, lagi susah.. he he he..

Mctheory:
Patut la pi luar negera, bawak keluar duit nak setup parti.. hmm..

2 ulasan:

Ular Menyusur Akar berkata...

Bro, tanah sebelah Sabah & Serawak ada gambar binatang bertanduk tu binatang apa? Kuda tak kan terbayang pulak?

Tanpa Nama berkata...

KITA KENE TUNGGU ANGIN BERTIUP BROO. BARU KITA TAU KEMANE KITA NAK PEGI HEHEH