Sabtu, 12 Februari 2011

PANAS! TUKANG BELI KONDOM ANWAR PECAH LUBANG!!


Oleh Fareed Dawood

Akhir-akhir ini politik Malaysia menjadi semakin rancak bila satu demi satu nama muncul membuat pendedahan atau sekadar mengulangi pendedahan yang telah dibuat sebelum ini, mengenai keperibadian Anwar.

Rahimi Osman, bekas pegawai khas Anwar adalah salah seorang yang mengejutkan kita dengan pendedahan bagaimana beliau ‘diculik dan dikurung’ oleh peguam Anwar sejurus selepas kes Saiful sampai ke pihak polis.

Kemudian, Umi Hafilda wanita yang bertanggungjawab mendedahkan salahlaku Anwar pertama kalinya, telah mewujudkan blog peribadi yang memaparkan segala bukti dan kisah-kisah belakang tabir Anwar dan Azmin, abangnya sendiri.

Dan semalam, satu nama baru muncul iaitu Raju, seorang pemandu kepada Dato’ Nallakarupan, bekas sahabat karib Anwar mendedahkan dalam ceramah bersama Umi Hafilda di Jalan Kebun, tentang bagaimana dia menjadi budak suruhan yang membelikan kondom, mengemas bilik, menyalin cadar, membuang tisu dan segala keperluan lain untuk Anwar sebelum dan selepas projek bersama Shamsidar.

Jika Umi Hafilda seorang nyamuk pun Anwar gentar untuk menyaman, bagaimana pula dengan Raju?

Tentu saja Anwar akan merujuk kepada Raju sebagai ‘bari-bari’ sahaja iaitu serangga yang suka menghurung buah-buahan bagi mengelak dari ditekan untuk mengemukakan saman.

Kemunculan Raju pastinya sesuatu yang menarik kerana Anwar ketika ini diberitakan sedang mencuba untuk membawa pulang P.Uthayakumar, pemimpin Hindraf ke Malaysia untuk meningkatkan sokongan komuniti India kepada PKR.

Walaupun nama Raju tidak se-gah Uthayakumar, namun pastinya akan memberi tekanan kepada Anwar kerana Raju bersuara berasaskan kebenaran manakala Uthayakumar hanya berbekalkan retorik dan fitnah.

Jika sebelum ini hanya Nallakarupan dari kaum India yang mampu menceritakan secara terperinci keperibadian Anwar, kini Raju pula akan menguatkan lagi segala cerita tersebut. Oleh itu, kaum India wajib mendengar kisah dari mulut Raju sendiri sebelum mengambil keputusan untuk menyokong Anwar.

Selain itu, cubaan Anwar untuk membawa balik Uthayakumar tidak harus dipandang enteng oleh kerajaan. Uthayakumar telah membuktikan yang dia mampu mencetuskan huru-hara. Dan melihat dari keadaan Anwar yang semakin tersepit dan juga melihat dari trend menggulingkan kerajaan melalui pemberontakan, kita sudah boleh membaca ke mana arah tuju Anwar selepas ini.

Semakin jelas bagi Anwar bahawa satu-satunya cara untuk mengelak dari dipenjara akibat meliwat ialah dengan menggulingkan kerajaan Malaysia juga. Dengan gabungan Uthayakumar dan Anwar, dua agen pencetus huru-hara, pasti mereka mampu memberi tamparan hebat kepada kerajaan jika gagal menanganinya dari awal.

Namun, kita percaya kerajaan cukup arif dengan sikap dan strategi Anwar dan tidak akan membiarkan saja Negara ini dihancurkan oleh Anwar dan kuncu-kuncunya semudah itu.

Nasihat kita, sebelum Anwar mengatur langkah seterusnya, adalah lebih wajar bagi dia memikirkan cara menangani nyamuk dan bari-bari yang semakin banyak menghurunginya terlebih dahulu. Kita boleh bayangkan bagaimana rimasnya Anwar dihurung berbagai serangga saban hari. Wajah Anwar yang semakin kecut, berkerut dan hitam setiap hari membuktikan kerimasan Anwar.

Siapa tahu, mungkin esok atau lusa, atau bulan depan akan muncul satu lagi serangga baru untuk sama-sama menghurung Anwar. Kalau tak tahan rimas, kita sarankan agar Anwar saman saja mereka semua. Sekurang-kurangnya bila disaman mungkin mereka akan diam sedikit dan bolehlah Anwar menumpukan kepada kes liwatnya dan bagaimana untuk menawan Putrajaya.

Kalau Anwar benar di pihak yang benar, kenapa gentar?

Malaysia Instinct

P/s: perghh.. main pandai.. kondom bersepah.. heh..


Mctheory:
Semua dah pecah lubang Anwar, Anwar bila lagi?? Lubang sapa pulak nak pecah? heh..

1 ulasan:

sgray berkata...

Yang jelas reaksi mereka2 nie membuktikan Anwar has nowhere to run xcept Sg.Buloh..KES L.O.C,impian yang tak kesampaian. bro.AMACAM