Isnin, 14 Februari 2011

PANAS!! PENANGAN HARI VALENTINE TANGKAPAN SELURUH NEGARA MENCECAH 40 PASANGAN!!


Tadi Mc tengok berita TV3, ada cerita mengenai tangkapan pasangan yang berkhalwat sempena hari Valentine ni. Tak termasuk hari ni, dah lebih 40 pasangan ditangkap diseluruh negara. Pehh.. satu rekod baru tu. Bukan sengaja kita nak melarang remaja Melayu kita menyambut Valentine, kita melarang takut jadi seperti ini lah. Terlalu terpengaruh dan menikmati hari kekasih ni, hingga melakukan maksiat dan zina.

Kalau pasangan bukan Melayu tu lantak la, ni yang perempuan tu siap bertudung lagi. Apa cerita ni.. tudung atas, bawah bukak ka?

Lagi satu statistik yang Mc dapat ialah, dalam enam tahun ni, sudah lebih seribu orang bayi telah mati dibuang akibat dari perhubungan yang tidak sihat ini. Maknanya, dalam sebulan ada 2 orang bayi yang mati dibuang. Itu yang mati, belum masuk lagi statistik yang bayi dibuang, tapi dapat diselamatkan.

Apa maknanya semua ini? Apakah ini satu perkembangan yang sihat. Mc tahu, bila kerajaan menyarankan orang Melayu dilarang sambut Valentine, orang bukan melayu dan orang Melayu Moden, memandang sinis atas saranan ini. Bagi mereka kerajaan menyekat hak asasi Manusia untuk menyambut hari kekasih. Kalau yang bukan Islam, korang nak sambut, sambutlah.. nak beromen sampai pagi pun tak apa, buat la. Saranan ini hanya untuk orang Melayu yang beragama Islam.

Bagi menjaga akidah dan maruah orang Islam dari tercemar. Lagipun Valentine ni bukan budaya kita. Dari sambut Valentine, baik kita sambut Maulidul Rasul. Dapat banyak pahala.

Pada remaja Melayu, ingat.. sedap 10 minit, tapi seksanya tanggung la sendiri, dari dunia dibawa ke akhirat.

P/s: Kalau Islam hanya pada I.C, memang dah tak boleh kata apa dah..

Mctheory:
Generasi macam ni nak jadi bakal penganti masa depan?? 

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ALA APE NAK HERAN BROO. WALLY SLIPOR DOK OPIS GENTEL PUSAT SAMPAI X SEDAR ADE PUSAT MAKSIAT DEPAN MATE BEBB! KEHKEHKEH

Tanpa Nama berkata...

mmg ramai yg MyKad nya je tulis Islam, tp anutannya atheis. terlalu ramai sehingga x terkekang sebenarnya. xtau sapa yg terlps pdg. namun, kebykkan amat berani menegakkan 'freedom of speech' spt laungan anughairah.
p/s: bila terlalu sgt mencari kebebasan, akhirnya terbabas.