Sabtu, 26 Februari 2011

APA KERJA MAZLAN ALIMAN?? SUMBER KEWANGAN MAZLAN ALIMAN??

Saudara Mazlan Aliman telah mula di kenali oleh ramai pihak semasa Pilihanraya Kecil DUN Tenang. Sebelum ini, beliau hanya di kenali di Felda, peneroka-peneroka dan mereka yang mempunyai kaitan dengan Felda sahaja. Beliau kononnya dikatakan seorang yang memperjuangkan keadilan untuk peneroka Felda serta Generasi Muda Felda. Namun hakikatnya, beliau adalah 'opoturnis' yang hanya menggunakan isu yang boleh membawakan keuntungan kepada beliau.

Saya berkata begini kerana sekiranya beliau ikhlas, beliau akan memperjuangkan ketidakadilan tanpa mengira fahaman politik. Namun memandangkan beliau juga adalah AJK PAS Pusat, perjuangannya hanya untuk kepentingan PAS sahaja. Sebab itulah beliau tidak mengungkit kekejaman dan ketidakadilan yang berlaku di Kelantan (isu Ladang Rakyat), Selangor (penyalahgunaan wang rakyat) dan Kedah (ketidakadilan termasuklah kepada penyokong PAS sendiri). Ini adalah kerana, sekiranya di sentuh, silap-silap tak dapat jadi calon pada Pilihanraya Umum ke 13 nanti.

Kalau nak diikutkan dengan program dan aktiviti Saudara Mazlan ini, beliau memanglah seorang yang sangat sibuk. Mengikut teman-teman rapat Mazlan, jadual beliau memang padat. Ada saja mensyuarat dan ceramah yang perlu beliau hadir pada setiap hari dan ianya boleh dikatakan ke seluruh negara. Namun, pernah kah kita terfikir, dari manakah sumber pendapatan beliau? Beliau mempunyai isteri dan anak-anak yang perlu di beri makan serta tempat tinggal. Kalau kerjanya kehulu-kehilir bermesyuarat dan berceramah memburukkan kerajaan serta Felda, dari mana dia dapat duit???? Insyaallah segala maklumat tentang dari mana datangnya pendapatan beliau akan didedahkan apabila maklumat tersebut saya terima nanti.

Sekarang ini beliau sedang sibuk di DUN Kerdau kerana ada 3 kawasan Felda di situ... Sekali lagi kesian kat Mazlan kerana tidak terpilih menjadi calon. Ya lah, ada 3 kawasan Felda di situ....

Warisan Felda

Tiada ulasan: