Selasa, 8 Februari 2011

PANAS!! NIK AZIZ NAK DEBAT DENGAN KARPAL TENTANG NEGARA ISLAM??


KUALA LUMPUR 8 Feb. – Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mencabar Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya berdebat dengan Pengerusi DAP, Karpal Singh mengenai penubuhan negara Islam sebelum berniat untuk berdebat dengan pihak lain.

Timbalan Yang Dipertua Kebangsaan JMM, Omar Salleh berkata, Menteri Besar Kelantan itu seharusnya berdebat dengan Karpal Singh yang dianggap sebagai sekutu dalam pakatan pembangkang kerana mereka secara asasnya memperjuangkan hala politik yang sama.

"Nik Aziz dan Karpal Singh adalah ”kawan” dalam pakatan pembangkang... mereka harus sama-sama bersetuju dalam menubuhkan negara Islam...kalau sudah berdebat dengan Karpal (Singh) selepas itu Nik Aziz barulah boleh berdebat dengan yang lain,” katanya di sini, hari ini.

Akhbar tempatan melaporkan kesediaan Nik Abdul Aziz untuk berdebat dengan mana-mana pihak berkuasa termasuk Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung kenyataannya yang didakwa merosakkan akidah serta memecahbelahkan umat Islam di negara ini.

Pada Jumaat lepas, beliau dilaporkan berkata tiada masalah sekiranya Majlis Fatwa Kebangsaan mahu mengkaji semua kenyataannya yang didakwa merosakkan akidah serta memecahbelahkan perpaduan umat Islam, malah beliau juga bersedia berdialog dengan majlis itu bagi menjelaskan pendiriannya.

Dua hari kemudian, Nik Abdul Aziz dilaporkan meletakkan syarat supaya debat antara beliau dan Majlis Fatwa Kebangsaan atau pihak berkuasa perlu dilakukan secara terbuka bagi memastikan semua pihak dapat menilai perjalanan debat dan tidak dimanipulasi.

Sebelum ini, Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan, Prof Madya Mohd Noor Deris meminta Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Raja-Raja mengkaji kenyataan Nik Aziz yang didakwa merosakkan akidah serta memecahbelahkan perpaduan umat Islam di negara ini.

Omar berkata JMM juga meminta Nik Abdul Aziz mengeluarkan “fatwa karut” mengenai kes liwat penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Ini adalah sebab beliau (Nik Abdul Aziz) pasti akan menghalalkan benda haram demi politik,” dakwanya.

Omar berkata JMM turut mendesak Nik Abdul Aziz untuk memberi tunjuk sebab mengapa Mohd Noor dianggap sebagai seorang kafir ataupun beliau (Nik Abdul Aziz) memandang hina kepada semua kakitangan universiti.

Bernama hari ini turut melaporkan Nik Abdul Aziz menafikan yang beliau mahu berdebat dengan Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung beberapa kenyataannya yang didakwa merosakkan akidah. - Bernama

P/s: macam mana gamaknya kalau debat ye..

Mctheory:
Abih la Karpal kena celako celako celako sampai lunyai.. hahaha..

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

KARPAL CABAR WALLY LANGKAH MAYAT DIA DULU. WALLY KENE TUNGGU SAMPAI DIA MATI BARU BLEY LANGKAH. BILA KARPAL NAK MATI? TUNGGU DOA PECAH PEROT DARI WALLY..KEHKEHKEH