Ahad, 13 Februari 2011

HANGIT!! VALENTINE DAY DISAMBUT, SALAH SIAPA??!!


Semalam Mc membaca artikel2 yang dikeluarkan oleh Harakahdaily mengenai hari Valentine (hari kekasih). Khusyuk Mc membaca mengenai tindakan Pemuda Pas akan berdakwah pada hari tersebut dengan mengedar risalah. Ok la tu, sekurang2nya ada juga pihak yang berusaha (selain agensi kerajaan) untuk mengekang perkara2 mungkar.

Sebelum terhebohnya perkara2 sebegini, Mc tak pernah nampak Pas berusaha untuk mengatasi masalah moral di kalangan remaja. Tak pernah pun Pas mengadakan ceramah mengenai masalah moral dikalangan remaja, dari dulu sampai sekarang, Pas hanya politik, politik, politik.

Kiranya bila Pemuda Pas sanggup turun padang tu kira bagus la.

Cuma, selepas Mc baca satu lagi artikel mengenai Haram Hari Kekasih, Cukupkah Sekadar Khutbah Mc rasa Pas tidak ikhlas dalam perkara ini, kalau boleh semuanya Pas nak politikkan.

Permulaan artikel berkenaan cukup cantik, mukadimah menceritakan mengenai hari Valentine yang haram disambut oleh orang Islam, kemudian diselitkan dengan sepotong ayat Al-Quran sebagai rujukan. Memang cantik, tapi diakhir artikel terbabit, baru Mc nampak tujuan sebenar artikel itu dibuat. Baca bawah,

"Bagi PAS amanah untuk melaksanakan tugas nahi mungkar ini mestilah diterajui dengan penuh tanggungjawab oleh mereka yang memegang tampuk pemerintahan selain dari menjadi tanggungjawab semua pihak.
Jelasnya Umno telah gagal melunaskan tanggung jawab ini. Umno tidak berminat untuk menyelesaikan masalah kronik ini secara serius serta mengikuti lunas-lunas Islam. Bagi mereka isu-isu ekonomi lebih utama ditangani daripada isu-isu moral. Sikap ini telah membuat mereka tidak jijik dengan jenayah rasuah dan penyelewengan serta penyalahgunaan kuasa."

Benar UMNO sebagai pemerintah harus bertanggung jawab, memang tidak dinafikan, tapi sebagai pemerintah juga, perlu berlaku adil kepada semua Agama dan Bangsa. Dalam kerajaan, bukan hanya UMNO yang berkuasa, MCA, Gerakan, MIC semuanya pemimpin didalam pentadbiran kerajaan, mereka ini yang mahukan hari Valentine disambut.

Malah UMNO tak pernah menyuarakan supaya Hari Valentine disambut dan langsung tidak pernah bagi sokongan seperti puak Pakatan. Lihat Anwar dan konco2nya, malah Kalid Gereja sendiri menyokong hari Valentine hingga sanggup marahkan Nas tantawi kerana mahu mengharamkannya.

Sekurang2nya UMNO sudah usaha apa yang mampu untuk menyedarkan orang Islam di Malaysia, cuma belum guna kuasa VETO untuk mengharamkan terus. Sepatutnya kita pun ada tanggung jawab masing2 untuk menyedarkan anak muda kita dari terpengaruh budaya barat yang tak sihat ini dan bukannya kita terus serahkan kepada kerajaan bulat2. Kena ada usaha juga.

Tidak termasuk tahun ni, apa usaha yang Pas pernah buat?? Tolong habaq mai sat!!

P/s: dah nama kata Pas, apa pun semuanya UMNO yang salah..

Mctheory:
Pas pandai buat bodoh saja la...

Tiada ulasan: